Pusat Asuhan Neraka

Salam sejahtera kepada semua warga IIUMC. Sebenarnya berat untuk saya confess di sini, ini kerana banyak pihak akan terlibat, tapi dah lama saya pendam, saya rasa baik saya luahkan sahaja. Ini apa yang saya nampak, saya boleh cerita sahaja, saya tiada bukti kerana masa kejadian saya tidak terfikir untuk merakam video.

Cerita ini bermula pada 3 tahun lepas, pada tahun 2015, saya di tawarkan kerja di pusat asuhan kanak-kanak istimewa di sebuah bandar kuala lumpur, masa interview saya buat yang terbaik untul dapatkan kerja ini. Saya memang suka dan sayang dengan budak2, tambah lagi jika budak istimewa, alhamdulilah saya di tawarkan kerja, dan ada seorang lagi staff baru bersama saya, nama dia nadia ( bukan nama sebenar). Hari pertama kerja ok, staff semua tunjuk ajar, budak2 comel.. Masuk minggu ke 2, saya dah mula nampak sikap sebenar guru-guru di sana.

Tempat kerja saya ada 4 staff lama iaitu guru a, guru b, guru c, guru d. Pusat asuhan kanak-kanak istimewa ni macam daycare juga dari 8 pagi smpai 5 petang dan ada waktu belajar. 4 orang guru ni sangat “jahat”. Saya terkejut apabila melihat guru a tiba2 menampar salah seorang pelajar, bila saya tanya kenapa tampar dia, dia kata saja geram pula tengok budak ni diam sahaja. Untuk pengetahuan korang budak tu suka menyendiri, kalau datang sekolah dia akan duduk di penjuru senyap2 seorang diri, apa salah budak itu sampai kena tampar?

Itu cerita guru a. Ini cerita guru b pula. Guru b bila tengahari nak mandikan pelajar2, dia tak akan panggil nama pelajar. Kalau pelajar perempuan yg rambut panjang dia pergi je dekat pelajar tu, dia tarik rambut sampai budak tu terangkat kaki x jejak lantai dia heret sampai ke toilet dan mandikan budak2 tu, kalau budak lelaki dia tarik side burn.

Nak tahu kenapa dia buat mcm tu? Senang tak ada kesan, ibu bapa pun tak perasan. Anak2 istimewa ini mana boleh cakap, saya nampak pelajar tu menangis meronta sakit, dia buat tak tahu sahaja, saya tanya kenapa buat macam tu? Guru tu boleh jawab budak2 ni bodoh bukan nak respon kalau kita panggil. Ada seorang pelajar ni selalu bawa bekal dari rumah, bekal dia menarik,mak dia memang suka masak, yg sedihnya setiap hari cikgu akan buka bekal dia dan habiskan, cikgu bagi budak tu makan biskut sahaja, bayangkan dari pagi sampai petang budak tu hanya makan biskut?

Budak tu non verbal, aku sendiri nampak muka budak tu tiba2 keluar air mata, aku faham mesti dia sedih dan kelaparan. Budak2 situ kalau tak tidur atau menangis lagi teruk kena tampar. Selalu port yg kena tu di bahagian belakang, pipi jarang diaorg tampar sebab senang tinggal bekas. Budak2 sana semua diam shja nak menangis pun takut, ada yg memangis senyap2 tu pun kena bantai dengan guru.

Guru c dan guru d ni kawan baik. One day, ada seorang murid main barang guru si c ni, salah guru tu juga sebab dia letak barang dia merata, guru ni mengamuk sebab barang dia sepah, dia ajak si guru d ni bantai budak tu. Diaorg sepak2 budak tu pijak perut budak tu smpai keluar tahi, budak tu menangis smpai tahap takut sangat. Aku dan nadia tak tahan tengok kami terus tenangkan. Aku lindung budak tu nadia tarik cikgu tu. Oleh sebab kejadian tu sangat teruk, aku dan nadia buat report kepada boss, malangnya kami yg kena balik. Rupa2nya boss tu dah tahu dan dia memihak kepada mereka.

Dia kata sebenarnya saya dan nadia yang ada masalah dengan staff2 situ sebab tu saya fitnah mereka. Ya salah saya sebab tak ada bukti, saya minta boss pasang cctv, katanya membazir.. Boss bagi kata putus kepada saya dan nadia. Kalau nak kerja situ kami kena butakn mata, atau kami kena angkat kaki. Kami decide berhenti sahaja, tak sanggup tengok budak2 di seksa . Hari2 balik kerja mesti saya menangis sedih terbayang tangisan budak2 tu minta berhenti di pukul.

Sebenarnya ada banyak lagi kejadian yang berlaku tapi agak sukar untuk saya ceritakan di sini. Tapi ada 1 kejadian yang tinggal kesan di hati, seorang guru pukul pelajar denga kerusi yg guna untuk belajar. Tangan budak tu sampai berdarah menitik atas lantai, guru tu ignore sahaja, bila saya nak pi letak ubat saya yang kena jerkah, dia cakap tu murid dia jangan memandai nak sibuk. Bila waktu balik dia explain kpda mak budak tu cakap budak tu terkepit pintu. Aku masih tak faham, parents situ percaya betul dengan guru sana. Guru sana pukul anak diaorg sampai separuh mati, diaorang masih tak sedar.

Untuk pengentahuan korang dalam senyap2 saya dan nadia akan pergi tolong budak2 yg kena pukul, letak ubat, bagi makan, pujuk bagi dia menangis. Kerja kami?? Kami sepatutnya mengajar tapi kami di buli, setiap kali ada budak berak kami wajib basuh, yang itu kami tak kisah, sebab dah biasa. Tapi yang tak biasa nya tengok budak2 kena pukul. Saya hanya kerja di sana sebulan sahaja itupun terasa sangat lama, sebelum resign tu ada la ura2 nak bagitahu parents tapi saya tak di beri kesempatan, bila pelajar nak balik je guru2 ni akan hantar diaorang tak benarkan staff baru hantar.

Saya resign dan dapat offer kerja yang sama tapi di tempat lain. Alhamdulilah boss sangat bagus dan tak ada langsung isu pukul pelajar, semua layan pelajar baik seperti ibu layan anaknya.

Kenapa saya baru hantar confess sekarang?? Sebab saya tak berani sebab banyak pihak yang akan terlibat, saya dapat kembali kekuatan kerana saya dah jumpa orang sokongan saya.. Siapa mereka?? Mereka adalah ex staff sana juga yang nampak apa yang saya nampak, kami dah jumpa dan berbincang dan bercerita, macam mana kami boleh kenal? Kami dalam bidang yang sama, bila ada kursus mana2 kursus kami terserempak dan di situlah mula kenal. Ramai yang luah apa yang mereka dah nampak. Kejadian yang saya cerita ni apa yang saya nampak.

Ada sorg ex staff sana cerita, guru yg sama juga letak tangan pelajar atas periuk yang panas sehingga melecur tangan budak itu, guru tu nak bagi budak tu pegang benda panas, bagi ada deria rasa, s katanya,sebab budak tu ada masalah deria nak bagi pegang pun agak2 la sampai melecur. Boleh pula dia cerita kepda parents budak tu, terkena air panas sebab main air panas. Parents pun percaya.

Kepada ibu bapa di luar sana tolong jangan percaya guru anak anda. Depan manis muka belakang anak kita jadi mangsa. Oleh sebab kejadian ini saya jadi fobia nak hantar anak ke pengasuh atau anak asuhan.

Kepada ibu bapa yanga ada anak istimewa, dan hantar anak ke sana, tolong aware dengan anak anda, guru2 tu semua pukul anak anda tapi tak ada kesan sebab mereka tahu port mana yang boleh pukul. Kalau boleh beli la yang boleh rakam suara atau cctv kecil letak di beg anak2 ke. Bukan untuk ajar tak percaya kepada guru tapi saya prihatin keselamatan anak2 anda.

Pusat tu famous juga di kl selalu masuk tv. Maaf andai confession saya ini akan memberi impak kepada pusat yang bagus kena tempias tapi kalau boleh saya nak pusat tu ditutup. Jangan sampai ada kes kematian, anak2 anda di sana. Ibu bapa tolong ambil tindakan. Saya nak buay report pun tak ada guna sebab tak ada bukti video. Saya confess di sini dengan rakan2 yang lain untuk memberi kesedaran.

Saya juga seorang guru pendidikan khas dan masih lagi mengajar tapi alhamdulilah di tempat yang betul dan bersama staff yang bagus. Kami semua boleh je buktikan anak murid kami ada improvement tanpa menggunakan kekerasan fizikal.

Pihak yang berwajib sila ambil tindakan. Kalau sesiapa yang kerja di sana dan nampak apa yg kami dah nmpk tolong ambil tindakan rakam video dan buat report. Jangan jadi seperti kami yg bodoh diam diri sahaja. Masa tu saya masih guna phone biasa, susah nak rakam video.

– Miss T

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *