Salam, aku cuma meluah perasaan pasal family. Biasa baca confession orang lain tapi ini terjadi pada keluarga aku.
Mak ayah masih hidup, adik-beradik ramai 10 orang, ada sebahagian yang masih bujang, ada yang dah kahwin.
Dalam rumah tu, mak ayah, ada 2 keluarga dah kahwin (salah seorang bercerai) dan seorang adik bujang lelaki tinggal bersama.
Aku masih bujang, duduk bilik paling kecil kongsi dengan adik aku yang bujang. Kami jarang balik disebabkan kerja di luar.
Jujur, aku tak selesa bila balik terpaksa kongsi bilik aku dengan adik-beradik lain. Dah la kecik, sempit pula tu. Dari dulu aku pernah bersuara pasal bilik.
Kakak dan abang ipar dah kahwin selama 11 tahun masih duduk bersama kami, anak pun dah 3. Aku suruh cari rumah sewa sekalipun tak mampu nak beli rumah.
Alasan mereka, rumah sewa mahal sejak 11 tahun lepas sampai ke hari ini. Tapi mampu pakai kereta import, belum habis bayar dah angkat kereta baru.
Aku bersuara bagi pihak adik-adik bujang yang terpaksa berkongsi bilik kecil, dan ada adik lelaki aku dari dulu tidur di ruang tamu sahaja.
Tapi aku dipulaukan oleh mereka dan mak ayah, digelarkan mulut jahat, dihasutnya anak-anak buah supaya jangan masuk bilik aku dan rapat dengan aku.
Yang paling tak diterima akal, mak ayah back up diaorang tapi di belakang sebenarnya cukup tak suka mereka anak-beranak duduk sekali dalam tempoh yang sudah lama.
Family satu lagi yang sudah bercerai, dari sebelum cerai sudah halau adik-adik keluar dari bilik tu. No wonder dia end up bercerai.
Lama aku berjuang pertahankan bilik untuk adik-adik yang masih bujang, akhirnya aku give up, bawa diri keluar dari persekitaran toksik.
Tapi bila musim cuti panjang/perayaan, kita akan pulang untuk berehat, tapi tak tenang dan selesa berkongsi bilik yang sempit. Sedangkan mereka tiada rasa bersalah dan masih consider untuk tambah anak yang keempat.
Kalau orang luar tengok, kita nampak macam happy family dan hidup senang, tapi hakikatnya jauh sekali.
Mak ayah tak berani bersuara sebab takut mereka takkan kembali lagi ke rumah. Cuma terkilan kami adik-beradik lain bersusah payah bayar rumah, bil, anak-anak lagi, sedangkan mereka hidup free.
Disebabkan mereka, aku terfikir… kamu berkahwin untuk apa sebenarnya?
– Astrid Andromeda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit