Putus Silaturrahim Kerana Harta

Aku mempunyai dua beradik, aku dan abang. Mak aku dah meninggal sekitar 10 tahun yang lalu. Ayah aku pula baru meninggal sekitar 2 tahun yang lepas.

Sejak mak aku meninggal, hubungan aku dengan abang aku masih normal. Kalau gaduh sikit-sikit tu biasa lah kan.

Nak dijadikan cerita, 4 tahun yang lepas abang aku bertemu jodoh & mendirikan rumah tangga. Tapi hubungan kami sebagai adik-beradik masih biasa. Tak ada isu.

Tapi bila ayah aku meninggal, terus abang aku berubah dari abang yang penyayang menjadi abang yang gilakan harta.

Orang kata kubur masih merah, tapi abang aku dah mulakan perang dengan aku. Semua peninggalan orang tua habis dia nak rebut, sampai aku, darah daging sendiri, dia hampir halau dari rumah.

Tapi syukur Alhamdulillah, disebabkan faraid, hak aku tetap ada dalam peninggalan harta. Kalau tak, mungkin aku dah merepat ke mana.

Kak ipar aku pula, ingatkan boleh aku menumpang kasih, tapi sayangnya dalam diam dia banyak menghasut abang aku.

Macam mana aku boleh tahu? Sebab ada sekali dia tersalah hantar mesej yang dia nak hantar secara personal tetapi terhantar dalam group keluarga.

Aku persoalkan juga, apa hak dia sampai nak memecahbelahkan hubungan aku dengan abang aku?

Tapi aku pula yang dimarahi abang aku, sampai abang aku cakap hubungan kita dah tak ada apa-apa, jangan ganggu dia dan isteri dia.

Ayah aku meninggal hampir 2 tahun, kira hampir 2 tahun jugalah aku dah tak berhubung dengan abang aku.

Aku sebagai adik, rindukan sangat abang aku. Walaupun aku ada saudara-mara yang lain, tapi tak sama dengan darah daging sendiri.

Aku selalu berdoa satu hari nanti hubungan adik-beradik akan terjalin semula seperti dulu kala.

Pembaca IIUM Confession, aku harap semua boleh tolong doakan aku sentiasa kuat dan dapat kembali abang aku.

Assalamualaikum, terima kasih sudi membaca kisah aku.

– Deeba (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Hi Deeba..
    Sy baca luahan hati awak ni dgn airmata laju mengalir..sebabnya cerita kita hampir sama..
    Sy dan abg sy sgt2 rapat..segala cerita suka duka hidup sy, kami kongsi bersama..jarak umur kami cuma 18 bln je..
    Abg kawen muda..masa umur dia 23 thn..kak ipar sy sgt baik..tp sygnya jodooh mereka tak pnjg..masa 2014, mereka bercerai sbb budak intern kat opis abg sy ‘sihirkan’ abg sy.😭
    Selepas minah ni dpt abg sy, hbgn sy dgn abg mulai menjauh.bini kedua abg hasut abg mcm2..dia hntr mesej dari fon abg sy,caci maki sy..sy tau tu bkn abg yg taip..lama sy tak jmp abg..selepas 3 thn, sy dpt berita mengejutkan..abg sy meninggal dunia..terus sy pengsan..di hari pengkebumian abg sy, bini dia ni dgn keluarga dia blh gelak2 sebelah jenazah..sakitnya hati sy ni..abis je kat kubur, dia jmp parents sy, bgtau arwah abg sy ada hutang. Tlg langsaikan ye..lebih menyakitkan hati, dia bgtau dah lama minta cerai dari arwah tapi tak dpt..skrg dah mati, senang hidup sy…😡
    Harta arwah, baju2, semua dia bolot seorg..faraid lgsg dia tak ikut..anak² arwah minta nak simpan baju kenangan, si mak tiri lampir ni tak nak bagi..
    Selepas genap abis eddah 4 bulan 10 hari, dia kawen baru..
    Caption dia kat ig, yeay dah dapat ikan jerung. Sebelum ni ikan bilis..
    Jahat kannnn.

    Semoga hubungan awak dgn abg awak kembali terjalin. Sy doakan 🤲

    • allahuakbar… kejamnya manusia ye.. dosa mensyirikkan Allah dgn dosa sesama manusia.. Semoga Allah lindungi kita drpd perkara2 batil dan terkutuk seperti ini.. semoga arwah abg iecha ditempatkan bersama dgn org yg beriman dan beramal soleh.. mgkin eicha bole share story ni dgn pembaca iiumc utk pengajaran dan mohon doa dri pembaca2 lain utk arwah abg iecha

  2. Nak tahu tak knp abg awk gila harta?
    Bini dia lah yg racun.

    Tu je.Kita adik beradik wktu bujang semua elok2 je..lepas kahwin pecah belah angkara org luar.Pengalaman koala byk dah dpn mata

    Biarlah..walau pun dia rampas harta..tetaplah bersilaturrahim mcm biasa dgn dia.Harta tu xleh bwk msk liang lahad malah akan jd bhn utk menyeksa dia dlm kubur dan akhirat.Cuba peringatkan dia ttg azab.

    Kalau dia x nak dgr..terserah dia lah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *