Isu r0g0l salah siapa ni sebenarnya isu basi. Lapuk. Dalam ramai yang bersetuju yang r0g0l tu memang salah per0g0l, masih ada suara-suara yang nak kaitkan r0g0l dan salah wanita.
Dan yang menyedihkan bila golongan yang buat ni selalunya berimej Islamik. Atau menggunakan ayat-ayat agama.
“Yelah, memang salah per0g0l. Bukan nak back up per0g0l pun. Tapi kalau dah bergambar macam kucing mengawan, bertabarruj, buat lelaki terangsang, akhirnya mer0g0l orang lain bila ada peluang, kamu pun salah juga. Bukan semata2 salah per0g0l tu”
What???
“Tutup aurat tu wajib. Tu sebab Islam suruh tutup aurat. Sebab nafsu lelaki ni macam api yang sukar dipadam. Yang tak dapat kawal diri, tu yang jadinya r0g0l.”
Huh!!!
Cukup. Jenayah r0g0l salah per0g0l. Titik. Full stop. Takde tapi tapi lagi. Takde kalau kalau lagi. Nak cakap pasal aurat, ikhtilat, tabaruj, jaga diri, jaga maruah, silakan.
Sekali kau kait je dengan r0g0l, aku anggap semua yang kau cakap tu sampah. Macam coklat sedap dibalut tahi. Walaupun coklat tu sedap, mahal tapi tetap dibuang.
Dalam apa situasi pun, selagi per0g0l ada akal yang waras, per0g0l tetap salah. Solely. Mangsa r0g0l tetap mangsa. Takde diskriminasi. Tak perlu tanya soalan apa yang awak pakai waktu dir0g0l?
Oh, tak tutup aurat. Kurang la sikit simpati. Apa yang awak buat sebelum dir0g0l? Oh, awak ikut lelaki naik kereta. Siapa suruh. Cebik. Tak perlu itu semua utk kita bersimpati dgn mangsa r0g0l.
Ada peluang, terangsang tengok aurat wanita, that women look cheap. Tu semua bukan alasan mer0g0l.
Ada yang terangsang, mampu beristigfar. Ada yang berpuasa. Ada yang melampias pada isteri. Ada yang ber0nan1. Ada yang menghampiri zina. Cari pelacur, cari gf.
Lelaki normal umumnya tak sewenang-wenangnya, terangsang je r0g0l. Terangsang, ada peluang di rumah, r0g0l.
No! It’s not normal. Mengaitkan aurat dengan terangsang seterusnya menyebabkan lelaki ber0nan1, berzina. Ok, ada kaitan. Mengaitkan aurat dengan lelaki terangsang seterusnya mer0g0l. No. Sangat-sangat off. Kenapa off? Kan sama je tu?
Kerana satu situasi melibatkan kehendak dan kawalan diri sendiri manakala satu situasi lagi melibatkan mangsa dan pemangsa. R0g0l di luar kawalan mangsa. Kawalan sepenuhnya pemangsa.
Adakah mangsa tidak menutup aurat supaya dir0g0l? Tidak. Adakah perempuan s3ksi tu sign untuk lelaki yang ‘she’s cheap and deserve to be rape’ No!
“Yelah, memang tak. Tapi dia antara penyebab. Kalau tak dia kena r0g0l pun, orang lain yang kena bila ada peluang. Saham tu tetap ada.”
Solely no! No No No. Stop validate the wrong thing.
R0g0l ni masalah global. Di seluruh dunia, women try to empower the other women that rape is wrong. Dir0g0l bukan salah kamu.
Bukan kerana kamu tak cukup melawan, tak cukup menjerit menyebabkan pemangsa sangka yang kamu rela. Bukan kerana sekali dah kena, kamu diamkan, so apa yang jadi ni walau bukan salah kamu, kamu pun ada bahagian kat situ.
No! Rapist bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah rape. Bukan si mangsa.
Berapa ramai yang dir0g0l berdiam diri kerana takut diri mereka disalahkan. Kerana keliru adakah mereka deserve dir0g0l kerana bla bla bla. Kerana orang yang mer0g0l adalah golongan yang dihorm4ti dalam masyarakat.
Ini yang kita cuba putuskan. Kaitan antara r0g0l dan aurat. Kaitan antara r0g0l dgn ikhtilat. Kaitan antara r0g0l dan salah mangsa. Kaitan r0g0l dan salah wanita. Kita nak wanita tutup aurat.
Kita nak wanita jaga diri, jaga ikhtilat. Kita nak kurangkan kes zina kes r0g0l. Dah tak sanggup nak hadap hari-hari. Tapi biar dengan cara yang betul. Bila kita kata, tutup aurat supaya tak dir0g0l atau wanita lain dir0g0l, adakah itu betul?
Jika saya menutup aurat. Rakan2 saya menutup aurat. Satu dunia ini menutup aurat (I wish haha) Tapi saya dir0g0l. Maknanya tujuan menutup aurat tu dah tak tercapai. Jadi apa perlunya saya menutup aurat?
We are sent the wrong signal here. Tutup aurat kerana kita patuh pada suruhan Allah. Hikmah di sebaliknya, mungkin kita dapat. Mungkin tak. Mungkit tutup aurat backfired us.
Contoh susah dapat kerja, didiskriminasi macam di luar negara. Tapi jika kita buat kerana Allah, apa pun outcome, walau kita dir0g0l sekalipun, kita tetap akan tutup aurat. Kerana kita buat kerana Allah bukan untuk dapat hikmah disebaliknya.
We educate women, empower them. At the same time, we educate our men. Please respect women. Wanita bukan objek s3ks. Pakaian wanita bukan punca r0g0l.
Kanak-kanak belum baligh tak perlu dipaksa bertutup litup supaya tak jadi mangsa ped0phile. Non muslim yang terang2 tak tutup aurat bukan penyebab mereka atau wanita lain dir0g0l. Tak perlu tiba-tiba kena pakai tudung sebab takut merangsang adik beradik lelaki.
Perempuan tak boleh workaholic sangat kerja sampai lewat malam. Nanti kena r0g0l. Perempuan tak boleh berdikari sangat ke sana sini sorang-sorang, nanti kena r0g0l.
Why we make it so hard to be a women? Padahal keputusan untuk mer0g0l atau tak tu pada lelaki. Bukan perempuan. Tolonglah. Putuskan langsung kaitan r0g0l dan salah wanita. Tolong. Kita semakin ke depan. Jangan tarik kita ke belakang.
Kita selalu guna analogi yang salah tentang isu ni.
“Jika rumah tak bertutup, jangan salahkan pencuri masuk. Mana ada kucing tolak ikan depan mata.”
Normanya, jika kita tinggalkan rumah, kita memang perlu tutup. Sengaja tak tutup tu salah. Terlupa tutup tu cuai. Kucing memang takde akal untuk fikir apa yang boleh apa yang tak boleh. Tu bukan analogy untuk aurat dan r0g0l.
Let’s say…. Seorang pencuri tertangkap mencuri baju mahal di pasaraya. Bila disoal, dia kata ni salah mall. Dah tahu barang mahal, tak semua orang mampu beli, kenapa tayang2, tunjuk2 utk orang belek. Boleh try pulak tu. Bila ada peluang saya rembatla. How’s that?
Barangan display kat rak tu mmg norma pasar raya. Kenapa salahkan pasar raya letak lighting cantik-cantik, display terang-terang sebagai punca dia tak dpt tahan diri utk mencuri? Kalau tak mampu, dia ada pilihan. Jangan masuk pasar raya.
Jika perlu juga masuk, tundukkan pandangan. Jangan pandang, jangan belek. Jika tak mampu juga, pinjam duit kawan utk beli. Tertangkap mencuri kemudian salahkan pasar raya sangat la salah. Sebab mereka ada pilhan untuk tak mencuri.
Sama juga. ditangkap mer0g0l lepas tu salahkan wanita tak tutup aurat. Sangat la salah. Awak ada akal, awak ada pilihan. Use that. Jangan salahkan orang lain untuk pilihan yang awak buat. Jangan expect orang lain yang perlu berubah supaya awak tak terlibat dengan jenayah.
Bayangkan tiba-tiba pasaraya dah tak display barang sebab nak elak kes curi. Tak boleh belek, tak boleh try. Suka? Sebagai yang suka window shopping, saya tak suka haha.
Tapi tapi tapi… kalau display barang tu norma pasar raya, menutup aurat tu norma wanita Islam. Benda wajib kot, takde pertikaian.
Sigh… betul. Tutup aurat wajib. Sebagai perempuan yang dah dididik dengan tudung sejak kecil, tak pakai tudung tu sesuatu yang tak normal untuk saya.
Tak dapat bayangkan rasa keluar rumah takde tudung atas kepala. Mesti berangin je rasa. Mesti rasa macam orang tengok je padahal tak pun. Kau pun bukan cun sangat haha.
Tapi pada sesetengah wanita muslim, pakai tudung tu sesuatu yang asing bagi dia. Tak normal. Tak dididik dari kecil. Kawan2 sekeliling semua tak pakai. Mesti rasa panas je kalau pakai. Mesti semua orang tengok. For sure kawan2 kutuk.
Untuk wanita macam ni, adakah kita perlu paksakan mereka pakai tudung supaya lelaki tak terangsang hingga wanita lain jadi mangsa r0g0l? Bagi saya tu cara dakwah yang salah. Dakwah yang orang bakal campak dalam bakul sampah.
Aku harap lepas ni aku tak perlu lagi dengar benda merepek macam ni. Educate ourselves, educate our child, educate our women and men. R0g0l bukan salah wanita. Period.
– Real Feminist (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit