Assalamualaikum
Sejak kerja bermacam-macam jenis orang saya jumpa;
1) Jenis sporting. Mudah kita nak minta tolong dan tak berkira. Tak rasa ralat nak curahkan ilmu. Seronok buat team-mate.
2) Jenis kedekut & berlagak. Kalau berjaya sesuatu, sebab dialah tu. Kalau tak berjaya,tu salah orang lain. Nak ajar orang pun sempat sindir2. Orang lain cuti @kena puji dia pulak sakit hati.
3) Jenis wayang. Depan orang berkepentingan, dia lah team-mate paling bagus, Kat belakang , nak minta satu maklumat pun susah. Atau, depan orang berkepentingan, kitalah yg bawak masalah. Depan kita, berbaiklah pulak macam tak ada apa.
Ada lagi..cukuplah 3 jenis. Kena ada skill mengayat, menjawab & memanipulasi, baru cepat naik pangkat. Yang lurus bendul lambat pick up tergagap nak jawab, lambatlah naik pangkat, walaupun hang buat kerja betul ikut prosedur, rajin dan siapkan on time.
Heh.
Pengalaman saya, yg pakai kopiah, yg look so alim, ada yg bagus ada yg tak… lagilah kena berhati2. Yg tak bagus so called alim, lagi kejam..tak padan dengan pakaian.
Heh.
Kerjalah.. tak kira result kita rendah. Kerjalah.. tak kira gaji kita rendah. Kerja kerja kerja.
Majikan tak bagus, anak buah tak bagus. Majikan bagus, anak buah bagus.
Jangan ikut majikan. Jadilah diri sendiri. Bekerja, sebab yg tengok amal pekerjaan kita adalah Allah.
Bekerja, sebab yg nilai pekerjaan kita adalah Allah.
Yg bagi rezeki tu Allah, orang yg kejam nak menyekat rezeki kita, ingat, dia tak berkuasa apa2.
Jangan give up. Jangan berhenti. Sebab sekali kita berhenti, kita dah biarkan makhluk perosak beraja di atas muka bumi. Yakinlah dengan budi pekerti kita sendiri.
Pekerjaan itu rezeki. Pekerjaan itu juga ujian. Biarlah… makin naik pangkat makin kita tunduk rendah diri. Jangan biarkan lupa diri. Sebab kita hanya sementara kat dunia ini.
– Safwa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit