Putus Asa atau Teruskan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM. Sebelum memulakan perbicaraan ini, saya ingin meohon maaf jika confessioms ini terlalu panjang kerana tujuan saya menceritakan ini untuk mencari jalan penyelesainan buat diri saya dan mungkin bagi org lain. Saya Hakim (bukan nama sebenar). Berumur 17 tahun . Ya, saya bakal menduduki SPM tahun ini dan saya juga merpakan pelajar aliran sains. Namun, tiada sedikit pun ciri ciri yg ditamplikan oleh saya sebagai seorang pelajar yg mengambil SPM tahun ini.

Persoaalan utama adalah sikap diri saya yg tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Saya bukanlah seorang pelajar pintar seperti rakan rakan saya yg lain. Setiap kali ujian, saya pasti akan mendapat keputusan yg teruk terutama dalam subjek add math dan matematik. Malah, saya tidak pernah walaupun sekali utk mendapat A dlm subjek English. Keputusan PT3 pula tidaklah sebagus kakak dan abng saya. Saya memperoleh 8A, namun mendapat 1C dan 1E. Mesti korang boleh agak subjek yg teruk tu kan?. C untuk subjek BI dan E utk Matematik. Malah ibu saya amat kecewadan sedih dengan keputusan yg diperoleh oleh saya. Tapi, ianya tidak pernah memberi kesedaran buat saya utk berubah dan bangun dari kegagalan yg saya lalui selama ini.

Naik ke tingkatan 4, saya masuk dalam aliran sains dan mengambil subjek ICT. (Utk pengetahuan, sekolah saya mewajibkan semua pelajar ting 4 mengambil subjek aliran sains). Ketika masuk ke ting 4, saya baru sedar betapa tingginya langit dengan bumi. Saya diperkenalkan dngn subjek Add math dan matematik. Ditambah pula dengan fizik dan kimia yg menjadi penambah perisa dalam result exam saya.
Sudah tentu saya berasa gentar pada awalnya kerana dngn keputusan PT3 saya yg X begitu memberangsangkan. Sebelum itu, guru saya pernah menyarankan saya untuk bertukar aliran lain kerana beranggapan saya tidak layak utk berada di aliran Sains namun saya berdegil jugak ingn kekal dlm aliran Sains. Siapa suruh degil sangat kan? Kan dah terima padahnya. Pada masa tu, saya yakin yg saya dapat membuktikan kata2 cikgu saya itu salah. Namun, ianya diluar jangkaan.

Saya menjadi lebih teruk dari hari ke hari. Result saya jatuh mendesup. 2 Fail setiap exam. Saya juga pernah tertangkap kerana cubaan meniru. Saya tahu itu salah namun tiada jalan lain buat saya utk mendapat keputusan yg lebih baik. Kalau tak, mungkin saya sudah dapat straight Fail. Ibu saya pernah dipanggil kerana keputusan saya yg teruk. Ia amat memalukan. Teramat amat memalukan buat diri saya sendiri kerana terus mengecewakan ibu saya. Saya tidak pasti bagaimana perasaan arwah ayah saya jika dia melihat keadaan saya begini rupa. Kemudiaan, saya juga terkejut apbl ibu saya pergi meninggalkan saya sebelum saya sempat menjejakkan kaki ke ting 5. Tiada kata kata yg boleh mengukapkan perasaan saya ketika itu. Hnya Allah yg tahu. Dengan dosa dan kesilapan yg saya lakukan, ianya amat memberi kesan kepada diri saya sehingga hari ini. Moral saya sedikit demi sedikit jatuh. Saya ibarat perahu yg tiada pendayung. Saya kecewa. Teramat kecewa kerana tidak dapat menunjukkan result SPM saya nanti. Namun, apakan daya, saya terima ketentuan ini. Mungkin pahit ditelan namun mngkin ada hikmah di sebalik ujian ini.

Masuk ke ting 5, ianya masih berulang. Sikap malas saya masih berulang walaupun pada awalnya bertekad utk berubah. Setiap kali saya ingin belajar, pasti timbul perasaan mengantuk dan malas. Bila tengok je muka depan buku, pasti terus menguap dan ingin tidur. Saya terlalu mengikut nafsu saya. Saya berasa sedih apbl setiap kali memikirkan kehidupan saya nanti. Saya berasa kosong. Setiap kali saya tidk belajar, saya pasti menyesalinya.Namun kitaran diteruskan. Minggu hadapan saya akan menduduki ujian dan saya masih tidak melakukan persiapan. Sudah hampir masuk ke bulan tiga dan saya masih berdiam diri. Sehinggakan saya berasa lemah dan give up utk menduduki SPM. Sering terlintas dalam fikiran utk berhenti belajar namun saya masih mempunyai impian yg belum ditamatkan lagi.

Saya sangat memohon kepada semua pembaca confessions ini, utk memberi sedikit nasihat bagaimana saya dapat atasi sikap saya yg pemalas, mengantuk dan suka menangguh pekerjaan ini. Saya benar benar ingin berubah dan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM nanti. Doakan saya utk berjaya dlm kehidupan ini. Terima Kasih kerana sudi mendengar luahan ini.

– Hakim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit