Salam pembaca IIUM semua.. Aku perkenalkan diri sebagai Nurul dan berusia 26 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 8 bulan.. Ini pertama kali aku menghantar Artikel di sini dan ingin membuat satu confessions kerana aku rasa aku dah terlalu give up dan memerlukan sokongan dari semua.. Diharapkan admin menyiarkan confession aku ini.. Teruskan membaca..
Aku mula bekerja di usia belasan tahun setelah habis SPM, aku bekerja full time di salah sebuah Pasaraya terkemuka di Malaysia yang dikenali sebagai barangan murah.. Aku rasa ramai yang sudah mengetahuinya.. Selepas sahaja mendapat keputusan SPM yang tidak seberapa, aku ditawarkan memasuki sebuah Kolej di sekitar Kuala Lumpur dan mengambil bidang Hospitaliti dan Pengurusan.. Berbekalkan CGPA pada 3.50 pada semester akhir..
Selepas tamat pelajaran di Kolej tersebut, aku mula bekerja di dalam bidang yang bukan aku pelajari sebelum ini iaitu bidang peguaman.. Aku bekerja sebagai Kerani di sebuah Syarikat Perguaman di Kuala Lumpur selama 1 tahun setengah. Selepas itu aku resign disebabkan alahan yang teruk semasa mengandung dan selepas bersalin aku mencari kerja lain yang juga di Syarikat Guaman sehingga diberhentikan kerja kerana anak aku pada bulan lepas masuk wad, demam dan sebagainya dan aku terpaksa mengambil cuti.. Aku diberhentikan kerja kerana aku baru sahaja bekerja di Syarikat tersebut dan masih dalam tempoh probation..
Sekarang ini, aku masih mencari kerja tetapi belum ada rezeki sampai kan aku rasa dah putus asa dan mahu menangis kerana aku mahu membantu suami untuk mencari rezeki untuk anak kami.. Aku memerlukan kata-kata semangat.. Aku rasa diri ini tidak berguna kerana tidak dapat memberikan kesenangan kepada anak, nak harapkan suami pun, suami aku gaji tak seberapa dan aku cuba untuk membantunya dan sampai sekarang masih belum dapat kerja.. Lagi satu, aku memang tak minat buat bussiness online, bukan aku nak berlagak, tapi passion aku bukan di situ.. Aku lebih suka kerja di luar, di office dan lebih praktikal.. Aku dah tahu nak mengadu kepada siapa dan sebab itu aku membuat confession ini..
Akhir kata, aku bukan ingin meminta simpati, cuma ingin meluahkan apa yang terbuku.. Memang susah untuk mencari kerja sekarang sehingga kan aku sudah putus asa.. Hari ke sehari aku online Jawatan Kosong tetapi belum ada rezeki lagi.. Aku minta doa kalian mendoakan aku semoga dapat kerja..
Terima kasih kerana sudi baca confession aku ini..
Yang Putus Asa,
Nurul
– Nurul Hafizah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit