Assalamualaikum semua. Nama aku Hanim. Okay seperti yang kita tahu result PT3 dah lama kan keluar agaklah, Tahniah pada adik adik yang dapat keputusan yang memuaskan dan cemerlang.
Pada yang kurang bernasib baik awak jangan risau sebab peluang awak masa ada. PT3 bukan segala galanya. Ia hanyalah untuk menentukan aliran apa yang awak masuk form 4 nanti.
Aku nak cerita sikit kisah aku lepas aku dapat result PT3 aku. Untuk makluman korang semua result aku sangat teruk. Aku dapat D untuk subject math dan C subject sains. So peluang untuk aku masuk kelas sains memang sangat tipis.
Daripada result PT3 aku tulah aku belajar, aku insaf. Aku dah kecewakan mak ayah aku dan paling teruk aku dah kecewakan diri aku sendiri. Aku malu.
Aku sedar aku silap. Aku silap sebab selama ni aku banyak main. Aku silap sebab aku tak pernah nak berdoa pada Allah. Aku silap sebab aku jarang solat. Aku belajar semua benda tu.
Sebenarnya sebelum dapat result PT3 lagi dah start nak solat semula tapi tak penuh lah. Lepas dapat result aku down. Aku tak tahu aku nak mengadu pada siapa. Alhamdulillah aku still solat masa tu. Sebab aku tahu masa aku mula mula nak berubahlah Allah akan uji kita.
Aku pun dah mula mengaji dan cuba untuk solat penuh 5 waktu. Masa tu aku doa banyak banyak pada Allah supaya masukkan aku dalam kelas sains walaupun aku tahu tu mustahil. Bayangkan dengan sains dapat C macam mana tu?
Tapi semuanya tak mustahil dengan kuasa Allah. Akhirnya aku dapat jugak masuk kelas sains. Ayah aku pun tolong jugak untuk pujuk cikgu supaya aku dapat masuk kelas sains. Bayangkan demi anak ayah aku berkorban jumpa dengan cikgu aku tebalkan muka.
Aku memang berazam nak buat betul betul masa SPM. Dan…. Aku berjaya. Alhamdulillah. Result SPM aku tak de lah excellent tapi aku layak untuk masuk ke universiti awam.
Pointnya kat sini :
1) Yang paling penting korang kena selalu berdoa pada Allah. Jangan lepas korang senang dan berjaya korang lupakan Allah. Kesenangan tu semua adalah ujian dari Allah. Ingat tu.
2) Jangan pernah putus asa. Aku berazam sejak aku masuk kelas sains aku nak berusaha bersungguh-sungguh dan aku nak banggakan mak ayah aku dan paling penting diri aku lepas aku kecewa dengan result PT3 aku.
3) Mulakan dari sekarang buat amalan sunat. Solat sunat Dhuha, Tahajud , puasa sunat dan sedekah. Lepas korang buat tu semua korang akan rasa happy dan tenang. Serious.
4) Jangan ingat kelas sains adalah segala galanya. Memang saya nak sangat masuk kelas sains tapi siapa yang masuk kelas seni ke perniagaan ke ada kelebihan masing-masing.
5) Masa yang terbaik untuk study adalah masa tahajud tu. Serious tak tipu. Korang akan rasa tenang, korang boleh faham apa yang korang belajar.
Itu jelah yang aku nak tulis kat sini. Sorry kalau bercelaru dan ayat berterabur. Aku dah cuba yang terbaik untuk sharing.
Thank you sebab baca. Doakan aku berjaya. Untuk adik-adik diluar sana jangan berputus asa okey.
– Hanim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit