Salam semua. Saya berumur 30, dah jadi mak orang pun. Anak sulung from 8 beradik. Membesar dalam family yang diajar ilmu agama dari kecik.
Tadika semua tadika islamik, sekolah rendah agama (tahfiz), sekolah menengah agama rakyat pastu saya performed dapat result bagus utk pmr sampai dapat offer masuk sekolah agama berasrama penuh, kira sekolah budak pandai lah. Masuk universiti, saya dapat UITM.
Ayah saya marah betul masa tu tak pilih universiti yang islamik. Tapi deep down saya happy sebab dari kecik saya rasa circle saya sangat tertutup dan jumud, tak berkembang.
Sekolah2 macam tu, kalau tak belajar pandai, memang takde sape push kita untuk bercita cita tinggi pun. Kawan kawan saya dari sekolah agama rakyat tu semua habis spm kerja nak kahwin je.
Sorang dua je yang dapat kerja elok sekarang. Alhamdulillah saya dapat rezeki didorong ke kearah belajar, kawan kawan circle yang baik & bagus, kerja proper.
And suami pun manusia berjenis, bukan jenis hidup asal boleh. Walaupun ada juga la drama dengan in laws apa semua tapi focus sekarang nak cerita masalah family saya.
Tujuan saya cerita ni supaya kita beringat, jangan beranak ramai ramai kalau takde proper plan. Pentingkan quality over quantity.
Kami 8 beradik, 5 perempuan 3 lelaki. Saya 30, and adik beradik boleh kata selang 2 tahun sorang la.
Cuma yang bongsu je jarak jauh, tetiba ada adik lagi masa mak dah lebih 40. Adik bongsu sekarang 12 tahun.
Mak saya tak kerja. Dari muda memang ayah suruh mak duduk rumah jaga anak je.
And bila anak dah umur boleh masuk asrama, semua hantar asrama. Saya dan adik adik start duduk asrama tahfiz dari masa saya darjah 5, masa tu adik ke 3 kena heret masuk asrama sekali, baru darjah 1.
Bayangkan darjah 1 kena cuci kain sendiri? Masa tu saya tak fikir banyak sebab masih budak.
Bila dah besar, baru kami terfikir, teruknya mak ayah kami main tinggal je anak kat strangers (warden), demi nak anak belajar agama. Alhamdulillah hubungan kami adik beradik memang baik jadi kami selalu lah deep talk and fikir balik our pasts.
Sepanjang membesar, ayah memang terlampau obses nak anak belajar agama & jadi tahfiz. While mak pulak mengikut je apa ayah plan sebab mak jenis submissive, yang memang tak reti plan hidup dia.
Typical housewife, ikut je cakap suami. And kadang2 termakan dengan kata kata orang.
Tu je lah hidup dia, takde stand for herself. Suami pulak kepala batu rasa pendapat dia je betul.
Hantar anak ke sekolah agama sebagai pelaburan akhirat. Betul, tak nafikan.
Kalau tak sebab mak ayah macamtu, mungkin kami tak jadi orang. Ayah pandai dari kecik tapi takde rezeki untuk sambung belajar sebab terikat dengan masalah rumahtangga parents dia dulu, broken family and kena kerja untuk tanggung adik adik dia.
Mak biasa biasa je, tipikal anak orang kaya kampung tapi taknak belajar tinggi, kerja kilang kejap lepastu kahwin dengan ayah. Mak memang nak easy life, sampai sekarang, taknak korbankan tenaga dia langsung atau supportive pada suami/anak anak.
Yang dia tahu, cukup bulan suami dan anak anak bagi duit pada dia. Dan mak saya pandai twist semua keadaan mengikut agama dan buat kami serba salah dan beralah dengan dia.
Penunggang agama la senang kata. Contoh, bab bab bagi duit pada ibu bapa.
Kejap kejap ada la nanti dia hantar link ceramah pasal berbakti pada ibu bapa, terutamanya ibu. “ibu, ibu, ibu, baru ayah”, dia kata.
Kalau dia dapat tahu saya bagi duit lebih pada ayah pun dia marah sangat. Alhamdulillah kami semua dapat gene bijak pandai ayah tu.
Kami adik beradik sentiasa jadi top scorer untuk every subject. Every exam, kami ace.
And kami semua dapat masuk sekolah agama bagus untuk peringkat menengah (kecuali saya masa form 1-form 3 masuk sekolah agama rakyat).
Untuk pengetahuan, yuran sekolah agama ni semua bukan murah. Bayang kan tahun 2007 saya form 1, yuran sebulan RM150. Tu belum yuran tambahan macam aktiviti apa semua.
Masa tu saya kesian sangat nak bagitahu ayah kalau perlu duit. Saya akan berdikari isi borang apa semua minta bantuan/zakat.
Ayah saya dapat tahu dia marah sangat. Ayah saya ada perangai “Kita masih mampu, jangan ambil hak orang (asnaf)”.
Sangat ego. Terpaling hero masyarakat. Padahal gaji dia masa tu cuma RM2,500. Bayangkan ada RM2,500, net off deduction macam epf socso, maybe net RM2,200.
Ayah kerja company construction so site dia berubah ikut projek. Masa saya form 1, ayah kerja kat melaka, rumah kami & asrama saya kat utara.
RM2,200 tu nak tanggung semua benda, anak ada 7 orang masa tu, isteri tak kerja. Ayah ingat bila anak anak duduk asrama tak perlu dah bagi extra belanja di tangan sebab asrama ada dewan makan.
Tapi dewan makan sekolah agama rakyat tu sangat daif, makan cuma 3 kali sehari. Mana ada sediakan makanan utk waktu rehat.
Tapi sebab saya tak kuat makan masa tu, its okay la just pandai pandai survive. Ayah ada bagi belanja sikit, maybe dalam RM30 sebulan.
Dengan duit tu la saya pegi kantin, bayar tiket bas kalau balik rumah (balik rumah sendiri ye, ayah tak boleh balik pickup, nanti extra cost). Tu baru cerita saya sorang.
Macam mana adik adik kat rumah & mak survive? Mak akhirnya terbuka hati ada keyakinan sikit nak meniaga nasi lemak.
Jadi la, boleh tampung expenses takat nak beli barang basah sayur sayur untuk harian diorang. Pastu lama lama adik adik pun makan besar and masing masing masuk asrama jugak.
Sama macam saya lah, dah masuk asrama, belanja yuran, aktiviti persatuan, kelas tambahan, semua pun nak pakai duit. And adik adik saya pun cuba juga apply bantuan sebab ayah sampai dah tertangguh berbulan yuran.
Masa tu adik no 2 sangat rebel, marah sebab ayah tak ada duit dia nak beli buku/extra class. Mula mula dulu saya fikir, sampainya hati adik saya marah ayah.
Bila saya dah besar baru saya nampak, yang adik saya wajar marah. Mak ayah mahukan anak anak bijak pandai.
Tapi tak mampu nak beri modal untuk kami belajar dengan selesa. Sedih bila saya fikir balik, sekolah asrama penuh tu, sekolah level negeri.
Jadi pakaian pun kena nampak lawa contohnya kasut kena pakai jenis pvc, bukan canvas. Baju prep kena beli, baju outing kena beli, baju batik kena beli.
Masa tu kami 3 beradik kat sekolah yang sama. Macam mana ayah yang bergaji tak sampai RM4,000 nak tanggung?
Masa ni mak dah tak kerja buat nasi lemak tu, so takde extra income. Solution saya masa ni, saya kutip baju/kasut pelajar lain tinggalkan kat asrama lepas semua orang dah balik cuti akhir tahun.
Ayah selalu ambik kami lambat. So ada masa tu saya akan pegi kutip2 barang lama orang lain.
Semua orang kena bawak balik semua barang, jadi kalau dah tinggal kan tu saya assume diorang dah taknak la. Sekolah ramai anak orang kaya, peduli apa kalau tertinggal itu ini.
Barangnya bukannya elok pun, sekadar boleh pakai, okay la. Saya sanggup tak join any persatuan sebab semua nya akan perlukan cost beli baju/join aktiviti.
Hari rabu hari koku. Orang pegi main itu ini, meeting persatuan itu ini, saya curi curi tidur kat library.
Tu je la saya boleh buat, tapi saya tetap seronok sekolah kat situ. At least makan 6 kali sehari.
Kenyang. Berat dari 38 jadi 48kg haha.
Tapi saya selaku anak sulung, people pleaser, saya tak pernah sebut kekurangan yang saya alami kat mak ayah. Sebab saya terlalu kesian & sayangkan mak ayah masa ni.
Habis je spm, mak saya mengandung adik ke8. Masa ni saya menangis.
Saya marah sangat. Masa mak lahirkan adik no 7, doktor dah bagitahu mak ada complication.
Pernah dengar varicose veins? Sepanjang mak saya pregnant pembuluh darah dari peha sampai ke tapak kaki bengkak, and some explode along the way mak mengandung, makin berat baby, makin nipis dinding urat, makin senang pecah.
Mak memang kekurangan darah, and dr bagitahu mak ada possibility boleh stroke after this. Saya overheard doktor cakap dengan ayah luar operation theatre before proceed dengan czer.
Dr suggest to ikat terus peranakan mak supaya tak mengandung dah. Ayah saya punya jawapan masa tu “Saya yakin dengan rezeki dari tuhan saya (doktor tu non muslim), doktor buat je kerja doktor.
Saya tahu tuhan saya ada ketentuan yang lebih baik, saya taknak buat kerja tuhan (ikat peranakan, halang isteri untuk mengandung lagi)”. Saya baru 12 tahun masa tu, saya rasa nak marah tapi saya baru 12 tahun, apa je saya boleh buat?
Saya je yang paling matang dalam adik beradik masa tu. Masalah kami bukan pada duit saja.
Disebabkan kami adik beradik ramai, kejap kejap ada urusan itu ini, hantar pegi balik adik adik balik asrama lah, sikit sikit ada hal kena attend hal kat sekolah, dengan tolong urusan mak ayah la.
Mak saya memang tak pandai drive dan langsung tak pandai buat urusan rasmi sendiri. Semua mesti kena anak anak atau ayah tolong.
Saya marah sangat dengan mak ayah saya sebab beranak ramai ramai pandai, time nak berurusan apa apa, tanggungjawab tu jatuh pada kakak abangnya.
So masalahnya masa mak mengandung, ayah kerja jauh kat terengganu masa tu. Saya yang kena teman mak naik bas ulang alik hospital sebab risky pregnancy, dan mak tak pandai urus diri sendiri apatah lagi naik bas.
And bila kami dah makin besar dan pandai drive, sikit sikit kena ambil cuti uruskan hal adik adik. Jadi bila mak mengandung adik ke 8, saya tahu, saya la yang kena take care of mak sepanjang dia mengandung ni.
Saya punya cuti after spm, plan nak kerja part time. Tapi cuti 4-5 bulan tu habis kat situ je.
Saya usaha cari pendapatan dengan buat cupcake coklat masa tu. Hantar ke kedai kedai.
Ya Allah masa tu Allah je tahu struggle nya mcm mana untuk seorang budak 18 tahun. Takde transport.
Meniaga, ke pekan ke kemana ke, semua naik basikal. Ok alhamdulillah ada rezeki, boleh beli semua barang persiapan masuk u, beli fon samsung corby untuk diri sendiri.
Dgn duit tu jugak saya boleh tolong tampung expenses rumah. Saya dapat offer masuk matrik perlis pun terpaksa tolak sebab ayah kata kalau mak bersalin ada komplikasi apa apa, jauh nak ulang alik ambil hantar saya.
Saya masuk uitm yang jarak sejam je dari rumah, kat perak. Ada sekali tu masa covid area tahun 2022, adik bongsu umur 10 tahun patah tangan, mak ayah saya sangat unbothered untuk pandang serius kesakitan dia.
Hanya bebel kat dia sebab main bola sampai sakit. Lepas 10 hari baru perasan tangan dia patah sebab dah bengkak dan dia tak boleh angkat tangan langsung.
Saya yang dari kl balik, teman adik untuk urusan operation. Saya memang tahap benci dan tak boleh percaya langsung mak saya untuk benda macamni.
Saya tidur kat wad dengan adik 2 malam. Lepastu balik ke rumah kami, mak saya “import” covid dari kenduri.
Padahal kami adik beradik dah pesan, jangan all out sangat nak berada dikenduri tu, padahal mak saya memang pemalas dan taknak menolong kerja rewang pun. Cuma suka berjumpa orang, buat buat busy.
Alih alih dia terkena covid, satu rumah berjangkit. Saya cuti lama sangat masa tu sampai kena marah dengan bos sebab uruskan rumah, sorang demi sorang berjangkit.
Ayah pulak selfish, terus lari duduk rumah 1 lagi sebab dia fikir at least kalau dia kena covid, dia boleh keluar berkebun sorang sorang. Dia biarkan anak dia uruskan 7 adik lain dan 1 mak yang sangat childish.
Mak saya taknak quarantine properly. Masih nak paksa kami semayang jemaah, makan sama sama.
Adik saya no 5 meletus marah masa tu, dia tengah final semester diploma masa tu. Masa diorang bergaduh mak terus maki hamun ugut “kau taknak doa aku ke?! Kau fikir kau boleh berjaya kalau aku tak doakan?”.
Itu bukan pertama kali dia guna ayat tu. Dari masa saya masih belajar dulu dia cakap macamtu kat semua anak anak, tiap kali siapa siapa gaduh dengan dia.
Saya sampai tahap terlalu marah, sebab saya dah penat nak layan perangai mak yang tunggang agama, yang suka guilt trip anak dengan berkat doa dia, saya bergaduh dengan mak. Saya pun tengah covid masa tu, saya hilang rational terus mengemas barang nak balik kl.
Tapi adik adik menangis nangis pujuk. Saya tenang dan duduk rumah lagi untuk 3 hari seterusnya habiskan quarantine.
Sepanjang kat rumah tu mak tak habis habis whatsapp saya suruh keluar bilik makan sekali dan sebagainya. Sengaja buat saya lagi marah.
Saya memang menyendiri dan keluar kalau dia tengah tidur/solat je sebab mak jenis wuduk dan solat terlalu lama, 30 minit. Makin saya besar, otak saya makin nampak what is actually wrong with this family.
Sejak habis spm, saya memang totally dah tak bergantung pada ayah. Masuk belajar apa semua pakai ptptn.
Saya faham, saya okay je ayah tak mampu, takpe saya boleh hidup dengan ptptn. Macam kebanyakan cerita anak b40, dengan ptptn la kadang kadang kita kongsi rezeki bagi mak ayah guna.
Dulu saya rasa saya hero kat family, sentiasa dapat usaha tolong something untuk family. Masa ni adik adik pun dah membesar, masuk matrik, masuk uni juga.
Ayah geram lagi bila adik no 2 tak masuk tertier education kearah agama, dia study bidang kimia. Adik no 3, dengan result spm cemerlang tu, beralah ikut kehendak ayah.
Dia dapat jpa offer untuk ke japan, psikologi studies. Ayah prefer dia pergi negera timur tengah belajar agama.
Adik ikutkan. Adik no 4 pun belajar agama tapi kat ipta, ada nama islam.
Adik no 5 belajar sama bidang saya, perakaunan kat uitm. Adik no 6 pun sama.
Semua, semuaaaa anak nya pakai ptptn. Ayah saya kerja swasta, at some point kerja swasta ni, ada spm je pulak tu, memang orang taknak simpan dah.
Cukup usia tua, orang sarankan untuk resign. Dia disuruh resign masa umur 55 tahun dapat epf tu, gaji dia rm6,000 masa tu.
Masa dia 50, saya baru habis diploma masa tu. Dia dah dapat keluar epf kan, dia dapat 200k kalau tak salah.
Dalam masa few months je, duit tu habis. Bayangkan perasaan saya rasa hancur macamana.
Memang la tu duit ayah, tapi 200k habis sekelip mata sebab dia buat business without proper plan. Ayah jenis yang suka cuba meniaga.
Tapi sekali dia cuba something, dia nak all out tanpa proper plan. Dari saya kecil, macam macam business dia cuba.
Tak penah 1 pun berjaya. Faham tak saya rasa sedih & simpati tu macamana?
And setiap kali business semua kena meminjam modal dari orang. Ni sampaikan epf 200k pun boleh habis tak sampai setahun, saya rasa sedih dan marah sangat kenapa boleh habis macamtu je.
Dia keluar modal tebas tanah kat kampung buat reban itik konon nak jadi peraih itik. Tapi sudahnya takde pulangan langsung.
Saya taktahu apa silapnya kenapa ayah tak berjaya jual sebab ayah saya jenis ego taknak share langsung dengan anak bini apa masalah yang dia hadapi.
And ayah saya sangat ego dengan saya sebab saya study accounting, ada basic knowledge of business, dia cuba nak prove kan “Takde diploma degree pun aku boleh berjaya”.
Saya tahu dia ada mindset tu sebab dia sentiasa cakap benda macam tu pada cerita2 kejayaan orang lain. Then, kalau bagus sangat cara ayah befikir tu, kenapa 200k boleh hangus macam tu saja?
Disebabkan epf 1st pengeluaran dah lebur, ayah sambung kerja lagi sampai umur 55. Sepanjang 5 tahun tu macam macam la otak dia cari idea business lagi.
Umur 55 dapat lagi sejumlah duit, and dia dah bersara kononnya masa ni. Ayah pulak jenis islamik tak kena tempat, let say dia dapat 300k, dalam almost suku dari amount tu dia sedekah kat orang ye.
Alasannya nak bersihkan riba. Wtf?
Ya Allah ya tuhanku dia pegi sedekah kat orang itu orang ini, adik beradik dia, and adik beradik mak yang susah. Bagus dah niat tu tapi, kalau sampai 60-70k bagi orang, elok elok duit tu boleh biar je dalam bank account.
Bakinya dia bagi anak anak 1.5k seorang.
Saya tahu, one day duit ni akan balik digunakan ayah. Betul firasat saya, kami adik beradik tak usik pun duit masing2.
Baki duit tadi ayah buat rumah dikampung. Upah sepupu2 dia orang susah dikampung untuk bina rumah atas tanah pusaka.
Tu pun ayah beli portion tanah adik beradik dia sebab adik dia tu miskin and takde duit pun untuk kerja kan tanah tu. Ayah beli dari dia beyond market price!
Pastu dia hire sepupu sepupu dia buat rumah tu, gaji sehari rm150, siap belanja semua makan hari hari, and ayah siap turun tolong! Dah tu bayar upah buat apa?? Sudahnya rumah siap 80%, tak cukup duit nak beli certain barang.
Betul firasat saya, kami 8 beradik pulangkan balik rm1.5k yang ayah bagi haritu.
Nasib baik epf kali ni ayah mak sempat guna untuk pegi umrah. Tu pun belanja expenses sorang dua sedara mara (sebelah ayah) sebab nak ajak pegi sekali.
Macam la banyak sangat duit kat tangan. Balik dari umrah, dah makin sikit duit.
Ayah decide nak kerja balik. So masa umur 58 dapat la kerja, contract 2 tahun, which ends this march.
Sedih tahu tak tengok ayah di usia macam tu cari kerja kena compete dengan fresh grad. Gaji pulak half dari gaji last before this.
Sebab kami masih ada 2 adik yang bersekolah. Sorang sekolah menengah, sorang sekolah rendah.
Macam saya cerita tadi, nak hantar sekolah agama yang berbayar mahal. Sedangkan pendapatan dah takde.
Ayah saya memang tak akan minta duit anak. Alhamdulillah ayah saya tak toxic tahap macam tu.
Cuma mak je macam tu haha. Dia selalu hantar link2 ceramah kena berbakti kat parents.
Hahaha. Betul lah orang kata b40 breeds b40.
Masa saya dah mula kerja, ikut kan saya dah boleh hidup senang sbb saya start off career dengan kerja kat firm besar. Gaji considered besar kalau nak compare dengan peers masa tu.
Tapi sebab kena menanggung family, gaji saya tak pernah la ada portion untuk diri sendiri. Ambil hutang beli kereta alza untuk family.
Tanggung expenses harian, bayar bills. Saya gaji rm2,500 masa tu, duduk luar bandar, sepatutnya rasa dah have have dah.
Haha. Tapi kalau semua beban jatuh atas bahu kita?
Lama lama saya depressed. Hari hari menangis.
Sebab hidup cuma untuk kerja & family. Kerja pun dah sangat stress.
Mak ayah saya kan macam alim ulama, mana pernah benarkan saya keluar dengan kawan kawan. Takut sangat kita buat bukan bukan.
Katanya setakat jumpa nak sembang buat apa. Weekend mesti kena bawak mak keluar, kalau tak bawa keluar jalan ke apa apa pun, at least bawak mak balik kampung.
Dulu mak saya jenis marah yang physical dan very abusive with her words. Dia pernah baling periuk kat saya sebab dia stress malam malam ada pinggan mangkuk kat sinki tak terbasuh haha.
Mak saya pun dah gila agaknya, menopause mungkin. Dia dari dulu memang pukul anak cuma seingat saya jadi makin teruk masa 2017-2018.
Dia stress dengan hidup susah dengan ayah. So dia lepaskan pada anak anak.
Tapi depan ayah saya dia takkan pukul anak. So ayah tak faham kenapa anak anak dia depressed kat rumah, kena mental and physical torture dari mak.
Saya sangat sangat tertekan & akhir 2018 saya keluar dari rumah kerja di kl. Masa tu memang keras hati je tak layan drama mak.
Dia bukannya tak bagi anak dia keluar sebab sayang/takut rindu, sebab nanti “Bank” dia dah takde. Oh lupa, btw, mak saya masih dapat nafkah dari ayah, ayah assume mak bayar semua bil guna duit dia bagi.
Mak tak bagitahu ayah langsung yang selama ni anak anak bayar semua bill. So duit yang mak dapat tu memang dapat kat dia sorang.
Masa tu memang saya benci sangat dengan mak saya. Dia treat anak anak macam investment.
Kena bagi pulangan pada dia. Saya duduk menyewa kat kl memang kopak juga sebab tetap kena menyumbang bayar bil.
Bertambah pulak dengan expenses sendiri & kos travel balik rumah parents sebulan sekali. Kalau raya jangan kata, paling kopak nak kena beli baju raya almost semua orang.
Adik adik yang dah berkerja memang berdikari & banyak tolong ringankan beban. Tapi takpe saya hadapi jugak demi kesejahteraan mental, taknak berada dekat dengan mak.
Saya sampai takut nak cari boyfriend, sebab saya takut takde lelaki terima saya yang penuh emotional damage and beban nak tanggung ni. Tu baru masalah mak.
Masalah ayah pulak dengan konsep agama dia yang terlampau tu. Maaf cakap ayah saya dah tahap taksub certain parti politik ni macam kalau tak berkhdmat untuk parti, tak berjuang dengan parti, tak masuk syurga.
So ayah saya banyak keluar belanja untuk hal agama & parti. Yang saya sedih, ayah saya sangat terkebelakang, dia macam unbothered by costs yang meningkat.
Belanja sekolah adik masih macam zaman kami yang kakak kakak punya belanja. Mana keutamaan dia sebagai ayah?
Ayah nak masuk syurga dengan geng parti politik, geng surau ayah je ke? Masa dengan anak anak makin sikit.
Kami sampai tahap tak kisah kalau ayah tak ada masa hari penting diorang. Yang peliknya, ayah particularly dingin dengan anak anak lelaki dia.
Dengan anak perempuan, even menantu lelaki, sangat okay, much better dari dia layan anak anak lelaki dia sendiri. Dengan anak lelaki ni, pantang salah sikit.
Tak pandai angkat cangkul pun kena maki hamun. Balik balik modal dia “Masuk universiti pun tak guna”.
Which supports my point, ayah bitter dengan orang yang belajar tingggi. Lately saya perasan, ayah saya sangat cranky.
Mungkin faktor usia, mungkin stress. Ada je yang anak anak buat tak kena di mata dia.
Contoh: bab pemilihan kerjaya, pemilihan cara hidup. Even saya yang dah berkahwin anak 1 ni pun dia nak judge.
Husband saya jenis rajin and sangat opposite of ayah interms of housechores. Jadi bila suami saya rajin buat itu ini, saya pulak yang dimarahnya kata isteri tak boleh harap.
Ehh? Saya pun wanita berkerjaya, gaji saya sama banyak dengan suami.
Saya pun contribute sama banyak mcm suami dalam tanggungan hal rumah. Saya faham, mak surirumah jadi dia expect mak buat semua termasuk didik anak.
Asal adik buat hal je, ayah akan mengamuk maki hamun salahkan mak. Anak anak ni kan anak anak dia juga, kenapa semua jadi tanggungjawab mak walaupun mak surirumah?
Pengajian agama pondok mana ayah belajar, yang keberhasilan anak dan kerja rumah tu kerja seorang isteri semata mata? Fast forward, pemikiran saya pun dah makin berubah, perangai saya semakin berubah.
Saya jadi makin tegas pendirian dan mak saya tak berani cakap sembarang dengan saya dah, dia tahu saya mampu melawan dia. Dan kalau dia buat benda yang sama kat adik adik, saya sentiasa akan gaduh dengan mak ayah demi adik adik.
Saya tahu dan saya apply, tanggung rumah tu bukan tanggungjawab anak, apatah lagi anak perempuan. Tapi suami tak pernah halang.
Cuma saya tak rasa terbeban dah dengan hal rumah macam dulu. Tapi, masalah ni pergi pada adik adik yang belum kahwin dan duduk serumah dengan mak ayah.
Saya sangat sedih, bila masalah ni akan habis? Adik adik saya pun jadi susah nak mulakan hidup sendiri.
Bil kami sama sama tanggung. Kami boleh tapi kami kecil hati sebab mak assume ini tanggungjawab kami, dan ayah pulak jenis nak berserah pada takdir.
Bak kata dia dari dulu “Ulat dalam batu pun boleh hidup”. Dah tu ayah ulat ke?
Ayah dah 60, masih kena fikir pasal takde income. Rumah yang dia bina di tanah pusaka tu kami tak nak duduk sebab dalam hutan.
Kawasan jauh dari pekan. Nak beli barang dapur pun susah.
Dengan risaukan binatang liar, mat dadah kampung. Rumah tu sangat tak secured.
Tetap kena menyambung sewa rumah yang parents duduk sekarang. Adik masih sekolah.
Ayah berkeras taknak tukar sekolah kebangsaan walaupun boleh jimat banyak. Yang mak pulak, bergaul dengan makcik makcik taman, geng isteri orang pencen.
Diorang nak pegi jalan jalan, mak nak ikut. Diorang nak buat tshirt geng, beli tudung geng, dia nak jugak.
Mesti semua tu perlu duit juga. Kenapa nak ikut lifestyle orang yang sedang meraih untung dari lelah masa muda sedangkan mak masa muda takde mengerah keringat untuk kerja langsung?
Mana lagi duit dia nak dapat kalau bukan dari anak anak? Saya tak perlukan apa apa solution.
Saya cuma nak cerita betapa zalimnya ibu bapa kalau meletakkan beban kehidupan untuk ditanggung ke next generation. Anak anak bukan your retirement plan.
Jangan beranak ramai kalau tak mampu dan takde proper plan for future. Pakcik saya anak 6 orang tapi dia memang lebih dari mampu, anak semua ada harta benda dia dah agih siap siap.
Sedangkan kami membesar, dapat duit raya pun semua mak ayah ambik sebab tak cukup belanja kehidupan harian. Kawan kawan saya yang lain, mak ayah seusia mak ayah saya, hidup hanya habiskan duit pencen dengan pergi berjalan, belanja anak cucu itu ini.
Apa fungsi anak 8 orang kalau mak ayah punya perangai menyebabkan anak menjauhkan diri? Siapa yang willing to take care of you bila you dah tua nanti?
Saya pernah sampai terdetik doa minta kat Allah jangan panjangkan usia mereka kalau macam macam drama boleh jadi sampai jadi pecah belah kami sekeluarga. Saya cuma ada adik adik yang saya sayang, saya taknak hubungan kami rosak sebab perangai mak ayah.
Sorry kalau cerita bersepah. Saya harap mesej nya sampai.
Kalau mak ayah compare apa benda yang kami anak anak mampu buat/beri pada mereka dengan anak anak jiran, anak sepupu, cuba kalau kita terbalikkan keadaan,
Saya compare apa yang mak ayah mampu bagi pada saya sepanjang membesar, dengan apa yang anak orang lain dapat dari mak ayah diorang?
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit