Assalamualaikum semua. Saya sebenarnya nak ceritakan pengalaman saya jadi anak perempuan tunggal dan dikelilingi 7 orang ‘bodyguards’.
InshaAllah, tak lama lagi akan menjadi seorang ibu. Saya berkahwin tahun 2019. Saya anak yang kelima.
Bila dapat tahu saya bakal dapat anak perempuan, InshaAllah, saya teringat hidup saya ni jadi anak perempuan tunggal.
Mak dan ayahlah kawan rapat saya. Kawan-kawan saya hanya sepupu sahaja. Kawan perempuan ke, lelaki ke, memang tiada.
Saya hanya berkawan bila ada urusan sekolah atau assignment universiti. Kenapa tak ramai kawan perempuan? Sebab pergaulan saya dijaga bodyguards. Saya tak pernah keluar berjalan dengan kawan tanpa bodyguard.
Di universiti, tiap kali saya beritahu dalam group Whatsapp saya nak keluar dengan kawan, mesti ada bodyguard yang tawar diri jadi driver.
Saya ada 4 bodyguard yang dah berkahwin dan tinggal berdekatan dengan universiti. 3 lagi masih belajar dan bekerja.
Alasannya, saya masih perlu cari grabcar kan? Jadi abang saya sendiri nak bawa. Dah alang-alang dia bawa kami, mesti dia akan ikut belakang kalau saya keluar dengan kawan sampailah habis shopping.
Jadi, kawan-kawan saya susah nak ajak saya sekali sebab biasanya diorang nak singgah banyak tempat selain beli barang ‘keperluan’.
Biasanya tengok wayang la.
Dua kali saja saya dapat keluar shopping dengan kawan-kawan (sekali dengan bodyguard). Lepas tu, kawan saya dah tak ajak saya join sekali.
Jadi, memang waktu weekend, abang saya akan ambil saya balik rumah kalau saya tiada apa-apa tugasan di universiti.
Oh, yes. Saya memang selalu update dalam group family kalau nak keluar dari kawasan universiti sebab saya rasa lebih selamat macam tu.
Pada mulanya, tak ramai tahu bilangan adik-beradik sebenar saya sampailah saya kawin, barulah ramai terkejut.
Itupun sebab ada kawan yang hadir majlis, dia nampak waktu bergambar adik beradik, semua lelaki sekeliling. Suami saya kena berdiri hujung sekali. Haha.
Saya dan bodyguards ada saja media sosial, tapi masing-masing jarang sangat cerita, upload gambar atau share lebih-lebih pasal keluarga.
Ada yang upload gambar sendiri, tapi tak de satu family dalam gambar.
Kalau kami berkumpul, susah nak nampak telefon di tangan (sebelum zaman pandemik ni la).
Sebab bodyguard saya, walaupun ramai kawan lelaki, tapi kawan yang rapat, kawan lepak, kawan tengok bola memang dah cukup 7 orang tu. Terlebih lagi adala. Tak perlu nak keluar pergi mamak.
Aktiviti kami 8 orang biasanya cari gaduh, main bola, badminton, basikal dekat kawasan rumah, tengok movie dan cartoon. Mungkin sebab kami ramai dan rapat sejak kecil, susah kami nak lepak dan ‘berkawan rapat’ dengan orang luar.
Macam 4 orang abang saya yang dah berkahwin, semua isteri diorang, kami dah kenal sejak diorang berkawan. Abang saya akan beritahu pasal kawan dia dan ajak saya kalau diorang nak keluar berjumpa (sebelum berkahwin la).
Jadi, disebabkan abang-abang saya sendiri tak pernah keluar berdua dengan perempuan, saya pun kalau ada lelaki yang nak berkenalan dan ajak keluar, saya akan cakap, abang saya akan ambil kita berdua, dia akan ikut sama.
Bila saya cakap macam tu, semua cancel ajak keluar. Haha. Katanya dia nak berkenalan saja. Mungkin masing-masing gemuruh sangat dengar abang nak ikut.
Yang kelakar, saya pernah hantar gambar 3/7 abang, 1 bomba, 2 lagi kerja kerajaan tapi selalu pergi gym, dan suruh lelaki tu pilih nak suruh abang mana yang ikut.. mesti kawan lelaki tu cancel. Hahaha.
Biasanya memang 3 orang ni la yang saya gunakan sebab masing-masing body gym. Walaupun yang biasa available ikut saya, badan biasa2 saja. Saja saya takutkan lelaki-lelaki tu.
Suami saya. Dia antara yang rare la. Sebab tu saya berkahwin dengan dia. Dia seorang yang macam bapak-bapak la katakan. Saya ni pula, memang jenis susah hidup berdikari sebab ye la, semuanya ada abang-abang uruskan.
Jadi saya ni senang tertarik dengan yang family guy, perangai garang tapi lembut macam bapak2 tu. Saya pun mengaku saya sangat-sangat la kuat merajuk.
Sebab kalau saya merajuk dengan salah satu bodyguard, mesti ada bodyguard lain yang pujuk. Best, hahaha.
Suami saya ni, kawan abang saya punya adik ipar. Haa, bacalah banyak kali kalau nak faham. Haha. Kawan abang saya, dia ajak kami satu family datang kenduri kawin dia.
Rumah dia dekat dengan kawasan rumah kami. Walaupun tak semua datang, saya ni termasuklah yang hadir. Kebetulan masa kami datang, meja penuh. Kami ni, walaupun tak cukup semua, tapi adala 7 orang.
Pada mulanya, ingatkan lauk pun dah nak habis, jadi kami datang tengok pengantin saja. Mak kawan abang saya perasan kami tak duduk makan lagi, dia suruh juga kami tunggu. Dia cakap lauk banyak lagi tapi meja saja tak cukup.
Kami tunggula. Abang-abang saya ni, mana la nak duduk saja kan. Diorang 4 orang pergi tolong katering basuh pinggan sekali. Saya duduk dengan mak saya dalam rumah. Ayah saya pergi buat kawan la.
Masa saya tengah duduk tu, abang saya panggil. Dia suruh saya tolong lap pinggan sekali dengan suami saya masatu. Dia sorang saja lap pinggan.
Suami saya ni, dua beradik saja. Majlis kenduri kakak dia ni, buat satu majlis saja. Sebab tu la jemputan ramai sangat. Dua belah keluarga datang sekali.
Jadi, masa lap pinggan tu, dia tak tahu dekat situ ada 4 orang abang saya. Dia ingat ada sorang saja. Awal tu, saya tak jumpa tuala lap.
Sombong, tak nak tanya yang tengah lap tu. Jadi saya complain dekat abang saya, tuala tak de.
Abang saya buat muka menyampah, dia tanya suami saya mana nak cari tuala. Suami saya beritahu saya bahagian mana simpan tuala tu.
Tapi saya pergi situ tak jumpa-jumpa. Saya datang semula, tak direct terus dengan suami, tapi dekat abang saya, saya tak jumpa tuala tu.
Masa tu dah merajuk dah sebab abang saya dah malas nak layan. Suami saya cakap dekat abang saya, biar dia buat sorang saja. Masatu katering yang basuh pinggan dah tak de, ramai pergi lap meja, kutip pinggan, tambah lauk.
Abang-abang saya dekat situ terus cakap, biarlah. Suruh saja dia buat. Lagipun, situ tinggal abang-abang saya dan suami saja. Yes. Hobi abang saya ialah membuli saya.
Lagi-lagi kalau bab yang saya malas nak buat. Basuh pinggan, lap pinggan. Nasib diorang tak suruh basuh pinggan sebab saya pakai baju kurung.
Suami pun bagi la tuala dia dekat saya dan bangun ambil tuala lain. Sebelum tu dia tanya juga, saya ni kawan diorang ke. Lepas tahu tu semua abang saya, dia pun tak berani la nak halang.
Sambil lap pinggan tu, kami berkenalan. Tapi bukan saya yang bercakap, semua abang yang tukang jawab. Dia tanya saya, abang saya yang jawabkan. Eishh. Tiba-tiba suami saya pandang saya, dia cakap tutup mata.
Abang-abang saya terus pandang dia. Dah kenapa budak ni. Rupanya ada belalang kunyit dekat bahu saya. Abang saya ni ramai pun, semua penakut dengan benda ni. Yang bomba tak ikut pulak masatu.
Saya tutup muka, jerit suruh abang saya buang. Saya rasa ada tuala pukul bahu saya sampailah belalang tu lari. Buka saja mata, abang saya dah berdiri 4 orang tu, jauh dari saya. Yang menghalau belalang tu rupanya suami saya saja.
Apa lagi, tergelak la suami saya. Dari situla dia mungkin jadi konfiden sikit dari abang-abang saya. Mula berkawan dengan abang saya, sampailah dia sendiri beritahu abang saya dia nak berkenalan dan berkahwin dengan saya.
Kami selalu chat tapi dia tak pernah nak berbual macam bercinta. Saya rasa macam berbual dengan abang saya saja.
Kami berbual biasanya pasal update kerja harian dan pasal abang-abang saya. Lebih kurang 3 bulan chat, kami berkahwin.
Abang saya pernah pesan pada dia, saya ni kuat merajuk. Tapi dia cakap, saya ni macam gangster saja. Garang, macam sombong pun ada.
Abang saya ketawa saja. Itu hanya lakonan sahaja.
Saya kalau dengan kawan perempuan pun, ramai cakap saya ni agak tomboy. Tapi pendiam. Sebenarnya, saya tak pandai bersosial sangat.
Nasib dapat kerja jaga finance saja. Tak perlu jumpa orang selalu.
Manja, merajuk, gedik saya, abang-abang saya saja tahu. Depan orang kena tunjuk ‘macho’ la. Hahah. Lepas kawin, barulah keluar belang sebenar. Nasib suami saya ni pandai pujuk.
Tapi dia pujuk bukan bagi bunga ke apa, dia suruh saya bersiap nak keluar. Lepastu bawa saya makan. Lepas makan, happy la semula.
Senang saja kan. Saya agak, mesti dia ambil tips dari abang sebab diorang tahu saya suka makan.
Saya ni tak suka rumah sunyi, tenang, diam saja. Sebab dah biasa ‘bergaduh’ dengan abang saya, selalu juga saya cari gaduh dengan suami.
Nak cari punca kacau dia, saya sorokkan phone ke, remote ke. Atau prank2 yang saya belajar dari abang-abang saya.
Kalau saya tak kacau dia sehari, dia tahu la saya tengah merajuk tu. Ayat perli campur pujuk dia senang saja, “Merajuk tiap hari pun bagus. Tenang rumah ni.” Tu yang buat saya geram tu.
Dah berbadan dua ni, ramai cakap saya dah ‘baik’ sikit. Tak nakal sangat katanya.
Sebenarnya, bila dapat tahu mungkin anak perempuan, saya rasa takut sebab tak tahu macam mana saya nak layan anak perempuan ni. Dan kalau betul perempuan, ini cucu perempuan pertama mak ayah saya.
Terima kasih sebab sudi baca penulisan saya ni. Saya ambil cuti sebulan tanpa gaji. Jadi, saja la buat-buat busy type pada laptop sambil tengok suami depan saya ni. Bekerja dari rumah dia harini.
– Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit