Baru- baru ni saya ada terbaca mengenai satu quote yang agak menarik perhatian dalam media sosial. Menurut perspektif saya, quote tersebut tidaklah terlalu merunsingkan.
Akan tetapi apabila dilihat dengan lebih mendalam, quote yang diperkatakan seperti kanser yang memakan tuan nanti kerana bakal menyebabkan cakap-cakap negatif. Bahasa mudahnya, trigger netizen kecam.
Mungkin pembaca tertanya-tanya apakah kandungan quote yang menarik perhatian ni?
Quote tu lebih kurang melontarkan pendapat bahawa amalan spiritual yang berakar umbi di India terlebih dahulu dipraktikkan berbanding amalan spiritual lima kali sehari muslim.
Okay, betullah lah tu pendapat dia kan? Apa masalahnya pulak?
Ayat kedua si quote yang menyebabkan amarah.
Dia kata kebaikan kesihatan yang mungkin kita dapat daripada ibadah ni takdelah special sangat pun.
Kenyataan macam ni yang jadi punca netizen makin galak mengecam si quote. Sebahagian faham apa yang si quote ingin sampaikan, sebahagian lagi faham lain. Orang cakap lihatlah pada sisi yang baik sahaja.
Fahaman saya, berdasarkan pergerakan ibadah, kita dapat melegakan sakit begitu juga pergerakan spiritual dari India ni. Amalan spiritual dari India ada lagi teknik khusus untuk melegakan sakit dan membuatkan badan lagi sihat.
Ala-ala senaman jugalah kiranya. Jika dibandingkan dengan ibadah kita yang muslim ni, memang lain dan tak sama. Perlu diingatkan ibadah kita ni kewajipan dan bukanlah senaman rekreasi.
Jadi kira tak special sangat in term of senaman. Kita memerlukan senaman tambahan untuk kekal cergas. Begitu juga dengan amalan spiritual dari India.
Tafsiran netizen pula mencetus perdebatan lantas meletakkan status si quote tu seorang yang sesat, liberal, atheist. Dunia media sosial memang kejam.
Pada mulanya, saya menyangka netizen bersikap over namun saya terpanggil untuk mengetahui kelibat si quote.
Kecewa juga saya bila selongkar media sosial si quote. Minum arak. G4y. Ada boyfriend tinggal serumah. Halal haram dibuat main. Saya terfikir barangkali si quote mempunyai latar belakang yang kurang baik.
Tanggapan saya salah. Dia educated, dari U di Australia. Keluarga berkemampuan. Bergambar raya penuh senyuman. Kerjaya hebat. Di mana silapnya?
Hmm tak tau laaa.
Sudah tiba masanya kita yang muslim ni bersikap sederhana tanpa berlebihan-lebihan mengusik sensitiviti budaya, agama, & tradisi masyarakat. Cara hidup kita ni bukanlah sama seratus peratus.
Bagi kita yang nak amalkan islam ni, apa yang salah tetap salah. Yang betul teruskan amal. Ambillah yang jernih, yang keruh tu dibuang jauh.
Haa lagi satu confession ni bukanlah bertujuan untuk membangkitkan perbalahan cuma teguran untuk lebih bermuhasabah.
Anak muda kenalah bersikap berhati-hati dalam berkata-kata. Orang berumur pun sama. Cakap jangan main lepas. Takut-takut mengundang bala di kemudian hari. Sekian.
– Wan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit