Assalamualaikum. Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menyiarkan kisahku ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Tiada niat untuk membuka aib emak sendiri. Luahan hati supaya kita boleh berkongsi nasihat dan pendapat.
Aku ceritakan serba ringkas latar belakangku. Aku dilahirkan dari keluarga yang penuh negativity dan toxic. Emak dan ayah tidak berpelajaran.
Emak pulak dilahirkan dari keluarga yang suka memaki hamun, berkacap kasar, pembohong, pandai berlakon, suka mengeluh dan pemalas. Aku nampak semua sikap mak mewarisi sikap arwah nenek. Aku nampak dah boleh faham sikap ini dari zaman kanak kanak lagi.
Aku terlalu memendam rasa kecewa, sedih, pilu, tertekan, putus asa, mental rosak dengan sikap emak. Benda ni semua aku rasai dari zaman kanak kanak.
Dari usia itu aku dah terjejas emosi dan jiwa aku sudah rosak, mati oleh kerana sikap emak sendiri. Dan sekarang aku sudah besar. Ya boleh saja kan hidup?
Kata orang terhadapku. Dengar sini ya. Aku hidup dengan toxic dan negativity. Aku tiada semangat, tidak yakin diri, takut bersaing, takut untuk keluar bekerja di bandar, murung, tiada masa depan, tiada arah tuju. Hmmm boleh dikatakan aku ni umpama anak tak berguna lah.
Yelah. Macam mana aku nak jadi hebat kan KALAU Emak sendiri menjatuhkan semangat, maki hamun aku, maki hamun kucing (sebab kami bela kucing), mencarut, fikiran negative, suka mengeluh,
Suka mengadu domba, malas berfikir untuk ubah sikap, pemalas, suka menjual nama aku untuk tutup silap dia, suka membuka aib aku dekat semua orang, dan suka memburukkan aku.
Hati aku ni sakit sangat sebab emak aku suka menjual nama aku, menggunakan nama aku untuk tutup salah dia, mengutuk aku di belakang. Hampa semua rasa apa kalau berada di tempat aku?
Okay soal jual nama aku tu aku ceritakan salah satu kisah yang terjadi. Banyak saja kisah nama dijual ni.
Masa tu mak aku bercinta dan berkahwin sebentar dengan lelaki biawak hidup. Semua mak aku tanggung jantan celaka tu.
Duit gaji mak aku habis dekat jantan tu (beli makan minum, rokok, air ketum!). Selalu lah mak aku tak cukup duit sehinggakan mak aku selalu pinjam duit dekat orang.
Emak aku ‘gunakan nama aku’ sebagai alasan! Dia kata aku yang perlukan duit tu. Allahu semua orang pandang sinis gila dekat aku. Tau tau nama aku dah kena petik. Wei malu!
Maruah aku dijaja oleh emak sendiri! Mak aku ni cukup pandai berlakon. Sumpah demi Allah tu dok di mulut dia saja lah.
Lakonan dia memang orang akan percaya. Ohh lupa nak cerita mak aku bercerai dengan ayah aku. Lepastu kahwin pulak sekejap dengan jantan biawak hidup tu(bapak tiri).
Depan aku pun sama pandai berlakon. Sebab tu sekarang ni aku dah tak percaya cakap dia. Suka bohong dan berlakon.
Contohnya yang berlaku: Emak aku bawa balik kucing yang kematian ibu. Aku tahu depan orang yang dia ambil kucing tu, mesti mak aku berlakon punya. Pura2 sedih dan menangis sebab kasihankan kucing itu.
Yela nak orang pandang dia mulia lah. Selalu dah dia buat macam tu. Aku dah muak! Ok sambung. Aku tanya dia ’emak ke yang bawa balik kucing ni’ sebab kucing tu dah ada depan pintu pada masa yang sama mak aku balik kerja.
Di sinilah berlaku drama “Ya Allah, sumpah demi Allah mak tak bawa balik pun (sambil buat muka sedih gilaaa, suara sayu, suara merintih mengatakan tidak) jangan tuduh mak laaa”
Lakonan ni memang aku percaya! Aku dib*dohkan lagi oleh emak. Pembohongan dia tak lama. Ada orang nampak dia yang bawa balik kucing tu and orang tu bagitahu aku.
Aku tak kisah sebab kucing tu. Aku bela jela kan. Yang aku geram tu dia berlakon bersumpah bagai. Subhanallah memang aku percaya lakonan b*doh tu.
Aku hormat emak aku tapi emak sendiri pijak kepala aku perb*dohkan aku? What laaaa????Tolong jawab sat ustaz ustazah sekalian.
Aku tak boleh nak faham ni. Macam mana ni mak sendiri jual nama anak, jual aib anak dan segala yang tak elok lah emak sendiri sebarkan. Tolong jawab sat ya.
Soal buka maruah tu selalu sangat dah. Sampai nak pindah keluar pun dia pergi cerita dekat semua orang bahawa aku dan suami nak tinggalkan dia.
Dia cakap aku ni tak sayang dia lah, tak kenang jasa ibu yang menjaga dia dari kecil dan macam macam lah. Mengadu berlakon nak meraih simpati orang supaya orang luar nampak aku ni Jahat dan Buruk.
Semua orang percaya dia. Dia tak faham konsep hidup berumahtangga. Setiap pasangan yang berkahwin ingin membina keluarga kecil mereka sendiri. Dan nak ada privacy.
Lagi satu aku nak keluar dari rumah toxic dan negativity ini. Aku nak PULIHKAN MENTAL DAN JIWA AKU yang rosak sebab emak bapak aku sendiri.
Tolong bagi semangat sikit dekat aku untuk keluar dari rumah ini. Tahu sebab apa aku masih di rumah ni? Sebab aku nak jaga mak aku, kesian dia duduk seorang kalau kami keluar dari sini. Aku masih ada rasa hormat dan kasih dekat emak walaupun diperlakukan seperti ini ya.
Mental aku ni dah nazak sangat ni sebab tu aku sampai buat luahan ni. Aku perlu jumpa doctor ke? Dengan musim covid 19 ni mahu ke doctor melayan mental aku ni?
Tolong sat sapa yang bekerja dalam bidang ni bagi aku pendapat sat. Mahunya aku tak nazak mental. Yela dari kecil kot sampai sekarang dah besar dah berkahwin pun.
Sebab tu bila sudah lama terpendam lama lama akan meletup. Ni dah meletup lah sampai aku buat luahan begini. Malu kan cerita dekat orang? Dah tu sampai bila aku mesti pendam? Sampai jadi gila betul?
Aku tak peduli dah semua tu. Aku penat. Nanti mesti ada menasihat aku supaya SOLAT dan dekatkan diri dengan Allah. Ya itu rutin harian aku. Dengan Allah tempat aku mengadu.
Sampai sini saja luahan hati aku. Terima kasih sudi membaca. Aku terima semua komen. Untuk hentam pun boleh sebab aku dah lali dengan hentaman dan makian dari emak bapak aku sendiri. Yang komen positif, memberi nasihat, aku ucap terima kasih.
– Laila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit