Punca

Semua bermula dengan satu emoji, di setiap posting suami aku. Aku fikir mungkin biasa saja… kerana usianya layak aku panggil ‘kakak’. Tapi rupanya, itulah umpan berbisa yang perlahan-lahan musnahkan semuanya.

Dari Facebook, TikTok terus ke Instagram. Dari story, komen terus ke DM. Akhirnya dia minta nombor telefon suami dan bermulalah episod mereka berbalas Whatsapp tanpa pengetahuan aku.

Dia isteri orang, ada anak-anak tapi tetap selamba menggoda suami orang lain. Aku percaya pada suami. Aku beri dia ruang yang terlalu banyak. Tapi kepercayaan aku dikhianati hingga mereka check-in hotel bersama.

Aku isteri, aku ibu. Aku tahu apa ertinya setia. Tapi bila wanita lain yang juga bergelar isteri dan ibu sanggup datang buka jalan untuk berzina, aku hilang kata. Otak aku kosong. Dalam diam, dia musnahkan rumahtangga aku.

Kenapa ya tak cukup dengan suami sendiri? Kenapa perlu rosakkan hidup orang lain? Kalau ada masalah dengan suami kau, selesaikanlah berdua..Kenapa libatkan orang luar? Kenapa libatkan suami aku?

Ya, aku tak nafikan. Suami aku pun bersalah sebab melayan kau. Hanyut dengan nafsu yang disua di depan mata. Tergoda dengan bisikan iblis.

Tapi kenapa kau mulakan buka jalan maksiat wahai betina? Sedangkan kau lebih tua. Kau lebih matang. Mustahil kau tak tahu agama. Kenapa?

Ya, aku sakit. Sakit tak berdarah. Tapi aku masih waras. Walau kadang-kala aku hanyut dengan emosi, tapi akal aku tetap ada.

Aku hanya nak meluah. Melepas rasa hati yang tak tertahan lagi. Ingat, Allah nampak apa yang berlaku. Soroklah macam mana pun, kebenaran tetap akan terbongkar.

Kepada wanita dan lelaki yang begini, jangan lupa Allah itu ada. Kifarah itu wujud. Kalau tak didunia, akhirat tetap ada.

– Isteri yang Malang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *