Benda ni adalah luahan rindu aku kepada seorang teman seperjuangan. Sekarang ni time konvo. Selepas aku pergi sambut majlis konvo adik. Tetiba teringat dekat teman aku yang sorang ni.
Masa bergelar mahasiswi dulu. Kawan aku yang bernama Ati selalu.jadi guru aku dan kawan-kawan lain. Dia ni rajin belajar, rajin mencuba dan belajar. Walaupun dia tak la pandai mcm sorang classmate aku tu yang baca dan belajar tak tara mana tapi dekan.. Ati biasa-biasa saja. Tapi dia rajin.
Dia juga rajin ajar aku dan kawan lain. Sabar ajar kami programming sampai kami faham. Dia usaha belajar semata nak ajar dan bantu kami. Kira dia tak lokek ilmu.
Dia pendiam. Tapi kadang tu lawak. Dengan perangai kalut gelabah dia. Kadang-kadang tu blur. Tapi bagi aku dia kawan yang baik dan unik. Pendiam pun kadang dia layan jugak tiga suku kami.
Dia jenis tak berapa up to date dari segi pakaian. Selalunya berbaju kurung je. Aku bosan sikit keluar dengan dia. Sebab dia tak reti beli atau berminat dengan baju atau benda yang girl suka. Lain kalau ajak dia teman pergi kedai buku. Memang teruja habis.
Dia perangai ala macam mak mak sikit. Macam full of love. Ambil berat dan selalu jaga kitaorang. Pernah masa kami pergi kem dulu. Kami lambat keluar dari dewan masa tu sebab bantu orang susun kerusi. Entah macam mana bila nak pergi ambil makanan nasi lemak tu tak cukup satu untuk geng kami. Kami pun redha je la. Lepas masa balik blik kitaorang makan la. Tapi si Ati tak nak makan. Dia buat-buat tidur. Bila ajak dia buat tak dengar. Kawan aku sorang lagi tak puas hati. Goncang badan dia sampai dia bangun. Dia kata dia tak nak makan.
Tapi aku tahu. Dia tak nak makan sebab makanan tu tak cukup. Kalau dia makan salah sorang dari kami tak dapat makan.
Bila ajak share, dia tolak. Dia kata mana cukup kalau share. Nasi lemak tu kecik je. Pujuk punya pujuk baru dia bangun sambil.kongsi dengan kawan aku. Bagi aku sweet sangat masa tu. Sebab ye la masing2 berbalah sebab takut kawan makan tak cukup. Tambah-tambah Ati yang punya la sampai marah sebab tak nak makan. Macam la kami tak tahu dia tu lapar. Siap dengar lagi perut dia bunyi. Kelakar masa tu.
Lepas tu ada lagi sweet memory dengan geng kami. Masa kami kena usik hantu malam tu. Enam orang lari tidur bilik Ati. Kebetulan roomate Ati ada kem. Jadi bilik Ati la kami berkampung lepas kena usik.
Kejadian kena usik pun punca dari salah sorang kawan. Malam tu berjaga buat assignment. Sorang kawan ni pergi tandas. Dia ternampak kain buruk warna putih kat penyidai. Lepas tu bila pandang je rupanya natang tut tut.. apa lagi lepas dia balik dan cerita apa yang dia nampak tu terus kami semua kena usik. Lari la pergi tidur bilik Ati.
Bayangkan enam orang tidur bawah bentang dua tilam. Lepas tu salah sorang tu tidur buas. Jadik tilam tu lari sikit. Jadi sepanjang malam tu Ati keja bangun sambil tarik tilam yang lari bawah pungung dia.. kalau tengok mau korang pun gelak habis cara dia tarik tilam tu. Kesian pun ada.
Ati ni tak jenis pemurah. Ada duit sikit je mesti belanja kawan. Kadang belanja kfc kadang pizza. Nak kata dia anak orang kaya pun tak juga. Duit ptptn sama je pinjam. Mungkin sebab dia jarang beli belah baju dan barang lain macam kiatorang. Dia pun rajin bagi kucing makan. Itu sebab rezeki tak habis. Kadang pun bila beli nasik mesti belanja air atau ais krim kat kawan dia.
Ati ni lain dari kitaorang sebab dia tak minat drama melayu. Tapi bab cerita tamil bukan main dia. Jarang aku jumpa orang perempuan minat cerita tamil dan telegu. Selalu perempuan melayu ni drama melayu,korea,hindi ke minat la kan. Ada sekali aku teman dia tengok cerita tamil. Nak jaga hati konon. Hahaha.. naik lemau otak aku. Tapi demi kawan kita layan je. Dia pun rajin layan aky tengok running man.
Bila fikir balik banyak kenangan kami dengan Ati. Banyak sampai tak tercerita. Gagal sama-sama. Ye la kami semua bab belajar semua ikut Ati. Ati kan tok guru kami. Kalau dia gagal kami pun gagal lah. Lepas tu sama-sama bangun balik.
Sayangnya lepas konvo Ati menghilang. Whatsapp dia, facebook dia, instagram dia semua dah tak ada.
Masa pre konvo tu ada lah kitaorang gaduh sikit dengan Ati. Kita kecil hati bila Ati tak nak join bergambar pre konvo dgn kita orang. Alasan dia tak ada duit. Sedangkan kami tak kisah pun dia bagi duit ke tak. Janji dia join. Bila fikir bila mgkin dia segan, mgkin dia fikir sgup ke dia join tp dia x bayar. Aku kenal Ati. Ati memang pemurah tapi bab duit pinjam ngan kawan ke, mintak tolong kawn ke dia segan sikit. Orang minta tolong dia, pinjam duit ke kat dia dia suka pulak. Herm.. Ati Ati..
Lepas pre konvo dia ada mesej aku. Tapi ignore je blue tick je. Sebab aku terasa gila dgn dia. Sampai hati dia tak join. Aku ingat nak merajuk kejap je. Dia balas msej dalam group whatsapp pun kitaorang tak balas. Saja je nak acah acah marah dia. Ingat time boleh jumpa time majlis konvo tu kami semua boleh minta maaf kat dia.
Tapi habis majlis konvo memang Ati menghilang. Tak jumpa batang hidung dia lepas habis majlis. Bila call tak angkat. Whatsapp tak jawab, tak read pun. Lepas sebulan bila whatsapp pun tak jawab dah.
Kami semua putus hubungan dengan Ati sampai sekarang. Mungkin Ati terasa hati dengan kami. Tak tahu nak hubungi dia macak mana sebab no tell dia sebelum bi pun dah tak aktif.
Aku kawan rapat Ati dalam banyak kawan lain. Aku tahu aku tak reti jaga hati Ati. Aku kadang tu lebih banyak fikir nak seronok aku je. Perasaan Ati terlepas pandang. Maklumlah masa tu darah muda. Nak huha je. Ye aku akui masa tu agak bosan la aku nak layan Ati. Sebab minat kami tak sama. Ati minat benda yang aku tak minat. Aku suka make up, fashion, artis.. Ati pulak suka buku, sains fiksyen apa smua tu.. kadang keluar beli baji Ati mana reti nak bagi pandangan. Dia kadang blur je…
Tapi sekarang aku rindu semua tu dengan Ati. Bila fikir balik banyak benda gila kitaorang buat dengan Ati. Keluar cari makan jam 3 pagi, time berebur meggi Ati buat, time jalan kaki dari kampus sampai ke bandar, time acah2 masuk hutan. Hah banyak sangat..
Buat Ati.. kalau kau baca ni. Aku nak cakap aku sayang kau sahabat. Terima kasih sudi jadi kawan aku, terima kasih atas pertolongan kau sepanjanh study dulu. Kau kawan yang baik sangat. Rindu gila nak jumpa kau. Kitaorang semua harap kau muncul semula. Datang la jumpa kitaorang. Nanti aku dan geng nak reunion di Sintok masa konvo bulan 12/ 11/18 ni. Harap kau sudi datang.
Aku minta maaf atas kesalahan aku yang sengaja dan tidak sengaja. Jujur aku rindu kat kau Ati.
Salam sayang Nurul.
– NURUL
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit