Ragam Mak Mertua

Salam,thanks admin sudi post cerita sy ni.Saya Aien umur 30 tahun.Alhamdulillah sy sah menjadi isteri pada tahun lepas.Tahun ni dapat merasa raya berdua bersama suami.

Sy nak cerita tentang mak mertua sy.Sy tak tahu la orang lain macam mana.Tapi sy memang tak mengharapkan langsung nak jadi menantu kesayangan mak mertua sy.

Ceritanya macam ni.Mak mertua sy ni jenis rajin jugak la pergi pasar pagi hari tu.Tapi yang sy tak puas hati,selalu sangat call sy pagi2 minta tolong hantar pergi pasar tu.Saya jenis tak kisah kalau setakat pergi jarang2 takpun kebetulan sy memang nak lalu jln yang sama.Tapi kalau dah setiap kali nak pergi pasar tu asyik call je,rasa nak meroyan jgk la.Nak ikutkan adik asben sy duduk sekali dengan mertua sy.Why not dia mintak tolong anak die right.?

Sy rasa tanggungjawab saya just untuk asben sy.Yang sy pelik,mak mertua sy takut sangat nak call suami sy minta tolong hantar pergi pasar tu.Padahal tu anak lelaki dia kot.Bila sy tanya mak mertua sy,dia boleh cakap die tak sampai hati nak call anak dia sebab takut menganggu anak dia tidur.Habis tu sy ni tak payah rushing2 pergi kerja ke apa?Setiap pagi sy bangun awal then siapkan breakfast utk asben sy.

Dulu masa mula2 kahwin kami suami isteri menumpang rumah mertua dekat setengah tahun.Time tu lagi la rasa nak menangis setiap hari.Setiap hari sy bangun kena masak breakfast untuk asben sekeluarga.Asben ada cakap tak payah masak setiap hari.Masak bila sempat je.Tapi sy tahu asben sy jenis makan pagi,sbb tu sy gigih jugak masak.Part tu sy tak kisah sgt sebab sy memang tak tidur semula lepas bangun subuh.Tapi yang tak boleh blah bila hari weekend pun mak mertua sy tak rajin nak masak pagi.Tolong la faham,sy ni bukan orang gaji dekat rumah tu.

Sejak kitaorg suami isteri pindah ke rumah sewa,hari weekend kitaorg sering diganggu dengan mak mertua.Hari weekend jela kalau boleh nak spend masa dengan asben.Kadang tu pagi2 mak mertua call ajak asben sy pergi berjalan.Konon tolong bawa dia la.Masa mula2 tu sy rajin juga la nk ikot,tapi lama2 tu jadi menyampah nak ikut.Mak dia nak pergi berjalan tapi pinjam kereta sy.Kalau takde transport tu,why not duduk je dekat rumah.Memang sy jarang pakai kereta hari weekend,tapi kenapa perlu ambil kesempatan macam tu dekat sy?

Sy bayar kereta tu sorang setiap bulan sebab tahu asben tak cukup mampu nak tolong bayar.Sy tak kisah sebab dah terbiasa.Tapi bila jadi macam ni,sy rasa dianiaya.Bukan kedekut,tapi korang akan faham rasa bila orang lain yang bawa kereta kita.Diaorg bukan jaga harta kita sama macam kita.Tu belum masuk part duit minyak,sikit pun sy tak pernah minta.Tapi sekarang memang sy buat tak tahu je kalau minyak kereta nak habis.Please la tolong hadam part ni.Kalau nak minta tolong,jangan sampai ambil kesempatan.

Pernah suatu hari tu,kebetulan semua anak menantu mak mertua balik rumah mertua,so kitaorg pun balik juga rumah mertua masa tu.Yang sy tak boleh tahan,sy baru je sampai rumah tu.Tak sempat panas punggung lagi terus mak mertua suruh masak lauk tengahari.Sy ckp sy rindu nak rasa masakan dia.Tapi dia cakap mak malas nak masak.Kalau tak nak masak,tak payah la kita makan.Sy rasa tu bukan minta tolong,tapi lebih kepada mengarah.Padahal biras sy yg lain ada juga tapi sy yang kena.Patut ke macam tu?

Bila banyak sangat kejadian2 yang sy tak ingin jadi,sy jadi tawar hati nak balik rumah mertua.Ada tu sampai sebulaj baru sy balik.Tu pun sy cakap dekat asben siap2 sy tak nak duduk lama.Sebab asben sy ni pun kadang2 buat perangai juga,jenis kalau balik rumah mak nya,melepak sampai esok tak jumpa dah mak nya.Bukan buat apa pun,kadang2 dtg tengok tv je.Baik la duduk rumah sendiri.Dia yela selesa sebab tu rumah mak sendiri,boleh baring ke apa semua.Sy ni nak kena duduk sopan je sebab faham tu rumah orang kan.

Disebabkan perangai mak nya tu,sy selalu membawang dengan kawan baik sy setiap kali keluar.Bukan nak mengumpat sangat tapi sy nak teman untuk sy luah perasaan sy tu.Bukan tak nak cerita dekat asben,tapi sy hormat tu mak kandung dia.Lagipun sy pernah cakap apa yg sy tak suka tentang mak dia.Sy nampak air muka dia berubah.So start dari tu,sy pendam semua sorang.

Kalau korg dekat tempat aku,apa yg korang rasa aku perlu buat?Aku tak nak mak aku sendiri berkecil hati sebab aku banyak lebihkan mak suami.Mak aku sendiri jarang minta tolong dengan aku sebab dia tahu anak dia dah bekeluarga. Sekian.

– Aien

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *