Assalamualaikum wbt. Terima kasih sekiranya admin admin dapat publishkan cerita ini. First of all, aku seorang perempuan, awal 20-an, masih belajar di sebuah ipt dan seorang yang agak peramah.
Sebenarnya aku tidak berapa perasan yang aku ini seorang yang agak peramah. Tetapi bila kawan-kawan aku cakap yang aku ini peramah, suka bertanya dan menyapa orang lain apabila kami berjalan bersama-sama, jadi aku rasa betullah apa yang dikatakan oleh kawan-kawan aku.
Ok ceritanya bermula apabila aku masuk belajar untuk sem baru. Aku perasan perangai aku berubah. Aku seakan-akan cuba untuk menyendiri. Tidak mahu bergaul dengan orang lain meskipun dengan kawan-kawan rapat aku.
Sebagai contoh, bila kawan-kawan aku asyik bercerita, sembang berkenaan hal itu, hal ini, aku menjadi pendiam. Aku cuba untuk masuk sekali dalam perbualan mereka tetapi hati aku menghasut aku supaya tidak join mereka even aku sendiri yang nak join perbualan mereka.
Lama kelamaan, aku rasa aku tidak pandai untuk bergaul, berkawan dengan orang di sekeliling aku even dengan kawan-kawan rapat aku.
Perkara ini berlarutan untuk beberapa minggu. Aku rasa aku makin sendirian, seolah-olah tiada kawan-kawan even kawan-kawan aku selalu ada, selalu menegur aku.
Aku menjadi down kerana aku rasa ini bukan diri aku. Aku tidak happy dengan perasaan aku sendiri. Rasa down, sedih dan terkadang aku fikir maybe aku dah tak lama (mati?).
Sepanjang beberapa minggu itu sehingga ke saat ini, aku cuba untuk menjadi diri aku balik seperti sebelum ini. Seorang yang peramah, happy, selalu ketawa, ada je idea untuk mengusik kawan-kawan aku.
Tapi aku masih di tahap yang sama. Masih menjadi seorang yang pendiam, dan bila keseorangan aku jadi sedih+down, benci dengan diri aku sendiri.
Punca aku menjadi pendiam? Aku pun tidak tahu apa puncanya. Aku selalu berdoa setiap kali solat supaya aku dapat jadi diri aku semula, tidak rasa down, sedih, rasa lonely. Aku juga mungkin terfikirkan yang aku kurang dalam ibadah which is makanan rohani aku kurang.
Tetapi hari-hari aku tidak pernah tinggal mengaji, selalu menjaga solat even ada jugak terlepas sebab tertidur, sentiasa amalkan doa-doa pilihan, baca mathurat hari-hari, settlekan hutang, tidak couple dan sebagainya.
Apabila aku menjadi pendiam, memang ada kawan aku yang perasan dengan perubahan aku dan mengiyakan apa yang aku rasa.
Mungkin kawan-kawan rapat aku yang lain juga perasan dengan watak aku yang pendiam tetapi mereka tidak menegur aku.
Aku sebenarnya takut dengan diri aku selalu rasa down + sedih + lonely tanpa sebab. Takut lama kelamaan aku jadi stress dan yang lebih teruk boleh dapat depression. Semoga dijauhkan, aamiin.
Aku harap pembaca semua dapat doakan aku supaya aku menjadi seorang yang pandai berkawan, bergaul dengan orang sekeliling aku dan dapat menjadi diri aku yang dahulu. Seorang yang peramah, happy go lucky, selalu ketawa.
Terima kasih.
– Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit