Assalamualaikum semua. Okey, disini Saya ingin membincangkan tentang topik, ‘Punca Anak Kurang Ajar’. Sebenarnya, saya juga ada baca beberapa artikel lain.. Dan saya mendapat jawaban yang semuanya sama! Exactly, memang sama. Saya tahu ibu bapa ingin yang terbaik untuk anaknya. Akan tetapi ada ibubapa yang sampai ke tahap mengongkong. Mereka berkata, mereka berbuat demikian kerana sayang.. Dan sebenarnya tanpa mereka sedari bahawa mereka telah membuat jiwa seseorang anak itu menderita. Baca selanjutnya…
Okey, punca² bagi anak kurang ajar ini sebenarnya ada banyak. Banyak asbab dia yang ibubapa sendiri Tak sedar. Semak punca² berikut :
1. Ibubapa kurang ketegasan.
Ini yang selalu dialami iaitu ibu bapa yang kurang tegas pada anak. Bila cakap pasal ni ibu bapa pun mula terfikir, tidak cukup tegaskah mereka? Jawapannya tidak. Kerana kebanyakan ibu bapa hanya berkeras dengan anak. Jangan salah faham. Bila kata berkeras dengan anak maka ibubapa fikir berkasar atau memarahi anak itu. Kerana berkeras dengan anak melalui jiwa atau hati ini lebih sakit.
2. Ibubapa yang terlalu sayang anak.
Banyak ibubapa salah faham. Bila kata terlalu sayang anak, maka difikiran mereka pula terlalu manjakan anak. Itu bukan maksud saya. Asbab ibubapa terlalu sayang anak sehingga kadang² mengongkong tanpa sedar. Itu paling penting. Kerana mengongkong ini kesannya amat buruk bagi anak anak.. Ianya lebih buruk jika anak itu remaja. Kesannya, anak akan merasa bahawa jiwa mereka dipenuhi stress. Contohnya anak nak keluar sendiri tanpa ibubapa.. lalu ibu@bapa pula menghalang kerana bahaya.. kesan ke-2 ialah menyebabkan anak tidak berdikari. Ramai ibubapa bebel anak dia itu tak pandai masaklah, tak pandai naik motor lah, padahal bukan anak tanak cuma ibubapa itu terlalu sangat sayang atau bahasa kesatnya mengongkong.
3. Memberi anak pilihan yang mereka tak boleh buat salah satu.
Contohlah anak tak suka bertudung. Jangan dipaksa. Kalau anak tu pakai tudung tapi tak ikhlas. Percayalah.. Mereka sangat benci ibubapa mereka apabila kehidupan dipaksa. Contoh kedua, menyuruh anak solat. Sekiranya anak itu dah lama tak solat, mereka juga ada perasaan malu pada Tuhan mereka. Contohnya jika mereka Islam maka mereka segan untuk solat kerana selama ini sudah tinggalkannya. Lepastu ibubapa menyuruh memilih, antara salah satu.. haa… mati kutu lah anak dekat situ tak dapat nak memilih.. maka perbuatan mereka juga akan disekat sekiranya tidak memilih.
Itu sahaja, pesanan saya. Ibubapa terlalu risau anak keluar sebab bahaya perkara itu boleh buat anak stress, dan stress itu lebih bahaya berlipat ganda. Kesan stress ini saya simpul kan boleh buatkan anak lari rumah lah, anak jadi gila, anak kurang ajar.. haa.. itulah punca anak kurang ajar, sebab anak ni stress juga. Jangan ingat ibubapa je stress kalau gitu ibubapa tak memahamilah.
Kena faham anak remaja ni perlu kebebasan. Berilah kebebasan tu walau sedikit sebab mereka stress.. Maka mereka perlu kebebasan. Kalau kita tak bebaskan anak kita, maka mereka akan depresi. Percayalah ibubapa bakal menyesal seumur hidup sebab telah hancurkan hidup anak dia. Saya kesiaaaannnn sangat jika ada anak yg dilayani seperti ini. Itu sahaja dari saya. Terima kasih.
– Miss S
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit