Assalamualaikum. Hai saya merupakan wanita lewat 20an. Maaf sekiranya luahan dan penceritaan saya tidak teratur. Pertama kali saya buat luahan melalui artikel.
Rasa terpanggil untuk turut berkongsi perasaan yang dilalui berdasarkan luahan-luahan wanita yang “dikongkong” lelaki.
Cerita yang lebih kurang dengan artikel di bawah ni. Dan saya perasan ramai jugak wanita yang membuat luahan lepas artikel ni keluar. So do I.
https://iiumc.com/he-almost-
Apa yang saya lalui almost the same macam wanita lain pernah kena. Saya pernah bertunang pada November 2019. Kemudian putus tunang pada Februari 2020. Ya agak singkat bukan pertunangan saya. Apakan daya andai dia bukan jodoh saya.
Sepanjang perkenalan saya dengan bekas tunang semuanya elok belaka. Hanya di permulaan hubungan kami. Namun segalanya berubah apabila kami telah berkawan lebih dari 2 tahun.
Saya namakan bekas tunang saya sebagai A. A yang saya kenal sangat peramah, jenis bertolak ansur, memahami and oh ya ‘sangat caring’ jugak ya. Orang cakap, bila dah bercinta kentut pun wangi. Tapi apa yang jadi antara aku dan A tidak mungkin aku lupakan.
Memandangkan aku dan si A ni kami dah berkawan lama, maka aku suarakan pendapat aku untuk mengikat tali pertunangan. Cuba korang teka apa jawapan si A?
Dia cakap tak payah buat tunang sebab once dah tunang akan ada macam-macam dugaan katanya. What the fish?!
Weh, selagi hayat dikandung badan selagi nyawa tak sampai anak tekak, selagi tu kita sebagai manusia akan diuji dan diduga.
Aku langsung tak boleh brain bila dia bagi aku jawapn sebodoh tu! Kenapa singkat sangat pemikiran dia? Kenapa la ada manusia spesies bekas tunang aku ni?
Okay back to my story. A ni bila dah lama aku kenal dia makin ditunjuk belang dia. Meh sini aku senaraikan.
1. Aku kena mintak izin dia setiap kali aku nak keluar atau nak pergi mana sekalipun. Dan setiap kali aku keluar, dia akan pastikan dia call aku dan dia WAJIB untuk bercakap dengan orang yang kau keluar. Pelik kan? Tapi tulah perangai pelik si A ni.
2. Dia tak izinkan aku kerja lepas kahwin. Alasan dia, biar dia sorang yang cari nafkah. Kengkonon nye lah ye.
3. Dia tak bagi aku keluar tengok movie dengan kawan-kawan aku hatta adik aku sekalipun. Dan kalau aku keluar jugak dia akan call aku tanpa henti. Tapi bila aku kat rumah, takda pulak dia nak call bagai.
4. Aku WAJIB upload gambar aku dengan dia setiap kali kitorang keluar. Dan dia cukup pantang kalau aku letak gambar kawan-kawan aku walaupun hanya kawan perempuan.
5. Wallpaper hp, ig & fb kena letak gambar kitorang berdua dan aku DILARANG sama sekali untuk letak gambar aku sorang atau dengan orang lain. Yes aku turutkan.
6. Dia tak bagi aku beli barang mahal sedangkan aku langsung tak mintak sesen pun duit dia. Ko ghase?? HAHAHA! Dia memang dah melampau! Tapi aku pedulik apa? Aku yang penat kerja. Lantak aku lah nak beli apa sekalipun. Ko pahal?! HAHAHA!
7. A ni jenis suka pinjam duit aku, tapi tak reti nak pulangkan balik. Kalau dia pinjam RM200. dia akan pulangkan RM50, kelakar kan??? HAHAHA!
8. Dia cukup tak suka aku upload gambar aku selfie sorang.
9. A larang aku untuk buat online business. Tapi aku tak kisah. Aku cari duit lebih sebab masatu fikir nak buat saving untuk kahwin. Dan alhamdulillah bisnes aku makin maju even aku tahu yang dia langsung tak support aku.
10. Dia cukup marah kalau aku lambat reply whatsapp dia. Dia suka fikir bukan-bukan kalau nampak aku online, tapi lambat reply whatsapp dia.
Yelahhh dah nama pun aku buat online business, mestilah aku sibuk layan customer-customer aku. Layan dia dapat apa? Baik layan customer, duit pun asyukkk.
11. Pernah sekali tu aku migraine teruk, memang aku nak rest ja. Tak larat nak hadap phone. Aku tak boleh dengar bising. Tapi dia langsung tak percaya. Dia call aku banyak kali.
Payah cakap dengan orang tak faham bahasa ni. Sampai dia call mak aku kot! Memang memintak betholll mamat nih.
12. Aku busy kerja pun kena jugak angkat call dia even kadang tu aku rasa tak penting sangat kalau dia call.
Banyak kan? Tu pun ada lagi perangai dia yang aku rasa naik jelek nak layan. Mesti ramai tertanya-tanya, apa punca aku putus tunang kan?
Okey cerita dia macam ni. Masa hari aku bertunang tu, mak si A jatuh..so waktu tu aku rasa tak jadi la majlis bertunang. Tapi family belah lelaki datang jugak cuma beberapa orang saja.
Kami mula gaduh bila dia selalu bagi alasan mak dia sakit. Sibuk jaga mak dia sedangkan diaorang ada 7 orang adik beradik. Mana mungkin diorang tak gilir-gilir jaga mak diaorang kan?
Mak dia masuk hospital kerajaan. So bagi aku kos rawatan taklah mahal macam hospital swasta. Tapi dia asyik bagi alasan banyak pakai duit. Takda sapa nak jaga mak dia.
Takkan la abang dengan kakak dia tak tahu yang dia nak kahwin. So masa tu aku dah rasa lain. Hati aku dah muka tawar dengan dia.
Adik-adik, kakak ipar dan kawan aku yang jadi penguat semangat aku masa tu. 2 orang adik perempuan aku nasihat aku suruh buat solat sunat istikharah.
Dan itulah pertama kalinya aku buat. Waktu tu aku serah diri dan hati aku bulat-bulat dekat Allah. Aku mohon petunjuk Allah.
Aku buat konsisten selama 2 minggu berturut-turut. Alhamdulillah hati aku makin tenang. Allah mula tunjuk perangai A satu persatu. Dia herdik, maki hamun aku. Dia kutuk mak bapak aku. Dia condemn aku. Tapi aku tak diam. Aku lawan balik.
Setiap hari aku doa semoga Allah berikan aku kekuatan untuk hadap segala apa yang bakal aku tempuh. Dan aku dah tetap dengan keputusan aku. Aku dah fikir masak-masak. Aku dah puas istikharah dan istisyarah.
Tanggal 7 Februari 2020 hari Jumaat aku luahkan hasrat aku pada parents aku yang aku nak putuskan hubungan aku dengan dia. Pada mulanya kau takut, risau. Yelah dah habis duit buat majlis tunang tiba-tiba nak mintak putus pulak. Dan ternyata tanggapan aku silap!
Bapak aku rupanya setuju dengan keputusan aku. Rupanya selama ni, parents aku memang tak berkenan langsung dengan si A ni.
Memandangkan aku ni yang tergila-gila kat dia, so diorang ikutkan saja.
Alhamdulillah, keputusan yang aku buat tu sangat tepat! Ramai rupanya yangtak setuju aku berkawan dengan dia, apatah lagi nak kahwin dengan dia. HAHAHAH! Aku makin bahagia dengan kehidupan aku.
Cuma apa yang aku tak puas hati dengan bekas tunang aku ialah, dia burukkan aku dekat family aku. Dia cakap aku berubah sejak aku buat online business.
Pastu dia fitnah aku kata aku ada jantan lain. Dekat girlfriend dia pun dia tuduh aku ada jantan lain. (aku taktahu kenapa gf dia cari aku, insecure maybe haha). Dekat kawan aku dia cakap yang aku tak boleh nak jaga mak dia lepas dah kahwin nanti.
Wahai bekas tunang, aku nak ingatkan dekat kau. Aku tak maafkan kau selagi kau tak mintak maaf dengan aku.
Bukankah dosa fitnah tu besar? Bahagia ke kalau kau asyik jaja cerita pasal aku? Allah Maha Melihat. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Adil. Kifarah Allah tu ada.
Lebih kurang setahun lebih aku pintu hati aku tertutup rapi. Ramai ja lelaki yang cuba untuk berkawan dengan aku. Semuanya aku tolak dengan cara baik. Bukan apa. Aku cuma belum bersedia. Ya. belum bersedia untuk disakiti lagi mungkin.
Tapi siapa sangka rancangan dan rencana Allah itu maha cantik. Aku bertemu dengan seorang lelaki yang lebih muda dari aku. Orangnya ada rupa. Berkulit cerah. Persis kacukan.
Baru-baru ni aku bawak dia jumpa parents, adik-adik, abang dan kakak ipar aku. Alhamdulillah semua berkenan dengan lelaki pilihan aku.
Doakan supaya hubungan dan urusan kami dipermudahkan Illahi. In shaa Allah, kami rancang untuk menikah tahun depan. Semoga Allah berkati hubungan yang bakal kami ikat dengan pernikahan dan bahagia sampai syurga. Aamiin.
– Miss Matured (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit