Racist?

Hai Semuanya, diharapkan anda semua sihat dan sentiasa berada di bawah lindunganNya.

Terasa seperti nak bercerita juga di page ini, perkenalkan, umur aku waktu ni 34 tahun, sudah berkahwin dan punyai anak seorang. Suamiku Chinese mualaf, dan aku bersyukur dijodohkan dengannya.

Aku pernah berhabis tahun menunggu untuk dihalalkan kekasih hati, tapi maybe kesempurnaan yang dicari, jadinya aku diduakan, maka tamatlah cerita cinta universiti aku waktu tu.

Aku bertemu dengan suamiku di tempat kerja, yup, kami 1 tempat kerja, Waktu tu tak pernah langsung terfikir apatah lagi terbayang dialah jodoh aku.

Semuanya bermula, bila aku pelawa dia makan bersama, since dia tiada geng makan, disebabkan majoriti kami semua melayu dan aku pun staff baru. So macam tulah, aku just nak cari geng makan bersama.

Dari selepas pada waktu tu, dia akan menunggu aku untuk rehat makan bersama, then kawan kerja pun mula bercakap-cakap tentang kami, aku jadi risau, takut dia tak selesa pula.

Tambah lagi dia ni Manager kami, so buah mulut mereka tu memang piau la kat telinga aku. Tapi aku silap, sebenarnye buah mulut mereka tak effect apa pun kat dia, dia steady saja,

So hubungan teman makan kami berlanjutan sehingga hujung tahun, sebelum dia suarakan hati dia nak jadikan aku teman hidup dia.

Masa tu aku fikir aku kat dalam mimpi, tak percaya apa yang aku dengar dari mulut dia, mana taknya memang tak terfikir pun kat otak benak aku ni. Tapi benak-benak kepala aku pun, aku terimalah pinangan dia. Hahaha..

Tak sampai setahun pun kenal, then terus kawin. Nampak tak perbezaan komitmen dia dengan ex aku?

Dan paling memeranjatkan aku, setelah bergelar isteri dia, aku terasa macam betul-betul permaisuri dalam rumah tangga aku, ringannya tulang dia masyaAllah, bangun seawal subuh pagi, kemas rumah, buat laundry, kadang masak-masak pun dia.

Aku? Terpinga-pinga, segan pun iya juga. Tapi dia kata dah terbiasa pun buat semua tu. So kami buat semua pun sama-sama sampai kehari ini dan aku lebih beruntung,

Setelah pkp ni, bos-bos aku terima permintaan aku untuk terus bekerja dari rumah saja, since aku berjaya tunjukkan mereka komitmen kerja aku walaupun bekerja dari rumah, so aku tak perlulah masuk office dah.

Peaceful mind bila kita terkeluar dari politik-politik tempat kerja. Anak pun aku jaga sendiri. So tiada bebanan dah dalam kepala aku.

Anak aku pun waktu ni, aku dah mula hantar ke tadika, kami pilih Mandarin course kindergarten, dan berniat untuk terus masukkan dia ke sjk(c) di masa akan datang. Kenapa? Sebab aku tak nak anak aku melalui jalan yang sama aku hadap.

Aku pernah saja kena buli waktu sekolah, kena pulau di asrama, sampai tiada seorang pun yang sudi berkawan dengan aku waktu tu. Lone ranger lah katakan, lone ranger aku berterusan sampai ke universiti, sampai ke alam pekerjaan.

Aku jadi terbiasa sendiri, kawan yang hadir semata ada pada memori aku waktu itu sahaja, bila bertukar fasa dan environment, mereka hanyalah sekadar memori aku saja.

Dan sebab lain kenapa aku nak hantar anak aku ke sekolah cina, maybe attraction dia lebih pada kaum tu.

Tiap kali aku bawa dia ke playground, tak ada anak melayu yang sudi berkawan dengan dia, ada sekali tu di ‘hoi’ kan anak aku suruh ketepi sebabkan dia block jalan mereka. Sumpah aku terasa sedih.

Sampailah 1 hari, aku bawa dia ke playground, ada ahboy datang pimpin tangan dia ajak main sama-sama, terharu siot. Sempat juga aku bersembang dengan mak ahboy tu. Tak sombong langsung.

Racist? Aku belum mengalaminya pada kaum lain, tapi aku mengalaminya dalam kaum aku sendiri. Menyedihkan, Sekian Terima Kasih.

– Sanplower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *