Qalbun Salim, Sejahterakah Hatimu?

Baru-baru ni aku disahkan klinik kesihatan mempunyai skizofernia disorder.

Untuk rawatan susulan di klinik pakar terpaksa ditangguhkan kerana kes covid yang semakin tinggi di hospital.

Suara-suara sudah muncul sejak tahun 2014 tapi tidaklah kerap. Sehingga tahun ni tiba-tiba aku mendengar orang menjerit-jerit memarahi aku tentang perilaku buruk dan dosa-dosa silamku,

Ketika itu aku stress sehingga bertekad menunggang motorsikal dengan laju nasib baik tak accident. Allah masih sayangkan aku.

Itupun rasa suara itu mengejar semasa naik motor. Tak boleh tido aku dibuatnya kadang-kadang suaranya banyak sekali menyerupai 4-6 suara.

Kadang-kadang suara itu boleh buat kita bersangka buruk dengan sebab dia pandai menyerupai suara orang lain.

‘Solat tahajjud, acah-acah baik konon’

‘Ingat adik beradik kau je salah, kau baik maksum tak ada dosa dengan mak’

Itulah sedikit tentang suara-suara yang sering aku dengar. Suara mengilai kadang berselang-seli kedengaran.

Aku tahu perkara ni menjadi lebih teruk akibat daripada kematian ibuku dan selepas itu aku tinggal keseorangan. Separuh nyawa aku seakan hilang.

Aku hidup dengan rasa dendam dan amarah terhadap Tuhanku sendiri. Sedangkan aku lulusan agama namun tak mampu aku amalkan konsep redha dan berserah.

Jangan tanya kenapa aku tak tinggal dengan adik beradik yang lain, sebab aku menghormati privacy mereka. Setakat singgah kejap bolehlah untuk berlama aku berasa membebankan.

Aku mendapatkan rawatan alternatif iaitu rawatan perubatan Islam daripada dua perawat,

Satu didoakan dengan perawat ketika oncall automatically suara itu menjadi jauh tapi masih kedengaran cuma tak jelas butir bicaranya bila tak fokus kemudian disusuli dengan tawassul azzahrawain albaqarah dan ali imran.

Beramallah aku dengan membaca al baqarah dan ali Imran setiap hari sehingga ke harini. Katanya akan pulih, ada yang ambil masa 7 Hari, 14 Hari dan lebih lama daripada itu.

Satu lagi perawat menggunakan kaedah ruqyah syariah secara berdepan, yang ni aku berasa takut dengan perawat, pening kepala dan berdesing telinga.

Alhamdulillah fikiran aku semakin waras dan ringan selepas rawatan. Aku juga mengamalkan doa-doa pilihan Ustaz Kazim Elias. Masih dengar hingga sekarang tapi sayup-sayup. Bila sedih akan lagi teruk.

Ditakdirkan raya tahun ni, aku namakan Zainuddin mengucapkan sebaris kata Selamat Hari Raya pada aplikasi wasap, kali ketiga dia datang dalam hidup aku setelah aku menolak lamarannya dua tahun lepas.

Hampir sahaja aku melupakan Zainuddin tapi perasaan itu tetap sama seperti dulu sebab aku tak berani untuk menceritakan kisah terasing hidupku. Kisah yang tak ada siapa tahu melainkan diriku.

Dengan sebab itu aku menolak lamarannya sedangkan aku sangat suka dengan caranya yang soft spoken, sangat menjaga tutur kata. Kali ini lelaki ini datang dalam keadaan aku kehilangan diri.

Lepas kehilangan mak jujur semuanya seperti hitam tak berasa. Tawarnya bila membaca al quran, solat pun tak ada makna. Segala kebaikan tak mengusik jiwa. Apa yang cuma ada dalam kepala nak ikut mak.

Aku mula wasap dan oncall dengan dia macam dulu-dulu tapi kali ini banyak sangat perubahan dirinya.

Kalau dulu banyaknya berbicara mengenai hal dunia tapi kali ini banyak bicara tentang hal Ketuhanan sehingga timbul rasa kagum dan cemburu. Dia sangat mencintai Allah berbanding aku yang nama saja lulusan agama.

Bila kita jatuh cinta dengan Allah segala cinta terhadap makhluk menjadi fana, tenggelam dalam penghayatan cinta terhadapNya.

Segala yang terbuku dalam hati aku ceritakan padanya, kisah-kisah yang memberatkan hatiku. Hatiku tenang setenangnya.

Malahan cerita selain Ketuhanan mula tidak menarik minatku. Aku sanggup mendengar selama berjam-jam. Menghidupkan hati dan jiwaku.

Aku mula menyatakan rasa cintaku terhadapnya, mengajaknya untuk bernikah untuk mengelakkan fitnah terhadapnya,

Tetapi dia menolak atas alasan trauma dengan kisah perkahwinan terdahulu dan status ekonominya sekarang yang dilanda badai pandamik covid-19.

Kalau ye pun berkawan-kawan dulu setahun dua, kenal hati budi. Berkawan je dulu, pasal perasaan biarkan dulu. Sungguh aku menyesal pernah menolaknya dulu.

Cuma baru-baru ini aku ambil keputusan drastik untuk tidak berhubung sebentar selama 4 bulan sebab aku tak nak buat keputusan berdasarkan emosi. Dia agak kecewa.

Sedangkan dia jugaklah yang berkias buatlah istikharah sama ada untuk tunggu dia ataupun tidak sebabnya aku yang sangat berkehendak.

Sejujurnya tahap cintaku sudah sampai ke tahap, mencintai tapi tak dapat memiliki pun tak apa. Inikah namanya Qalbun Salim, hati yang sejahtera sudah tak terkesan dengan cinta makhluknya-Nya ?

Ada kami mentadabbur beberapa ayat Quran. Ayat ini memberi kesan mendalam.

‘Janganlah bersikap lemah dan bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya) jika kamu orang-orang yang beriman’

Ali Imran : 139

Bagaimanakah yang dikatakan orang yang beriman itu ? Adakah kita betul-betul orang beriman seperti diperkatakan?

Seriously mind blowing kepala otak aku. Aku rasa kena tampar.

Sekarang dalam proses mencari guru murshid yang mengajar Tauhid dan Tasawuf. Doakan aku berjumpa. Aku masih tak puas berbicara tentang Tuhan.

Aku tahu kelukaanku tak bisa dirawat dengan cara biasa. Hanya Tuhanku yang bisa merawatnya.

Aku dah mula serahkan segala-galanya kepadaNya. Berdoa di dalam hati sambil mensyukuri nikmatnya.

Zainuddin selalu mengingatkan rahmat dan kasih sayang Allah lebih banyak daripada azab dan seksaannya, lalu aku start berdamai dengan diri sendiri.

Aku cuma mahu berjumpa mak, dan kakakku di syurga tanpa hisab. Memeluk mak dan bercerita seperti selalu. Masatu nak shopping apa pun boleh. Macam manalah pasar besar mereka pada setiap Jumaat ye?

Maka dengan itu sejahtera ke hatiku?

Wallahualam…

– Haryati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *