Ni kita cerita hypothetical world ok. Jangan sentap tau. (Baca part 2 terus kalau tak nak baca part sejarah sejarah) Ok, cuba fikir kenapa lelaki provider dah tak ramai sekarang.
Sebelum revolusi industri. Wanita tak bekerja sangat. Kebanyakan kerja wanita ni lebih berbentuk domestik (rumah, dapur) Kata peribahasa indonesia
“Istri duduk di sumur, dapur dan kasur” kasur tu kamar la, meaning bilik tidur, seks. Sumur tu perigi sebab wanita dulu kerja ambik air di perigi.
Lepas revolusi industri. Wanita diserap masuk ke dalam kilang² textile. Sebenarnya bukanlah sebab kerajaan nak muliakan wanita sangat pun, tapi sebab dia nak wanita boleh turut sama bayar cukai dan sama hasilkan production.
Plus, wanita punya gaji murah. Kerajaan apa, kerajaan US. So, jangan perasan kerja tu adalah nak mengangkat martabat wanita sangat. Tu hanya perhambaan moden. Sebab tu gaji kecik.
Oh ya, in fact budak² pun dikerah untuk bekerja (child labor) apa ingat bila budak² bekerja tu maksudnya nak muliakan budak² ke, tak. Itu semua sebab nak bayar gaji murah je.
Kalaulah ada jumlah lelaki yang cukup, dia akan ambik lelaki ganti wanita tu. Sebab sebelum revolusi industri, masyarakat Amerika banyak gunakan hamba dari Afrika (dari situ datangnya “dengan izin” Negro ke USA)
Tapi, akhir abad ke 19, sistem perhambaan di US dah dimansuhkan, (13th Amendment US) diorang sampai perang saudara kut, sebab selatan US nak teruskan hamba, timur US taknak.
Jadi ada kekurangan banyak manpower. Disebabkan itu terpaksa ambik wanita dan budak² bekerja jugak.
Bila dah mula bekerja, wanita mula bentuk union dan akhirnya hak mengundi mula diberi pada tahun 1920 (19th Amendment, US) Sebelum tu mengundi pun tak boleh.
Bayangkanlah, nak mengundi pun tak boleh, dulu orang anggap wanita ni makhluk yang memang tak boleh handle apa² pun kecuali duduk rumah, sumur, dapur, kasur. Well, well, well.
—–
Part II
Sekarang perempuan asyik tanya mana lelaki leader, mana lelaki provider. Ni kepercayaan peribadi aku. Tapi bukanlah kepercayaan tanpa asas, ada la jugak asas.
Tapi ni sekadar pandangan, bukanlah semestinya benda ni betul, tapi ni sekadar pemerhatian dan salah satu dari kemungkinan² yang ada dalam berjuta² kemungkinan.
Siapa² pun dialu-alukan untuk cabar, aku happy kalau dibuktikan salah, sebab aku pun taknak percaya dengan hakikat ni kalau boleh.
Kepercayaan aku ialah, mungki kalau perempuan tak dibenarkan bekerja, maka lebih ramai lelaki akan jadi provider. Tapi sebab perempuan bekerja, competition untuk lelaki pun makin tinggi.
Perempuan bila ada income sendiri, dia memang naturally rasa tak perlukan lelaki. Inilah sebenar benarnya kesan feminism pada perempuan sendiri.
Iaitu perempuan sendiri akan endup tidak ada pasangan sebab rasa hormat dia pada lelaki pun semakin berkurang, sebab ya lah dia boleh hidup sendiri, kenapa nak ada lelaki?
Lelaki kan asyik fikir pasal seks sahaja. Eww menjijikkan. Kata diorang lah.
Cinta tak boleh wujud tanpa rasa hormat. Ya wanita bekerja boleh hormat lelaki yang bekerja juga tapi janji lelaki tu pendapatannya lebih dari dia. Namun hakikat trend di universiti tak menunjukkan begitu.
62% dari penuntut universiti di Malaysia adalah wanita. Terutama pendidikan, kesihatan, dan sains sosial – Kajian Penang Institute 2013. Bila lebih pendidikan, lebih peluang, lebih gaji, lebih berdiri di atas kaki sendiri.
Dalam kata lain, sebagai lelaki, cabaran untuk jadi provider lebih tinggi di zaman ini berbanding zaman ayah² kita. Sekarang nak bertanding sesama lelaki lagi, dengan perempuan lagi.
—–
Sebenarnya bukanlah trend universiti sahaja, tapi kesan inflasi juga merupakan punca.
Inflasi yang wujud oleh kerana banyak mata wang dalam pasaran juga berpunca oleh kerana wanita juga bekerja. 1950, 1 orang lelaki sebenarnya masih mampu tanggung 1 keluarga.
Tapi sekarang suami isteri bekerja (kalau masing² gaji rm2500) pun masih lagi miskin bandar. Benda ni bukan sebab kita kekurangan sumber ke atau sebab ada tiris ke apa ke, tapi ini economy 101.
Bila lebih banyak household jadi dual-income, harga barang & rumah adjust ikut daya beli (sebab lebih banyak duit dalam market). Sebab tu makin ramai orang ada income sendiri, makin tinggi harga barang.
Secara tak langsung, golongan wanita bekerja sebenarnya mempercepatkan household inflation effect.
—–
Dah la tumbesaran anak² terabai. Kasih sayang terabai. Isteri² terbuka kepada peluang² untuk pergaulan bebas di pejabat lagi dan akhirnya curang.
Perempuan akan tanya, habis tu lelaki curang di pejabat tak apa pula. Sabar dulu cik siti, dia nak curang dengan siapa kalau semua isteri duduk dirumah. Dipejabat pun hanya ada lelaki, bebas dari curang, bebas dari distraction. Kan bagus macam tu.
Mungkin inilah paradoks zaman moden,
Semakin tinggi kedudukan wanita dalam ekonomi, semakin rendah keperluan mereka pada lelaki.
Semakin banyak pasangan bekerja, semakin sukar seorang lelaki untuk benar-benar dilihat sebagai provider.
Dan akhirnya, cinta tanpa hormat tidak boleh bertahan.
Selagi lelaki tidak mampu kembali menjadi provider yang dominan, selagi itu wanita akan terus melihat lelaki sebagai pilihan, bukan keperluan.
Soalannya, apakah kita akan kembali ke era di mana seorang lelaki cukup untuk menyara keluarga, atau dunia kita ni dah langkah terlalu jauh sampai point of no return.
– Jurat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
eh, dangkalnya pemikiran .Perempuan yang bekerja ni , dia kerja sebab nak bayar hutang dia ja hutang kereta , hutang belajar lagi,klu dia x kerja kau nak bayar ka , boleh dia nak minta kau bayar denga gaji kau yang paras hidungt tu, kau jangan perasan sangat nak support jantan .Selalu , lelaki yang tak provider ni , inside dia sendiri jens x dak maruah as jantan yang nak tumpang duit bini.
Pandangan awak lebih dangkal
Tidak semua perempuan yang dilahirkan bercita-cita tinggi hendak jadi isteri kerana fokusnya pada bakti dan khidmat untuk ibubapa dan keluarga. Ibubapa memberi izin dan redha kepada anak itu untuk belajar dan terus belajar/bekerja, lalu bagaimana? Untuk isteri yang ditinggalkan/digantung tak bertali dan balu/janda tambahan anak-anak atau tanggungan hutang yang ditinggalkan suami/arwah pula bagaimana? Nak bagi pendapat bawah, posisikan diri di bawah. Pendapat atas, posisikan diri di atas. Pendapat bawah, intai-intai dari atas pun boleh berbuah juga, nasiblah petik dapat buah busuk atau elok. Oh ya, bukan isteri bekerja yang hanya berpotensi untuk lupa diri. Anak perempuan dan anak lelaki bujang yang bekerja pun boleh lupa diri. Terakhirnya, suami yang bekerja pun boleh lupa diri. Ada kerjaya bagus, ada kereta bagus, ada rumah besar, ada isteri, membilang perempuan tambah isteri, ada anak-anak dan merasakan terpaling ketua, terpaling pandai membuat pilihan, terpaling mampu menjaga keluarga tapi lupa masih di bawah penguasaan Allah, masih di bawah mak bapak. Kebanyakan mak-mak bapak-bapak, pakcik makcik yang tak kuasa melalak pada ‘confession’, komen-komen. Paling ya pun melalak depan anak tu sendiri. Semuanya boleh hanyut, lupa diri, lupa Tuhan sama ada bekerja atau tidak bekerja (surirumah/masih bersekolah).
Eh senget. Kau kenapa ambil sejarah us tangkap muat ke malaysia? hang tau tak dari dulu lagi perempuan melayu memang bekerja di bendang padi mengusahakan tanaman juga dan duduk rumah? eh kau kenapa sibuk pasal feminism. modern malay men ramai riding off those ideology of feminism and benefit from it, expect 50/50 off a women. angkat barang, dan rata2 kalau bukan dekat mamak, ramai perempuan yang beratur di cashier membayar makanan family. entahla mat. perempuan ini shopping utk memberi pada family. Sedang suami kalau yang bukan provider tu, expect perempuan as submissive provider. bila kata lelaki harus berbelanja utk family, mula lah nak guna kad taat/nuysuz utk pertahankan diri sedang diri itu mungkar tanggungjawab. Dulu perempuan western didnt have rights to account bank, property, education and voting rights. BIla pula tanah malaya membenarkan perempuan undi. tak pernahkan? only start tahun 60an- kerajaan malaysia mula menghantar perempuan dan lelaki ke overseas utk meningkatkan ekonomi Malaysia. tapi makin kuat penyertaan perempuan dalam ekonomi, makin lebih hujah lelaki utk tidak menjadi Qawwam
duduk jela dapur ni sibuk nk kerja, dasar feminist
Tengok komen pompuan kat sini kita dah boleh betapa cetek pemikiran dorang ni. Ada hati pulak nak kata lelaki berfikirang dangkal. Silap besar la ko cerita pasal Revolusi Industri US apa bagai sebab dorang tak boleh relate pon. Dan dorang takkan cuba pon untuk relate. Sebab jiwa feminism tu dah terlampau menebal dalam kepala otak dorang. Lelaki hari ni terpaksa bersaing dengan so called indipendent woman yang diberikan kesamarataan hak untuk terima pendidikan dan peluang dalam pekerjaan. Sampai at one point, dorang bina kepercayaan yang men and women are build equals. Kat situ la pemikiran feminism terbentuk dan dorang start shouting for equal right for men and woman, equal pay, equal this and that. Walhal, dalam islam kedua2 nya serve purpose yang berbeza. Men as a a leader and to provide for the family and women to focus on building the family dengan melayan suami, take care hal2 rumahtanggan dan mengasuh anak. Guna pendidikan dan ilmu ke arah tu. Bila ko dah take over man’s job, ko dah jadi tak cukup masa dengan family, bergaji besar dari suami dan ego makin meninggi. Dan suddenly bila ko burn out, ko salahkan suami tak provider this and that. Dah tak ingat dah sebelum ni shouting nak equal right, equal opportunities. Tapi tak boleh pulak nak 50-50 ngan suami dalam perbelanjaan rumahtangga sedangkan dalam hak2 lain ko nak dapatkan hak samarata 50-50. Kat Malaysia ni takde halangan untuk peluang bekerja dan majikan pon very happy dan prefer perempuan untuk higher position sebab perempuan lebih disiplin, better in documentation, and some is very cunning and can backstab anyone to achieve what she wants ie higher position. Then bila perempuan jadi bos or so called ladyboss, environment kerja jadi toxic dan lelaki jugak jadi mangsa kena berpindah kerja sana sini jadi income tak stabil. Rasanya kita semua tahu, perempuan memang tak boleh jadi pemimpin sebab banyak decision akan dipengaruhi emosi bukan otak semata-mata. Dengan mood swing apa bagai. Sebab tu Islam bagitau lelaki adalah pemimpin buka perempuan. Dah memang Allah ciptakan begitu. Pastu masuk musim mengawan, cuti 3-4 bulan, gaji jalan. Sapa nak cover kerja korang? Laki jugak. Tu pon majikan tetap ambik perempuan bekerja menyebabkan ketakseimbangan dalam masyarakat. Yang perlu jadi provider dan bergaji besar lelaki. Yang diberi gaji besar dan lebih peluang pekerjaan sekarang. Perempuan. Kalu tak percaya tengok la confession geng2 tanam anggur dalam ni. Kebanyakan lelaki. Perempuan habis intern terus serap masuk. Equals right kan, kalau tak ambik perempuan nanti diskriminasi gender pulak. Klau tak ambik lelaki takpe. No discrimination pulak. Puih.
sekarang ni saya rasa abg pukul rata semua sama.tp abg maybe terlebih bitter haha.
in my situation. gaji saya lebih dr husband.tp dr awal kawin, saya memang bg tau husband saya nk keje sbb nk bayar loan study, loan kereta. that time gaji kami sama. bila saya lompat keje gaji lebih. tp husband saya tetap provider. dan xpenah mintak saya bayar pape. dan bila suami saya tetap teruskan kewajipan, saya pun willing je topup barang dapur. beli makanan yang mahal2. belanja vacation. no issue. ada anak. i bayar pengasuh. topup medical card. kat sini bang konsep dia ihsan. perempuan ni kalau kau 10kali baik dengan perempuan, penuh kan semua tangki kuota kasih sayang dia, kita perempuan ni 100x kali baik bang. saya dah bnyk jumpa wife yg xkesah. and alhamdulillah circle saya jenis yang bertolak ansur dgn husband even wife lebih. tak nafikan ada je yg xnk 50-50 ada yg nk fully provider. dan mcm2 lagi. dan pilihla yang sekufu dgn kita. bukan hanya education tp pemikiran jugaa. ok la nk peluk husband saya bai