Assalammualaikum, harap confession ini dipublish,kalau siapa baca tajuk ni dan layan cerita Nur,mesti tahu siapa watak Qadheeja cerita Nur tu. Okay, terus straight forward, aku kenal dengan lelaki yang macam Adam tu tahun 2011,kira-kira 8 tahun lepas. Masa tu umur aku baru 16 tahun dan dia merupakan cikgu tuisyen aku, dia bujang, umur dia masa tu 25 tahun. Aku namakan lelaki itu A. Dari sebodoh-bodohnya aku dalam math, tak pernah lulus, dia ajar aku dan masa spm, matrik aku dapat A dalam math.
Habis matrik, aku masih contact dengan ‘cikgu tuisyen’ aku tapi hubungan tu dah lebih dari seorang cikgu. A, banyak bagi aku semangat untuk terus kuat belajar dan dia banyak ajar aku tentang agama. Ajar aku, hafal doa, ingatkan aku tentang agama Nya. Aku tak pandai sangat mengaji, dia yang tuliskan dalam rumi,dan aku hafal doa yang dia bagi untuk aku amalkan setiap hari. A yang ajar aku macam mana nak solat dengan betul. Bukan cuma ajar ilmu tentang dunia tapi A ajar aku lebih dekat kepada Nya.
Lagi 2 tahun untuk aku habis penggajian di ipta, sesuatu berlaku dekat dia. Buatkan dia terpaksa berhenti jadi cikgu tuisyen, akibat fitnah dari kawan sekerja. A ni datang dari keluarga yang susah, aku yang support dia dari segi kewangan, transport, untuk dia cari kerja dan masa tu aku kena berjimat cermat untuk tolong dia. Masa aku praktikal, setiap pagi aku akan masak untuk dia sebab dia selalu mengadu dekat aku, dia lapar, tak cukup duit nak makan. Aku bantu A sampai dia dapat kerja. Aku dengan dia happy, sebab banyak benda susah senang kitaorang lalui sama sama. A ni sanggup hantar aku ke sana sini. Selalu ada masa aku perlukan dia. Dia baik, penyayang.
Bulan 5,tahun 2017. A, confess dekat aku pasal ex girlfriend dia. Ex dia aku namakan Dee. Aku pernah jumpa Dee sekali. Dee ni anak yatim, dia takde tempat bergantung. A, masih sayang dekat Dee. Dan aku dengan A, hubungan kami nak ke arah untuk berkahwin. Akhirnya, pada bulan 10,2017. Aku dan A, hubungan kami terlerai. A kesian kan dekat Dee, sebab Dee takde siapa dalam hidup dia. Aku tak salahkan dee sebab aku tahu dee lagi perlukan A dari aku, sebab dia takde tempat bergantung.
Lepas kitaorang putus, hati aku hancur. Tapi aku masih cuba berbaik dekat A sebab dia orang yang bagi aku ilmu, ajar aku itu ini. Walau apa pun jadi, aku tetap akan hormat A dan takkan benci dia. Aku anggap dia sebagai kawan. A pulak cuba jauhkan diri dari aku, tapi benda tu A tak berjaya nak buat pun. Walaupun kami dah tak bersama, A masih ambil berat pasal aku, mungkin sebab dulu kitaorang susah sama sama. Dari mata A, aku tahu dia masihkan sayang aku tapi mungkin kitaorang takde jodoh dekat dunia ni. Kesian A sebenarnya sebab dia takde pilihan antara aku dan dee. Sekarang aku dah kerja dan dah grad pun.
Dari aku dan A, susah senang sama-sama sampai sekarang, aku masih doakan kebahagiaan untuk A. Aku nakkan A bahagia, even dia dengan siapa pun. Aku tak pernah salahkan A, aku anggap ini ketentuan Tuhan. Aku maafkan A. Aku hormat hubungan dia dengan Dee, aku tak pernah cuba untuk jadi perampas dan rosakkan, kebahagiaan orang lain. Aku terima jika ini Allah takdirkan untuk aku. Bagi aku, Allah is most merciful. Mesti Dia akan gantikan segala pengorbanan aku untuk A, dengan yang lebih baik. “Allah boleh hantarkan seseorang dalam hidup kita dan Allah juga berhak untuk tarik semua tu”. Selepas 8 tahun aku dengan A, akhirnya terlerai jugak, tolong doakan supaya aku terus kuat hadapi ujian ini.
– Azzahra
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit