Salam ramadhan. Terima kasih kepada admin kalau cerita saya ini disiarkan.
Perkenalkan saya M, suri rumah dan sudah berkahwin, saya ingin minta pendapat dan cara nak selesaikan masalah saya dari semua pembaca.
Pernah tak pembaca mengalami situasi seperti saya?
Saya seorang manusia yang boleh dikatakan cepat berputus asa, sekecil2 ujian pun saya mudah putus asa dan hilang sabar.
Saya ada cita2 dan ingin mengapai cita2 saya yang boleh jana kewangan dari rumah juga, yang menjadi masalah apabila saya ingin memulakan langkah pasti akan ada halangan.
Contoh dari orang terdekat, akan berkata macam2 dan mengatakan saya tak boleh dan tidak akan berjaya.
Salah saya juga kerana sudah bercerita pada mereka. Sebab bercerita kerana mereka adalah keluarga saya sendiri, mungkin boleh bagi semangat dan dorongan sebab keluarga sendiri.
Tapi yang terjadi adalah sebaliknya.
Kadang2 apa yang saya nak buat dan sorok dari diaorang pun diaorang akan dapat tau dan tanya macam2,
Memang tak boleh nak sorok sebab diaorang selalu datang ke rumah saya dan akan bertanya barang2 kerja yang saya beli dan mulalah bagi pendapat yang bukan2 nak bagi saya down.
Ya Allah, tak tahu nak cakap kenapa setiap perjalanan hidup saya mereka yang mengatur segalanya dari semua hal? Kadang meremehkan setiap tindakan yang saya nak buat dalam hidup saya.
Pernah juga saya bertegas dan marah dengan diaorang tolong jangan mengatur dan masuk campur dalam hidup saya.
Apa saya nak buat itu hak saya, bukan benda haram pun, okla masing2 menyokong dan bagi kata2 semangat tapi benda tu tak lama, esok lusa mesti datang rumah saya balik dan bercakap benda yang sama yang saya tak boleh.
Kadang2 terfikir juga saya kenapa diaorang jadi macam ni?pandang rendah pada saya?diaorang tak percaya ke dengan kemampuan diri saya?.
Betul kata orang kena pekakkan telinga dan butakan mata dan melangkah terus ke hadapan, mudahkan ayat tu tapi nak melaksanakan bukan mudah.
Suami menyokong setiap tindakan saya dengan membuat ruang kerja untuk saya, tapi gangguan lain datang dari anak2 pula, sebab ruang kerja dibuat diruang tamu dan tidak bertutup. Sekali anak2 datang kacau mulalah saya jadi down.
Untuk pencerahan pembaca sebelum memulakan kerja2 saya, saya akan uruskan dulu hal rumah dan anak2, tapi tak tahula, bila anak2 datang mengacau, saya mesti down terus nak mulakan apa2, terus saya tinggalkan benda2 yang saya nak buat.
Nampak macam benda kecil je kan tapi benda ni la yang buat emosi saya terganggu sebab setiap kerja yang saya nak lakukan tu perlukan fokus 100%.
Nak pindah ruang kerja dalam bilik, rumah yang saya sewa ini ada 3 bilik dan semua jadi bilik tidur anak2 sebab saya ada anak lelaki dengan anak perempuan.
Nak pindah dalam bilik sendiri pun, bilik saya juga sempit, nak pindah rumah lagi besar, faktor kewangan pula jadi kekangan, nak buat apa2 sekarang ni memang tak boleh nak fokus.
Jadi masalah saya sekarang ni jiwa saya memberontak, bergaduh dengan diri sendiri, fikiran berkecamuk,
Apa yang orang cakap tergiang2 dalam kepala sebab give up dan banyak fikir negatif sampai pening kepala dibuatnya, jadi putus asa sampai hilang semangat nak hidup.
Kadang rasa tak berguna pun ada sebab tak boleh nak kejar cita2 sendiri yang memang dah lama saya impikan.
Bangun pagi pun rasa benci sebab berperang dengan diri sendiri setiap hari. Berbulan2 dah saya rasa macam ni, betul2 mental dibuatnya.
Saya minta tolong kepada semua pembaca boleh tak bagi tips atau apa2 cara yang boleh naikkan balik semangat untuk saya gunakan pada hari2 yang mendatang.
Nampak kecik je kan masalah saya ni tapi kalau setiap hari rasa down pun boleh makan diri.
Minta maaf kalau panjang meleret. Segala pendapat dari pembaca didahulukan dengan ucapan terima kasih dan semoga dipermudahkan urusan kalian semua.
Yang benar,
– M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit