Aku Akila (30 tahun, belum berkahwin), adik Abibah (25 tahun, sudah perkahwin). Pusaka yang puaka ni bermula selepas adik aku berkahwin.
Aku & adik aku ada rumah banglo 3 tingkat tinggalan arwah mak & ayah aku. Loan rumah tersebut adalah “joined loan’ antara arwah mak & arwah ayah kami.
Jadi, faraid rumah tersebut merangkumi ramai waris faraid termasuk aku, adik aku, 1 nenek belah mak, 1 nenek belah ayah, 6 pakcik. Jumlah 10 orang.
Kenapa ada pakcik? Sebab kami perempuan, takde waris lelaki dari arwah.
Aku tak mahu sentuh kenapa pakcik2 kami tak lepaskan bahagian mereka, sebab hak mereka masih ada. Nak lepaskan atau ambil tu adalah terpulang pada pakcik2.
Sejak arwah meninggal, rumah tu kami setuju untuk sewakan RM1500 sebulan. Kira harga stardard untuk banglo 3 tingkat, kawasan kampung pedalaman yang tiada jalan tar untuk masuk.
Aku kini menetap di KL & telah melepaskan bahagian aku pasal rumah tu. Nak sewa atau jual? Aku tak mahu ambil tahu & taknak duit rumah tersebut.
Kisahnya adik aku nak kahwin & suami adik aku tak mampu nak sediakan tempat tinggal yang adik aku nak (adik aku tak nak rumah kecil, hmm). Gaji adik aku 800 & gaji bakal suami 1000.
Gaji ni adalah gaji kawasan pedalaman. Adik aku merayu kepada semua waris2 lain untuk benarkan dia duduk di rumah tersebut dengan bayaran 800 sebulan. Waris2 semua setuju.
Sebelum adik kahwin aku banyak kali pesan, jangan lupa bayar ke semua 9 orang tersebut.
Aku pesan bab duit paling susah bila berurusan dengan saudara sendiri. Banyak kali aku pesan ingatkan dia nak jaga rumah besar pun makan kos.
Aku kata kalau sewa rumah kecil 500-800 ada yang selesa. Dia bertegas nak duduk banglo 3 tingkat tu.
Alhamdulliah banglo tu memang cantik terjaga selepas 10 tahun disewakan. Penyewa sangat baik sebab jaga rumah tu macam rumah mereka sendiri.
2 jam sebelum adik aku kahwin, aku pesan lagi sekali untuk tunaikan janji dia, dia serabut & halau aku dari bilik pengantin.
Aku tahu, aku terlalu menekan dia tapi aku takut kalau adik aku tak mampu nak jaga rumah besar. Rumah tu makan kos, bukan sewa sahaja.
10 bulan selepas perkahwinan adik aku, nenek aku maklum dekat aku yang adik aku takde bayar sesen pun sewa rumah pusaka tu. Terkejut aku.
Aku telefon pakcik2 aku untuk bertanya, memang betul adik aku takde bayar pun kepada 9 orang waris rumah tu.
Sekarang family aku habis bergaduh sebab hal ni. Aku pun disalahkan sebab aku kakak sulung.
Aku hanya suggest untuk jual rumah tu & bahagi sama rata rumah tu (tanah). Ramai yang tak setuju, jadi tak boleh jual juga.
Nenek aku suggest untuk sewakan semula rumah tu tapi adik aku tertegas taknak keluar dari rumah tu. Habis botak kepala aku. Nasib baik aku bertudung.
Setiap hari nenek2 dan pakcik2 akan call aku untuk tanya hal rumah tu.
2 tahun terlalu, mereka masih menuntut hak rumah tu. Aku stress. Adik aku yang duduk rumah tu, kenapa nak spam aku?
Aku dah slow talk dengan adik tapi adik bertegas. 2 bulan lepas aku buat satu group whatsapp untuk nenek2, adik & pakcik2 aku.
Aku tulis besar2 yang aku tak nak tahu pasal rumah tu lagi.
Aku tulis, ‘tinggalkan je la rumah pusaka yang berpuaka tu, cari la rezeki lain, semua dah besar panjang.
Tak kan hidup ni nak berharap harta si mati. Kalau masih nak bertegas, contact sendiri adik aku’
Aku left group lepas taip tu.
Di sebabkan rumah tu keluarga aku gaduh besar. Saling menyalahkan antara satu sama lain.
Pakcik2 aku salahkan nenek aku sebab benarkan adik aku duduk situ, nenek salahkan aku sebab tak ajar adik, adik salahkan aku sebab tak di pihak dia. Semua gaduh!
Satu lagi, adik aku ada gugur, janin tiba2 hilang, suami adik salahkan family kami yang guna ilmu hitam. Banyak sangat benda yang jadi lepas kes rumah tu.
Aku bawa diri seorang diri. Aku decide untuk cari harta sendiri, aku tak nak satu sen pun dari rumah pusaka tu.
Hari2 aku doa rumah tu retak & roboh, jual tanah & bahagi ikut faraid.
Rumah tu pun dah berusia 50 tahun. memang takde nilai, kecuali nilai tanah. Masing2 dapat bahagian masing2 & duduk diam2.
– Akila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit