Qawwam Seorang Suami

“Abang rela mati dari bercerai” Itulah kata2 suami sambil tak henti2 memohon maaf. Kami masih di awal 5 tahun pertama perkahwinan. Ada anak sorang. Hidup ni kan pentas ujian, Begitulah Allah uji tanda Dia sayang.

Rumahtangga hampir goyah oleh banyak fadekator. “Perempuan sial!” Kata2 yang dihamburkan masa aku pulang ke rumah mertua sambil bawa perut.

Nak kata kahwin tak restu, tidak. Nikah cara baik. Keturunan pun baik2. Malahan yang mereka sunting ni anak perempuan kesayangan abah, diberi pendidikan sempurna akademik dan diniah. tak bodoh, tak sial seperti yang dihambur.

Perkenalan aku dan suami serba ringkas. Kami Ambil Masa setahun untuk serasi dan taaruf. Alhamdulillah tak menyesal. Aku cintakan suami dan anak. Siapa yang Tak sayangkan.

Selagi yang bermasalah tu bukan dari watak utama dalam rumahtangga kami, selagi tu tiada yang boleh mengganggu gugat kebahagiaan rumahtangga aku. Yang lain aku anggap watak tambahan saja.

Walaupun dulu aku pernh halau suami dari rumah sambil mengamuk terjerit2. Semua tu masa tengah pregnant.

Jika dikenang, pengalaman mengandung aku lebih banyak hempedu dari manisnya. Aku tak maafkan semua orang yang sakiti aku masa tu. Biarlah kemaafan tu berhak bagi orang yang berhak.

Setiap kali aku teringat, hati aku sntiasa sebut, ya allah kau balaslah mereka dengan cara yang kau kehendaki.

Aku woman from steel. Mereka lupa sesuatu. Aku tak rapuh dan tak goyah oleh hanya perbuatan orang2 bodoh. Aku tetap bahagia dengan life aku. Anak pun dah besar. Boleh berjalan laju, periang, sihat Alhamdulillah.

Kalini terjadi scene yang tidak disengajakan oleh suami aku. Sebelum terlupa. Aku gambarkan serba sedikit tentang dia. Berlemah lembut, penyabar, sangat sayangkan aku dan anak.

Tapi kejadian hari itu dia pukul aku bahagian kepala,”bodoh!”. Aku jarang lupa apa2 yang berlaku dalam life aku.

Kan aku kata tadi, selagi yang bermasalah tu bukan watak utama dalam rumahtangga kami, sedikit pun aku tak goyang. Kalini aku tersentak. Suami yang aku sayang, yang belai aku akhirnya naik tangan dan hamburkan kata kesat dekat aku.

Dia mohon maaf. Tak sengaja. Diambilnya tangan aku diketuk2 kepala dia, untuk balas semula perbuatan dia pada aku. “pukul abang, sayang.”

Seminggu selepas tu aku mengadu di pejabat agama. “Sayang harap abang boleh beri kerjasama” itu sahaja teks yang aku hantar pada dia.

Ya dia sayangkan aku. Dia ambilkan polisi hibah 1 juta untuk aku dan anak jika terjadi apa2 pada dia. Sebab dia tahu, keluarga dia tak boleh bela aku dan anak kalau jadi apa2 pada dia.

Dia lemah dengan keluarga dia. Jadi dia bawa aku dduk jauh sedikit dari family dia tapi dekat dengan family aku. Perjalanan ulang alik ke tempat kerja lebih 1jam.

Mungkin ada orang yang tak mahu kami bahagia. Kerana hasad. Aku sentiasa doa supaya Allah jauhkan kami dari pandangan Ain manusia dan dari orang yang berhati jahat terhadap kami.

Bukan nak bangga, tapi aku adalah sedikit berharta, aku cerdik pandai dan hafizhah quran. Alhmdulillah berkat jasa mama dan abah mengutamakan pendidikan aku. Haza min fadahli rabbi.

“Abang tak kan sesekali ceraikan sayang. Biar Abang mati dari bercerai”. “kenapa”. Balas aku ringkas.

“Kalau sayang dah benci Abang, doalah supaya Allah tarik nyawa Abang. Bercerai mati tak kan buat sayang dan anak benci Abang, tapi Bercerai hidup akan buat sayang dan anak benci Abang.

sayang dan anak boleh hidup dengan hibah Abang. Abang tak kan sanggup berpisah hidup dengan sayang dan anak”. Berguguran air mata kami suami isteri. Sekarang suami sedang berusaha untuk menang semula di hati aku.

Tujuan aku bagitau ke pejabat agama bukan untuk bercerai. Tak pergi pun sebenarnya. Hanya warning. Untuk dia kesal dengan apa yang dia buat. Ya benda tu spuntaneous. Dia panik dan gelabah. Tapi lepas tersedar apa dia buat terus dia minta maaf.

Kami tak pernah berhenti untuk belajar memahami, bertolak ansur, perbaiki diri. Oleh kerana aku ada lebih sikit ilmu agama dari dia, aku selalu nasihatkan dia untuk laksanakan tanggungjawab dengan baik. Dia jarang baca quran. Bacaannya gagap2. Dia malu untuk baca dihadapan aku.

Sesekali aku paksa dia mengadap aku untuk baca. Yelah aku ni tok guru quran dari lepas spm. Tak kan aku nak biar suami aku tak reti baca.

Aku pun selalu ulang2 sebut pada dia, tentang kelebihan yang Allah beri dekat dia sebagai ketua keluarga. Allah beri kelebihan buat dia sbagiai ketua keluarga ni atas nafkah yang diberikan.

‘Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, oleh itu Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari hartanya’ (Surah An Nisak ayat 34)

Ramai kan lelaki yang culas bab nafkah? Bila lompung tanggungjawab ni, tiadalah kelebihannya dah.

Walaupun suami segan dengan aku bab2 ilmu agama tapi kalau suami berjaya laksanakan tanggungjawab dia especially nafkah aku dan anak, dia tetap ada kelebihan lebih dari aku.

Best kan? tapi tak ramai suami yang ambil sebagai pembakar semangat. Semoga di akhir zaman ni, Masih Ramai anak2 soleh yang terdidik untuk menjadi seorang anak, suami, dan ayah yang qawwam buat keluarganya.

Rumahtangga yang utuh lahir dari paksi yang kukuh. Semoga sakinah, mawaddah, dan rahmah buat semua pembaca.

– Jannah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *