Queen Control Ke?

Hi, semua pembaca IIUM Confession. Sekadar nak luah apa isi hati yang tersirat supaya beban dalam kepala ni boleh ringan sedikit.

Seperti tajuk kat atas tu, aku nak bercerita pasal diri aku dan suami. Bukanlah benda yang mengaibkan, mungkin sekadar cerita alam rumahtangga (kot?)

Kami dah berkahwin hampir 7 tahun dan dikurniakan 2 orang anak, soon akan masuk 3 orang.

Nak kata berkahwin atas dasar suka sama suka entahlaaa sebab aku takde timbul rasa suka waktu tu sebabnya masa tu suami baru lepas breakup dengan awek dia, lepas tu tak lama dia mencari calon lain dan jumpa aku.

Aku tak tahulah aku ni pilihan yang keberapa, malas nak fikir.

Tapi dalam kepala otak aku, dia jadikan aku ni sebagai alasan untuk dia move on je sebenarnya tapi hakikatnya dia sendiri ambil masa yang lama untuk move on, dan tekalah siapa yang terguris hati di sini. Of courselah wife dia iaitu aku.

Mana tidaknya, kau dah unfriend ex dekat segala socmed yang dia tapi still stalk? Kau nak apa sebenarnya? Kalau rindu cakap rindu. Jangan kata aku tak comfront laki aku, aku banyakkkkkk kali dah comfront laki aku and end up hanya cakap maaf.

Macam mana boleh tahu? Iyeee aku spotcheck handphone dia. Jangan ajar aku untuk tidak ganggu privasi laki aku ye sebab dalam rumahtangga tidak ada istilah privasi untuk aku.

Last kantoi stalk ex sebelum puasa, aku tanya dari a-z, siap cakap kalau rindu lagi pergi jumpa dia dan lepaskan aku. Aku taknak beratkan kepala otak aku dengan perangai laki yang tak sememeh macam ni, tak nak friend dekat socmed tapi sibuk nak stalk. Macam budak sekolah.

Aku bagi silent treatment seminggu tapi masih buat kerja hakiki aku iaitu uruskan anak² dan rumah cuma aku taknak bercakap dan berdepan dengan suami sebab aku sakit hati.

Terbaru, takdelaa baru juga. Dah lama sebenarnya aku perhatikan cuma aku diam dan nak tengok sejauh mana game dia.

Dulu ada budak intern dekat company dia, perempuan lah. Lahhh kemain mesra siap ber whatsapp, lagi yang pelik bila aku tahu conversation whatsapp tu ada yang dia delete padahal aku dah siap baca pun.

Kemain duk ber abang² bagai, tiap kali budak tu up story wahhhh sakan manjang duk respond. Mesranyee, dengan family aku dan family dia sendiri pun takde mesra macam tu sekali. Sama naik je budak tu dengan laki aku, ber abang lah, tolong itu laa ini lah.

Bila aku tanya, boleh tak aku whatsapp macam tu dengan kawan lelaki, reti pulak cakap tak boleh. Dah kau boleh, aku tak boleh?

Aku bagi jugak “itulaaa, dulu dalam kepala otak tu pikir nak orang lain, lepas tu kahwin sgn orang lain, itu yang manjang rasa tak pernah cukup”. Aku geram sebab benda bukan sekali dua jadi.

7 tahun kahwin, aku rasa tiap² tahun gaduh benda bodoh macam ni. Belum lagi aku cerita waktu aku pregnant dan dalam pantang,selamba badak bergurau dengan kawan cakap nak cari perempuan lain. Ingat aku ni apa?

Dulu yelaaa aku ada jugak tempat nak bercerita dan mintak nasihat tapi sekarang simpanlah sorang², tak tahan sangat baru aku cerita dekat kakak. Dulu ada ibu jadi tempat aku minta nasihat, sekarang takde dah.

Aku perli suami aku “seronokkan pergi kerja, boleh mesra² dengan orang lain tapi suruh bini duduk rumah, tak bagi kerja tapi kita dekat tempat kerja seronok duk ber abang². Pernah dengar ke sy panggil lelaki lain abang? “(Maksud aku address orang tu abang sahaja).

Aku tak tahulah kalau bini lain okey kalau ada perempuan panggil laki dia abang, tapi tidak aku sebab itu panggilan antara aku dan suami.

Dan macam biasa, akan berakhir dengan ayat “ye, salah abang. abang minta maaf”.

Aku jawab, pergi mati dengan maaf abang tu. Sebab nanti buat lagi lain kali. Aku dah kahwin, aku boleh je sedar diri dan jaga status aku, kenapa dia tak boleh? Rasa banyak sangat godaan? Godaan yang cari sendiri.

Entahlaaa, aku serabut. Rasa nak balik kampung duduk kampung je. Biarlah dia sorang² dekat sini, for sure takkan bosan la sebab ada tempat lain kan dia boleh berborak dan bermesra.

Apalah sangat nak dibandingkan dengan bini yang kurang serba serbi ni. Sudahlaa alahan pregnant tengah teruk, entahlaaa manjang rasa nak nangis tapi takde bahu nak menumpang, dia bukan kisah pun bini okey ke tak ke, baik dia tanya orang lain dan kisahkan pasal orang lain.

Okeylaaa nak sambung nangis..

– Thea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. sila jgn beranak lagi, pasang badan, kumpul duit, lps tu cari kerja. tgk gaya laki ko nih mmg sejenis hidup asyik nk test market je. dr ko makan hati, berulam jantung, sila rancang ye.

  2. Nasihat aku 1 je .Lepas ni tolong jangan tunjuk KO cemburu atau perli yang menunjukkan kau cemburu pasal wanita lain dekat dia

    KO melaram cantik cantik dan ajak anak keluar jalan-jalan tanpa ajak laki KO..KO berlakon yang diri KO happy sgt..dan bila laki KO ada dalam rumah..KO pura pura main fon sambil sengih sengih konon ko tengah bermesej dgn seseorang…

    Biar laki KO tgk dan tertanya-tanya kenapa bini aku dah tak marah marah dan meroyan.

    Fokus diri sendiri je dan cantikkan diri..lama lama laki KO akan beri perhatian kat KO…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *