Quarter Life Crisis

Bismillah. Nama aku A dan berusia dalam 20an, perempuan.

Aku merupakan seorang ‘fresh graduate’ yang baru sahaja berkonvo pada akhir tahun lalu. Aku merupakan graduan di dalam bidang ‘political science’.

Rezeki tiba apabila aku dapat menjadi protege di sebuah company MNC setelah sebulan tamat menjalani final exam di tahun akhir.

Pada mulanya, aku berfikir banyak kali kerana elaun yang diterima hanyalah sebanyak RM2k dan tidak ditolak KWSP.

Namun begitu, setelah berbincang dengan kedua ibu bapaku, ia merupakan pengalaman yang baik memandangkan aku tidak mempunyai pengalaman ‘internship’ dan memberikan pengalaman bekerja yang sebenar dan mencantikkan resume.

Setelah bekerja sebulan, rakan tempat kerja lamaku sewaktu membuat part time terjumpa dengannku. Kami saling bertanya khabar dan dia mengajakku untuk bekerja di tempat lama di stesen minyak secara part time pada hujung minggu.

Aku terus bersetuju memandangkan elaun yang diterima perlulah kusimpan untuk membeli kereta dan tampungan jika aku tidak berjaya mendapat lantikan tetap sekiranya kontrak protege tamat.

Hal ini kerana, companyku lebih mengutamakan pelajar biasiswa mereka.

Oh ya, aku juga perlu berulang alik 30 km dari rumah hari hari untuk ke tempat kerja dengan meminjam kereta family dan mengambil masa sejam dan 2 jam jika jem kerana tiada kemudahan public transport terdekat.

Maka, bermulah lah kehidupanku melakukan 2 kerja di hari biasa dan hujung minggu. Aku dapat bekerja wfh seminggu sekali jadi aku dapat rehat sehari tidak perlu bekerja di office.

Pada mulanya agak okay, namun aku merasakan agak tertekan dan letih kadang-kadang. Aku akan menyedapkan hatiku hidup ini agak keras dan biarlah aku bersusah payah di usia muda ini.

Aku pernah menangis, sedih dan merasakan mengapa aku perlu melakukan dua kerja sedangkan rakan rakan sebayaku lain berjalan jalan di hari minggu dan ada yang sudah berkahwin / bertunang.

Perasaanku juga bertambah sedih apabila sesetengah customer memandang rendah, memarahi ketika sedang melakukan part time sebagai cashier.

Kebanyakkan customer marah dan memaki contohnya apabila lambat atau membuat silap sedikit memandangkan aku kerap bekerja satu syif bersama foreigner.

Aku juga merasakan hatiku sudah kering apabila dimarah dan aku juga terfikir tiada lelaki yang ingin memandang aku kerana aku bekerja seperti ini dan juga bercampur dengan foreigner.

Pada masa yang sama, aku turut memohon SPA, company lain.

Semoga penatku ini akan memberi hasil suatu hari nanti. Doakan aku kuat menjalani hari hari seterusnya, diberikan jodoh yang baik dan mendapat pekerjaan tetap.

Doakan juga aku diberikan sifat kecukupan dan bersyukur di dalam kehidupan seharianku.

Jika ada pembaca lain, yang ingin memberi komen/cadangan kepadaku, silakan.

– Yuyu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Sabar dik..bersusah dahulu bersenang kemudian.. insyallah ramai lagi lelaki yg baik di luar sana.. Adik fokus bina kerjaya stabilkan kewangan dulu, jodoh tu jangan difikirkan sangat sebab adik masih muda.. yg penting bina kerjaya.. kena maki kena marah tu biasalah..memanng akan sedih..kuatkan semangat..lupakan yg keruh,amik yg jernih..ramai lagi orang yang susah daripada adik ni..

  2. ya Allah murahkanlah rezeki untuk adik ni
    mudahkanlah hidup dia
    berikanlah dia kesihatan dan kebaikan dunia akhirat
    amin yra

  3. Jangan main fb ig. k situ semua nak tunjuk yg life is happy bla3. Somehow dia affect kita pny self esteem

  4. Selain SPA (which is very susah nak dapat, huhu), boleh cuba apply for MyStep. Most of my acquaintances mudah dapat kerja through MyStep. I think MyStep offer kerja contract je. But ada some of my acquaintances dapat offer for permanent position on the company lepas tamat contract. Tak salah mencuba :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *