Assalamualaikum semua. Buat pertama sekali, saya adalah seorang suami yang hidup bersama mentua. Ibu mentua saya adalah ibu tunggal yang duduk dirumah saya dan isteri.
Sudah 4 tahun kami bernikah, masuk tahun ke 3 mentua pindah bersama kerana kami sudah membeli sebuah rumah.
Sebelumnya mentua saya duduk disebuat flat dan menyewa seorang diri. Jadi tujuan baik saya membawanya bersama bagi meringankan beban dirinya.
Mulanya saya nak kenalkan sejarah hidup ibu mentua saya. Ibu mentua saya seorang janda yang mana dulunya dia dicurangi oleh bapa mentua saya kerana zuriat. Mereka bernikah dan lambat mendapat zuriat.
Akhirnya bapa mentua saya secara sembunyi telah bernikah lain.
Setelah beberapa tahun dimadukan, ibu mentua dikurniakan rezeki mengandung tapi malangnya bapa mentua masih lagi melayan ibu dengan teruk. Walaupun selepas itu mereka mendapat 2 lagi zuriat yang lain.
Isteri saya anak ketiga, bongsu.
Ketika isteri saya berusia 2 tahun, bapa mentua menceraikan ibu mentua kemudian pergi meninggalkannya tanpa sebarang harta dan nafkah.
Dari cerita isteri, ibu memang sangat struggle dengan kehidupannya membesarkan anak-anak.
Hinggalah setelah beberapa lama menjanda, dia bernikah sekali lagi.
Tetapi nasib yang sama menimpanya, suami barunya juga turut melakukan hal yang sama yakni curang lalu mereka berpisah setelah 2 tahun mendirikan rumah tangga.
Jadi disingkatkan cerita, apa yang saya fahami, ibu mentua saya sekarang ini mengalami trauma didalam rumah tangga.
Begini, saya dan isteri masih belum ada anak. Rezeki kami belum sampai lagi tapi saya sebagai suami tak pernah kisah dan kami usaha semampu mana yang kami boleh.
Sementara belum ada anak, memang saya dan isteri mencari banyak hiburan. Pergi bercuti, kumpul sedikit harta untuk beli aset sendiri dan selebihnya melakukan pelbagai aktiviti lain. Tak ada isu apa setakat ini antara kami.
Hinggalah mentua datang duduk dirumah kami.
Saya ni orangnya sangat sibuk bekerja, kadangkala akan keluar oustation berhari-hari.
Jadi kalau masa bekerja tu, memang betul saya bekerja. Tak sempat nak jumpa isteri tapi kalau cuti, saya spend masa sehabis mungkin bersamanya.
Namun, mentua saya ni telah sampaikan racun-racun pada isteri.
Katanya saya ni bukannya pergi outstation, sebaliknya pulang kerumah isteri muda. Isteri muda yang tak wujud.
Kemudian dia kerap bertanya soal anak pada isteri dan menakut-nakutkannya dengan isu curang.
“Kau tak takut ke nanti suami kau cari lain pasal kau takboleh mengandung?” Itulah yang saya pernah dengar keluar dari mulut mentua.
Dulu isteri saya ni, dia bukan jenis orang bersangka-sangka. Dia tahu saya ikhlas dan jujur padanya, bahkan telefon dan barang peribadi saya tak pernah pun disorokkan. Dia nak buka dan check, silakan.
Tapi sejak kehadiran mentua dalam rumah kami, dia mula menduga-duga. Kerap kali merajuk tiba-tiba dan tiba-tiba juga akan beremosi tak tentu pasal.
Mentua kerap kali drag isu “bini lain, jumpa perempuan lain, ada perempuan simpanan, takda anak nanti suami curang”.
“Kau nak jadi macam mak? Kau tengok apa bapak kau buat?” Tak sudah-sudah. Saya pernah sound mentua saya tapi depan saya sajalah tak berani bersuara. Sebaliknya dibelakang dia masih menghasut isteri.
Tak cuma pada isteri, mentua saya siap bergosip isu ini dengan anaknya yang lain. Kononnya saya ni sebenarnya bukan oustation tetapi pulang kerumah bini lain atau melakukan maksiat diluar.
Btw adik beradik isteri saya yang lain semua lelaki. Cuma dia sahaja perempuan. Berkali juga abang ipar saya tegur sikap mentua tapi entahlah kenapa degil sangat.
Sekarang isteri kerap syak-wasangka yang bukan-bukan. Ada saja tak kena, kami jadi panas dan kerap bergaduh kerana kepercayaan isteri saya luntur dek racun dituang oleh mentua.
Kadang keluar jumpa kawan pun dituduhnya saya jumpa perempuan lain. Bila saya dah bawa dia sekali, dia cakap saya ada helah pula. Entahlah kenapa boleh jadi begini.
Apa saya boleh buat dengan mulut mentua saya selain ditonyoh cili?
– Tiada nama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit