Putus Asa Dalam Percintaan

Hai, first of all thanks to admin sekiranya confession saya di-approve.

Aku berusia hampir 30-an. Pernah kecundang dalam percintaan selama banyak kali. Bukan playgirl. Tapi mungkin nasib yang tak baik.

Masa sekolah menengah, aku ada sukakan senior tua setahun. Dari aku form 1 sampailah habis sekolah. Aku janji dengan senior sekolah ni yang perasaan aku bukan cinta monyet. Tapi dia ignore. Aku cakap aku akan terus kejar dia sampai dia habis diploma.

Long short story, habis SPM, dia sambung matrik. Elok dia habis matrik, aku pun sambung belajar and aku stop kejar dia.

Dalam dunia belajar alam U, aku sekali lagi tersukakan kan senior tapi dia dah last sem sedangkan aku baru sem 1. Time final exam sem tu, aku confess kat dia. Dan macam biasa, direject.

Sepanjang aku study, walaupun dia dah habis belajar and sambung pengajian ke negara seberang, aku tetap kejar dia. Dalam masa yang sama senior sekolah dulu cari aku semula.

1 hari, senior U ni text aku mintak aku moveon and terima sape yang sedang sukakan aku. Typical hujah “terima laki yang bersungguh nak kita, bukan kita bersungguh nak dia”, and sebab patah hati dan aku nak rasa bahagia, aku terima bercinta dengan senior sekolah tadi.

Dalam tempoh kitorang bercinta, 3x dia mintak putus. Kali ke3 tu aku dah tak persoal kenapa dan kenapa? Sebab putus kali pertama adalah, aku yang bertegas nak sambung study lagi. Sebab putus kali ke2, dia tetiba text tak ready nak serious.

Btw, masa kali pertama bercinta tu, memang dah libatkan family. Lepastu rujuk balik, bercinta untuk kali ke3, dan tetiba dia text mintak putus. Reason, mak dia taknak aku atas sebab aku tak sama taraf anak dia, aku tengah Diploma. Anak dia nak grad dah, nak sambung Master lagi.

Disebabkan hati aku dah letih nak kecewa, aku biarkan dia pergi. Then tak sampai setahun lepastu, dia kawin. Level sijil isteri dia pun tak sama taraf juga. Entahlah.

Aku jalani hidup seperti biasa sampai naik jadi MPP. Sebab? Aku ikut senior U tu. Dia MPP. Bagi aku, dia mungkin nak sama taraf, so aku struggle dengan persatuan semata2 nak sama taraf dia. Tapi aku tak tinggal study. Aku memang try hard. And senior U? Tetap tak pandang aku.

Masa berlalu, tahun akhir aku diuji. Aku pindah keluar dari asrama dan duk rumah sewa.

Ikhtilat yang selama ni aku jaga, (even aku pernah bercinta dengan senior sekolah, kitorang jumpa sekali je tu pun sebab dia teman aku kat station bus nak balik negeri tempat study, bukan berdua, tapi ditemani adik aku) akhirnya terlebih dari batas.

Jiran aku, geng rumah sewa lelaki. Aku berkawan dengan salah sorang ahli rumah tersebut. Bercinta, berdating seperti typical orang awam bercinta. Dari berjiran dan kemudiannya naik pangkat bercinta, akhirnya rahsia yang selama ini dia simpan rapi, terbongkar.

Oh kepunyaan orang rupanya! Sekali lagi hati aku sakit. Akhirnya kitorang putus. Dia tinggal aku tanpa sepatah kata.

4 tahun aku tak kawan dengan sape2. Aku tak percaya laki lagi. Aku trauma. Tapi sampai bila aku nak single? Aku pun ada hati.

1 hari, aku buat keputusan untuk join aplikasi cari jodoh online. Islamic app. Aku taknak dah kenal depan2. Asbab kuat aku join sebab kawan baik aku kawin, dan jodohnya dari app tersebut. Aku pun pujuk diri, bagi peluang diri untuk cuba mencari lagi.

Ditakdirkan aku ketemu seorang lelaki yang ada segala kriteria yang aku cari. Dan lelaki tersebut juga menyukai aku.

Melalui cara beradab, dia request taaruf luar, dan dari situ admin web tersebut yang akan meluluskan permohonan tersebut, lalu terpaparlah kedua2 info antara kitorang. Nama dan phone number. Perkenalan itu dibawa ke luar. Kitorang chat macam biasa.

Ingatkan lepas dapat number aku, dan chat diluar dari web, dia akan serious kan hubungan kitorang, tapi tetiba dia senyap. Berkali2 aku menghubunginya, tapi dia tetap tak reply. Menyepi.

Aku tertanya apa salah aku? Aku mintak dia jelaskan, dan tetiba dia cakap dia mintak maaf bagi aku harapan. Dia ternyata belum ready untuk serious dalam perhubungan ni dan segalanya berakhir.

Jenis aku, kalau orang dah tak sudi, buat apa nak kejar? Ya aku bukan macam dulu yang setia kejar senior sekolah dan senior U, akhirnya aku juga terluka. Aku taknak buang masa untuk orang macamtu lagi.

Aku bagi masa kat diri untuk heal dari semuanya. Dan selepas putus dengan lelaki web tu, aku berkenalan dengan seorang lagi lelaki yang bagi aku kalini dia ada kriteria Islamik yang agama aku perlukan.

Aku percaya dia baik untuk kehidupan yang diimpikan iaitu sakinah mawaddah warahmah. Berbeza dengan lelaki pertama yang lebih menepati ciri2 keduniaan.

Sama seperti lelaki pertama tadi, lelaki kedua ini memulakan perkenalan dengan cara yang beradab dan penuh protocol. Setelah perkenalan dibawa ke luar, dia juga terus menceritakan tentang aku kepada familynya!

‘Ini tanda2 laki yang serious akan sesuatu perhubungan!’ Ujar hati kecil. Yalah, itu juga hasil dari pembacaan aku.

Katanya, familynya merestui hubungan kami. Dan aku pun mula bercerita pada family aku. Rancangannya, selepas raya ini familynya akan datang merisik. Dalam setahun insyaAllah kitorang akan mendirikan rumahtangga.

Tapi, kita merancang, Allah juga merancang. Baru2 ni dia text aku, yang family dia aka mak dia tak boleh nak terima aku. Setepatnya, nak wanita yang bekerjaya. Lebih tepat, bekerjaya walaupun sudah punya anak.

Ya, aku pernah menyatakan hasrat, sekiranya kitorang dah ada anak, aku nak berhenti kerja dan focus dengan anak2 kitorang. Tapi mak dia tak setuju. Dan dia cakap aku tak faham ekonomi dia. Mak dia lagi tau. Dan dia putuskan hubungan kitorang tanpa sempat aku membela diri.

Kalau mak dia nak aku kerja, baik. Tapi boleh tak mak dia tolong jaga anak kitorang nanti? Aku tak percayakan pengasuh luar. Tapi sayang, hujah ni tersekat kat hati je.

Aku tak mampu nak balas. Aku cuma sempat persoal, tak percaya rezeki Tuhan ke? Dia pasti lebih tahu, bahawa isteri dan anak adalah rezeki. Tapi dia tak fikir semua tu.

Aku redha. Cuma, tipulah hati ni tak terasa kan? Kitorang baru putus tak sampai seminggu. Buat awak, saya tahu awak tahu saya suka page ni. Kalau awak jumpa confession saya ni, saya nak awak tahu, yang saya masih sayang awak lagi. Saya berharap awak akan perbetulkan hubungan kita ni.

Awak, life lepas kawin kan boleh dibincangkan? Tapi kenapa tak bincang? Kenapa hal macamni yang awak persoal sedangkan awak dah tahu dari awal2 kita kenal di web tu lagi.

Awak juga yang menggalakkan saya duk rumah pantau anak2 kita nanti. Tapi kenapa kalini kenyataan awak bercanggah?

Buat reader sekalian, jika ada nasihat yang boleh kalian lontarkan, sudilah menasihati diri ini. Sungguh, aku dah serik untuk berkenalan dengan lelaki lagi.

Umur semakin meningkat. Berdasarkan plan aku sebelum kenal mereka berdua di web, sekiranya aku tidak menamatkan zaman bujang aku pada sekian2 umur, aku akan abadikan hidup untuk ummah, volunteers dll.

Kahwin sudah hampir keluar dari kamus hidup aku. Atauuu, apa jodoh aku sememangnya tidak wujud di dunia ini?

– Cik Ji (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *