Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini pertama kali aku menulis kpd IIUM Confession, dan tajuk yg aku pilih adalah PUNCA SEKS BEBAS. Tajuk ini merujuk kpd amalan pergaulan bebas remaja kini, tetapi isi yg aku utarakan difokuskan terhadap IBU BAPA. Jd aku harap ramai ibu bapa atau bakal ibu bapa yg mengambil cakna tentang penulisan aku ini. Apa yg aku tulis ini adalah berdasarkan pembacaan dan pemerhatian aku terhadap rakan sebaya, kenalan media sosial serta anak murid. Aku guru kaunselor muda. Sebelum itu, aku minta maaf kalau korang rasa ada bahasa aku kasar tp bukan itu yg patut korang tumpukan tetapi muhasabah diri selepas membaca penulisan aku.
Punca Seks Bebas yg pertama aku ingin nyatakan adalah kekurangan perhatian drpd ibu bapa kpd anak2. Anak2 ni sangat memerlukan perhatian penuh drpd keluarga terutamanya ibu bapa mereka. Kurangnya perhatian membuatkan anak2 merasa kurang disayangi. Akibatnya, mereka mula menjauhkan diri drpd keluarga dan lebih rapat dgn kawan2. Aku tengok, ramai je kawan2 aku yg begini. Kurang perhatian dan kasih sayang keluarga, akhirnya mereka akan mencari rakan2 yg senasib dan mula melakukan sesuatu bersifat negatif bg menarik perhatian keluarga. Sebagai contoh, ponteng sekolah, pergi kelab malam, terlibat dgn rakan2 yg nakal, atau melakukan apa2 sahaja yg boleh mendorong mereka ke arah pergaulan bebas. Ingatlah, sekali terlibat dlm gaya hidup ini, sukar bg anak2 berpatah balik menjadi anak2 yg baik soleh dan solehah. Makanya, penting bg ibu bapa membahagi perhatian antara kerja dan keluarga secara adil. Sibuk kejar dunia, terlupa anak tu saham akhirat. Jangan fikir, anak dh besar, mereka boleh hidup sendiri. Tua bagaimana pun mereka, dlm jiwa tetap memerlukan kasih sayang dan perhatian keluarga, apatah lg anak kecil.
Punca kedua, hubungan kekeluargaan yg renggang. Anak2 memerlukan suasana positif dlm keluarga bg membesar menjadi seorang yg “sempurna”. Hubungan kekeluargaan yg renggang berdampak negatif terhadap minda dan jiwa mereka terutamanya anak2 yg bergelar kanak2 dan remaja. Pergaduhan antara adik-beradik (pergaduhan kerap yg menimbulkan kebencian dan dendam), pergaduhan antara ibu bapa, penderaan, perceraian, mudah dikatakan apa2 sahaja yg boleh merosakkan sebuah keluarga perlulah dijauhi. Jika situasi ini berlaku, jiwa anak2 yg membesar boleh jd memberontak dgn alasan ingin mencari ketenangan. Di mana mereka mencari ketenangan? Sudah pastilah di luar! Bersama rakan2 yg memberi “hiburan” dan “ketenangan dunia” kpd mereka. Jika mereka tersilap pilih rakan2, kemungkinan besar mereka terlibat dlm amalan pergaulan bebas yg bermula dr mencari ketenangan dgn keluar malam, merempit, kelab malam, arak, dadah dan sebagainya.
Ketiga, kesusahan hidup juga mendorong dlm masalah remaja ini. Aku bukan nak ckp semua keluarga perlu menjadi kaya mcm jutawan2 Malaysia. Tp kita tak boleh nafikan, dunia hari ini amat mencabar dr segi duit, harta dan kuasa. Remaja2 kini membesar pd zmn moden yg memerlukan duit bg membolehkan mereka mendapatkan sesuatu keinginan seperti telefon pintar, kamera, pakaian berjenama serta berdiri setaraf dgn rakan2 sekolah. Terdesak untuk memiliki semua itu, remaja sanggup melakukan apa sahaja walaupun membatasi batas agama dan adat timur. Apa yg aku perhatikan di media sosial, terdapat ramai…aku ulangi raaammaaiiiiii anak remaja terutamanya perempuan yg salah guna media sosial. Bagaimana? Mereka menjadikan media sosial sebagai platform menbuat wang mudah dgn menjual maruah diri. Bg lelaki, mereka selalunya menjual khidmat membekalkan video atau gambar lucah.
Bg perempuan, bolehkah aku katakan mereka sanggup melacurkan diri? Di Facebook dan Instagram selalunya mereka menghantar gambar atau rakaman tidak senonoh kpd lelaki dan dikenakan bayaran tertentu. Kadang2 mereka melakukan FB/IG live serta video call, ini juga dikenakan caj kpd “pelanggan online” mereka. Lebih dahsyat, di Twitter terdapat segolongan remaja yg menggelar diri mereka sebagai “dark side account” yg melakukan seks bebas secara suka sama suka demi kepuasan nafsu sendiri tanpa bayaran. Sebegini teruk anak2 muda sekarang! Jd ibu bapa, jika kamu semua menyedari anak2 mampu membeli sendiri barangan yg kamu tidak mampu berikan, tolong siasat. Ambil cakna, ambil peduli bagaimana mereka mendapatkan wang. Tambahan, Twitter adalah lubuk puak liberal berkembang biak.
Seterusnya, kebebasan yg disalahgunakan. Ada sesetengah ibu bapa memberi kebebasan kpd anak2 mereka. Balik lambat tak marah. Berkawan dgn siapa tak peduli. Anak gatal bercinta di bawah umur disokong. Anak kecil diberi telefon pintar sebelum usia yg sesuai. Semua ini boleh merosakkan anak2. Sepatutnya, anak2 tak kira lelaki perempuan perlu ditegah keluar malam apatah lagi sehingga awal pagi. Ya, kita cuma takut bahaya anak perempuan keluar malam, tp cuba fikir yg buat bahaya waktu malam tu siapa kalau bukan anak lelaki anda? Jd aku rasa anak lelaki atau perempuan, dua2 perlu dibataskan waktu mereka melepak tak ada arah pada waktu malam. Ibu bapa juga perlu cakna tentang rakan2 anak2, dgn siapa mereka berkawan, dr mana mereka kenal, selidik latar belakang mereka. Bercinta di bawah umur pula sepatutnya dilarang oleh ibu bapa. Make it clear to your children about it. Pergi sekolah belajar biar cerdik, bukan buta sbb cinta. Ada ibu bapa yg tak setuju? Mehh sini aku nak tanya, budak bawah umur mana yg fhm apa itu cinta? Cinta atau nafsu sebenarnya tu? Selalunya, yg bergelojak dlm diri adalah nafsu. Sbb tu, bila couple apa jadah ni ramai orang terjerumus dlm perangkap nafsu. Dah terperangkap baru melalak.
Sbb tu couple ni haram, dlm al-quran surah Al-Isro’ ayat 32 ada mengatakan “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yg keji, dan suatu jalan yg buruk”. Dekat pun tak boleh, buat apatah lg. Jd apa masalah ibu bapa yg sokong anak2 couple ni? Mental? Masuk pasal bg anak kecil memiliki telefon pintar sendiri, ada media sosial sendiri. Korang kenapa? Bg gadjet semua sbb malas nak layan anak ke? Kalau malas jaga, kenapa tak pakai kondom? Korang tau tak internet ada bermacam puaka yg lebih bahaya berbanding puaka ghaib tu? Ada bnyk benda yg merosakkan minda anak2. Elok kau bg anak tengok YouTube kartun, tau2 je YouTube dh salah haluan bawa anak kau tengok video lucah. Kau fikir settings safe and parental guide tu berkesan sangat? Bersepah kartun lucah muka Elsa Anna Frozen, Barbie version apa semua. Kajian menunjukkan, anak2 yg mendapat perhatian drpd ibu bapa dlm semua aspek seperti kehidupan, makan minum, terutamanya pembelajaran boleh menjadi lebih cerdas drpd rakan sebaya mereka. Itu aku boleh buktikan. Aku anak sulong, dpt perhatian drpd ibu bapa terutamanya pembelajaran, mereka selalu bg masa untuk tengok dan ajar aku. Hasilnya aku mmg cerdik berbanding adik2 aku yg parents dah malas layan.
Kenapa ibu bapa sekarang malas layan, tu dkt tgn korang, korang lg bnyk pegang telefon berbanding pegang anak, pegang pensil dan buku ajar anak bila mereka perlu. Sentap? Kesah apa aku, mmg suruh sentap. Tu belum media sosial budak underage yg menjadi sasaran lahanat2 pedophilia. Kau tahu apa tu paedophile? Mereka ialah setan bertopengkan manusia lelaki atau perempuan yg cuma bernafsu terhadap budak2. Korang tak payah beria buat akaun media sosial untuk anak2 kecil, korang bukan Che Ta dan Zain Saidin, anak korang bukan Aisyah. Cuba ajar anak2, dr kecil kau jaga mereka elok2 bataskan apa yg patut, kebebasan mutlak ni tak elok sangat kpd mereka tak kira yg kecil atau besar remaja. Dunia skrg terlalu menakutkan, bg balik malam, tau2 je anak kau bawa balik cucu 9 bulan akan datang. Bg gadjet sendiri, tau2 otak anak rosak tak berkembang. Bnyk main games drpd baca buku. Nanti anak masuk kelas belakang exam dpt no paling belakang, kau tak payah heboh cikgu tak pandai mengajar. Kau sendiri tak ajar anak. Cikgu tak makan gaji buta, korang yg abaikan amanah Allah.
Akhir sekali, ya dah akhir. Paling penting tapi paling mudah ibu bapa terlepas pandang. Apa punca terakhir yg memacu nafsu anak2 bg mencuba seks bebas? Nak tau? Jangan terkejut ehh. BERJIMAK DEPAN ANAK!!!!!!!! Engkau orang sebagai ibu bapa boleh tak jangan buat aksi tutt depan anak2? Mesti ada yg ckp, siapa pula gila “bersama” depan anak? Mesti ramai dh marah maki2 aku. Tp cuba korang fikir, pernah tak korang tidur sebilik dgn anak2 kecil lps tu korang selamba badak BERJIMAK WAKTU TIDUR SEKATIL DENGAN ANAK? Jangan tipu, aku yakin dan berani cakap, 95% ibu bapa semua pernah buat. Waktu anak2 newborn sampai dh tua umur 9 tahun mesti korang izinkan (atau korang sendiri nak) mereka tidur sekatil dan sebilik dgn korang.
Korang fikir, “alaa tak apa berjimak sekejap, anak dah tidur lena mesti tak sedar, lg pun budak kecil mana fhm mak bapak mereka telanjang bulat untuk apa”. Korang bengap, fikir budak umur 1 tahun sehingga 9 tahun tu tak tau apa korang buat ke? Korang fikir budak 1 tahun sehingga 5 tahun tu bodoh sangat ke tak tahu korang buat apa? Kalau budak 1 tahun sehingga 4 tahun tu tak tau korang berjimak pun, adegan panas 18SX korang tu melekat di bawah ingatan minda separa sedar mereka. Bila mereka dah besar, dh faham apa jadah jimak tu, mesti ingatan mereka terhadap adegan panas korang muncul. Dlm otak mereka “ouhh mcm tu, mcm seronok je”. Korang tak reti malu? Aku nak tanya ibu bapa, pernah tak anak2 kecil korang tengah main, tiba2 dia diam.
Bila korang pergi tengok, ternampak anak buat sesuatu mencurigakan, sejelasnya aku sebut perbuatan seakan onani. Tak kisahlah mcm mana cara mereka, tp menjurus onani. Pernah? Walaupun anak korang umur 1 tahun sehingga 12 tahun, belum baligh, belum belajar Sains bab 4 pun. Bila korang berjimak depan anak2, sebenarnya sedikit sebanyak situasi tu memacu nafsu anak2 (walaupun kau tak expect pun benda tu sbb anak2 umur baru 1 tahun sehingga 9 tahun). Manusia ni dilahirkan dgn nafsu, nafsu tu perlu dididik dan dipelajari secara berturutan. Mudah ckp, mcm korang tengok video porno laa walaupun kau sebenarnya minda suci, tak pernah nafsu tgk lawan jenis atau sama jenis. Punyalah innocent. Tengok sekali tak rasa apa pun nafsu, tp rasa mcm nak perhatikan lg buat kali kedua. Tak rasa apa lg. Tp nak tengok kali ketiga, mula2 rasa nak tengok je, curious. Lama2 ketagih nak tengok. Lps tu ehh rasa mcm naik nafsu, ada rasa senak di sesuatu organ. Mcm perlu buat sesuatu dkt kawasan tu, perlu cuba buat mcm video ke? Haa ya ibu bapa, mcm tu juga laa yg terjadi pada anak2 korang yg berusia 1 tahun sehingga 9 tahun bila korang berjimak depan mereka.
Walaupun mereka anak kecil, naif, tak bermakna fizikal dan minda mereka tak mampu memberi reaksi seperti orang besar. Kalau dah lebih usia, aku rasa akibatnya lg teruk. Jd apa patut buat? Sediakanlah bilik asing untuk anak2 korang. Asingkan tempat tidur korang drpd mereka. Dah tau bilik korang tu tujuan utamanya sebagai ruang persendirian melampiaskan nafsu membuak, janganlah korang sekalikan tempat tidur dgn anak2. Bagaimana pula kalau mmg dah asingkan bilik, tgh sedap laki bini, tiba2 anak melalak kat luar? Aku yakin ramai ibu bapa yg bawa masuk anak dlm bilik, lps tu sambung goyang dpn budak. Apa salahnya kalau korang tahan sekejap, tidurkan balik anak baru sambung aktiviti?? Tak sayang anak ke? Nak suruh rosak? Korang sibuk jaga anak dr luar, tp dlm rumah korang tak jaga!!! Leka! Biarkan aktiviti korang disaksikan anak2 yg tak berdosa. Sebenarnya aku rasa, punca yg akhir inilah pendorong utama anak2 nak mencuba seks sebelum nikah. Bila remaja (17+), nak kahwin korang tak bg, padahal nafsu mereka dah memercik sejak bangku sekolah rendah. Semua salah ibu bapa sendiri berjimak depan anak2 waktu kecil.
Mana aku tau? Pengalaman kawan2 yg mereka luahkan. Sekarang kawan aku dah insaf. Aku tak maksud kawan aku terlibat seks atau pergaulan bebas. Tp setakat porno pernahlah. Mana lg aku tau? Pelajar aku. Kan dah sebut aku guru kaunselor. Bagaimana mereka boleh bercerita biarlah menjadi rahsia kami. Memang kelekaan korang sebagai ibu bapa punca utama anak2 rosak. Tolonglah, tak payah rasa terikat sangat dgn anak, konon sayang anak sampai sanggup tidur sekatil. Padahal perkara tu yg merosakkan anak. Sbb tu, korang selalu tengok orang barat asingkan bilik anak dan bilik mereka sejak anak masuk umur 1 tahun. Orang putih mmg bebas bab seks, tp mereka sangat menjaga batas dgn anak.
Korang tak percaya punca akhir? Mehh aku ingatkan korang. Awal tahun ni atau bila entah, ada viral satu post seorang ibu yg menceritakan tentang apa yg berlaku terhadap anak lelakinya di sebuah tadika. Menurut ibu itu, anak lelakinya balik dr tadika dan cerita ada seorang budak perempuan yg bertanya tentang organ sulitnya. Nak tau apa yg nak dicuba budak perempuan sekolah tadika tu? Bj ibu bapa sekalian. Bukannya budak perempuan tu tahu apa tujuan bj. Tp budak tu ckp, “saya nampak mak buat mcm tu dkt ayah. Ayah nampak seronok.”. Korang cari laa post ni sendiri. Aku mmg ada baca.
Ibu bapa, anak2 kecil ni sebenarnya naif dan sangat suci. Segala perbuatan menjurus hubungan badan sebenarnya dianggap jijik dan berdosa oleh mereka. Ada budak kalau ternampak ibu bapa buat hubungan secara tidak sengaja, mereka boleh menangis. Menangis tak mahu perkara itu berlaku. Begitulah naifnya. Jd ibu bapa, pandai2 laa guna kepala akal jaga privasi anda dan kesucian minda anak. Jangan guna kepala lutut. Punca akhir ni aku sangat tekankan kpd ibu bapa, sbb yg ini laa paling merosakkan akibat kelalaian ibu bapa sendiri. Kita selalu fokuskan punca2 lain bg mengatasi masalah remaja, tp tak ada orang yg pernah sedar punca akhir ni. Korang buat dpn anak sama je seperti korang bg anak tengok video porno. Akibatnya sama buruk, memberi pengaruh dan ketagihan.
Fikir-fikirkanlah.
– Wakil Anak Korang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit