Majlis adik aku baru lepas petang semalam. Adik aku nampak tak kisah apa yang jadi tapi aku yang panas sebab kes yang sama jadi dekat majlis aku dulu.
Masa akad nikah ada tetamu yang tak berapa rapat pakai serba putih sampai rosak gambar kahwin.
Pengantin jadi tak utama sebab ada perempuan lain yang pakai putih dari hujung rambut ke hujung kaki termasuk kasut putih! Gambar tak berapa ngam.
Geram tak?
Kalau bridemaids pakai putih sebab pengantin suruh, atau shawl sahaja yang putih atau memang tema putih ok la.
Tapi ni tak ye. Macam sengaja nak pakai serba putih ke majlis kahwin orang kot.
Majlis adik aku majlis kat rumah kampung. Pengantin ke sana sini bercakap dengan tetamu. Bukan jenis style dewan yang pengantin atas pentas je.
Kadang2 pengantin takde kat pelamin sebab turut sama menyambut tetamu / bercakap dengan tetamu.
Masa majlis adik aku tu, ramai tetamu tanya eh ni ke pengantin nye? Eh ada dua pengantin ke?
Apa tujuan ye perempuan pakai putih ke majlis orang?
Aku listkan pakaian putih dia. Shawl putih. Shawl shimmer extra buat ala2 veil. Baju putih. Kasut putih. Kuku inai sikit2.
Geram tak? Ke aku yang over?
– Ann (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit