Ragam Pelanggan

Assalamualaikum. Kalau confession aku ni di’post’kan dalam page IIUMC ni, aku ucapkan terima kasih kepada admin. Aku adalah seorang bakers. Maknanya aku jual roti, kek dan pastry. Tapi aku home-based aje. Tak ada kedai. Doakan kejayaan aku dunia akhirat.

Confession aku ni berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pengalaman dari bakers yang lain. Dulu aku mula berniaga berdasarkan kos barang¬ mentah dan juga tenaga yang digunakan. So basically dulu-dulu aku jual murah je sebab aku pun baru lagi buat kek/roti. Belum expert. Aku buat kek/roti tak pergi kelas. Aku belajar sendiri. Tengok resepi, tengok Youtube, try and error. Bila dah berjaya cuba sesuatu resepi tu beberapa kali baru aku berani jual.

So, bila dah ada kemahiran dan ilmu tentang segala perkiraan kos dan sebagainya untuk harga produk aku, aku letak harga yang tetap mengikut harga semasa. Tetapi bila aku mula letakkan harga, ada lah complaint mahal, kenapa harga naik. Nak-nak lagi bila adanya GST. Boleh dikatakan semua barang kat kedai kek naik. Takkan aku nak jual harga lama. Aku terpaksa jugak revise harga baru. Kos naik, harga jualan pun naik.

Ada beberapa jenis ragam/karenah yang kita akan jumpa:

1. Asyik minta discount
Biasanya kalau orang tanya harga kek ataupun diorang sendiri request nak kek apa, aku akan tanya berapa budget diorang. So aku boleh lah suggest beberapa kek yang sesuai dengan budget diorang. The problem is, budget sekian tapi request nak itu nak ini. Alamak adik kakak… Kalau budget RM50, nak demand macam-macam, susah lah sikit. Saya kena kira kos bahan-bahan, tenaga, petrol, electricity, dan kalau kakak demand nak ada dua tiga biji sahaja buah-buah berries, macam mana saya nak kira? Saya tak boleh beli strawberry/blueberry/raspberry/kiwi dua tiga biji sahaja. Saya terpaksa beli satu kotak kecil yang terdapat dipasaran. Katakan sebiji kek sahaja yang dibuat pada hari tu nak guna dua tiga biji berries tersebut, the how about the balance? Kek lain tak guna berries itu kakak. Kat situ saya dah rugi.

Sebenarnya aku tak lah berkira sangat. Tapi bila orang budget sedikit tetapi nak kek yang gah, maaflah memang tak dapat harga murah. Bila kita dah bagi murah, ditawar-tawarnya lagi. Harga kawan-kawan katanya. Kalau kat kedai kek ada ke harga kawan-kawan? Huhu..

Aku pun pernah beli kek/makanan kat bakers lain. Aku tak minta harga kawan-kawan sebab aku fikir juga mungkin dia guna bahan yang berkualiti. Harga kedai dengan harga homemade tak sama. Harga kedai murah sebab dia dah buat awal dan disimpan lama. Harga homemade-based adalah sesuatu yang fresh. Kita nak baru orang buat. Kalau kita nak design macam-macam, kena guna kreativiti nak fikir. Itu juga termasuk dalam kosnya.

2. Bandingkan harga dengan bakers yang lain
Ada orang cakap ‘Alahai buat kek bukan susah pun. Setakat tepung, telur, butter, susu, gula. Siap. Sama je bahan yang Akak XXX tu buat. Kenapa harga awak lagi mahal daripada harga dia sedangkan kek yang sama?’ Kalau begitu, apa kata aku bagi je kat orang yang cakap tu tepung, telur, butter, susu dan gula. Serious aku jual murah gila. Nak? Tak nak kan? Setiap bakers tak guna resepi yang sama, tak guna kualiti bahan yang sama. Kemahiran dan pengalaman juga tak sama. Sebab tu harga lain walaupun benda yang sama. Macam aku cakap awal-awal tadi, bila kita tak pro lagi, mesti kita fikir banyak kali nak jual mahal. Mesti kena complaint punya.

3. Order mengejut dan nak cepat
Biasanya aku akan bagitahu kalau nak order paling tidak pun dua hari awal. Sungguhpun begitu, ada je yang order hari ni, esok nak. Sesetengah pelanggan yang WhatsApp aku tanya boleh buat kek sekian sekian tak? Bila dah bincang semua dan dia ok, dia cakap ok esok saya ambil pukul sekian sekian. Halamak… Kakak, adik, abang, jangan lah macam tu. Kadang-kadang bakers homemade ni tak sentiasa ada stok bahan mentah kat rumah. Jangan lah kau order pukul 8 malam, kau nak sebelum tengahari esok.

4. Hilang entah ke mana
Ini boleh mendatangkan ke’bengang’an kepada bakers. Order bukan main lagi nak itu nak ini, nak design macam tu macam ni. Bila order kau dah siap kau hilang menyepi. Call tak angkat, mesej tak reply. Sampai sudah diam aje. At least bagi tahu reason kenapa kau tak nak dah kek kau tu. Tak kesian ke kat bakers yang bersengkang mata dan tenaga siapkan order kau?

5. Banyak tanya lepas tu go with the wind
Ni biasa aku jumpa. Tanya macam-macam. Kadang-kadang tengah malam buta. Tapi last-last cakap ‘Nantilah saya fikir nak ke tak’ Ok fine.

6. Bayar separuh
Ini biasanya dikenakan ke atas kek-kek yang harganya beratus-ratus ke atas. Kita mesti mintak deposit dulu kan dalam 50% daripada harga. Ok bila dah bayar deposit dan dah ambil pun keknya, baki 50% senyap macam tu je. Bila mesej call semua tak ada respon. Sedih mak nak. Tak baik tau buat macam tu, yang kau beli tu makanan, jadi darah daging.

7. Asyik suruh delivery
Awal-awal aku dah bagitahu aku tak buat delivery service ke rumah. So sesiapa yang nak order kek/apa-apa saja daripada aku, aku tegaskan kena ambil sendiri kat rumah aku. Kalau nak aku hantar, aku akan charge untuk delivery cost. Haa masa tu ada yang cakap aku berkira sebab dekat je pun. Eh, even aku hantar jalan kaki sekalipun pakai tenaga. Inikan pula hantar guna kereta. Mestilah perlukan petrol. Ada je pelanggan yang order bukan main, bila aku dah buat boleh pulak dia kata ‘Ala nak kena ambil kat rumah ke? Tengoklah macam mana’ Lepas tu sampai dua tiga hari tak ambil. Siapa yang rugi? Hakak jugak. Kalau dah tahu dekat, datang jelah ambil sendiri ye dak?

Ok aku rasa cukup setakat ni. Ada lagi sebenarnya tapi dah cukup berjela-jela dah ni. Thank you sudi baca.

– Si pembuat kek

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit