Ragam Pembeli Online

Assalamualaikum dan Hai! Thank you admin kalau cerita aku ni tersiar. Aku nak bercerita sikit pengalaman aku selama 5 tahun bergelar seller online. Aku jual barang kanak-kanak.

Alhamdulillah.. 5 tahun jugakla aku bertahan jadi seller online walaupun macam-macam ujian yang datang. Ada masa tu jatuh terduduk jugak, menangis tapi sebab minat dalam bidang ni dan ini je mata pencarian aku as suri rumah, telan jugakla segala pahit yang ada tu.

Yang aku nak cerita dekat sini beberapa ragam customer yang aku jumpa sepanjang berniaga. Bukanla nak mengutuk ke apa tapi aku nak pembeli tu faham dari side seller ni macam mana pulak situasinya bila berdepan dengan buyer yang macam ni.

1. Customer asyik minta diskaun/ Minta murah.

Aku rasa seller lain pun berdepan jugak dengan customer macam ni. Bagi aku mintak diskaun tu tak salah. Atas budi bicara seller la nak bagi diskaun ke tak. Yang salahnya, kalau seller dah bagitau tak boleh bagi diskaun tetap jugak memujuk merayu-rayu nak diskaun. Lepas tu compare tempat lain boleh dapat harga murah lagi.

Kalau aku, aku memang suruh dia gi beli tempat dia cakap murah tu. Sebab tu hak pembeli. Aku tak pernah memaksa dalam membeli. Customer ada hak memilih mana yang terbaik ikut kemampuan dia. Kalau setuju dengan harga baru bayar. Ada tu dah macam memaksa bagi harga murah jugak. Peniaga online ni bukan semua dapat harga barang dari supplier dengan harga yang sama dan murah.

Kalau yang beli sikit-sikit ni tak murah mana harga barang. Kadang tu untung tak seberapa. Sebab supplier pun akan bagi harga borong ikut kuantiti beli. Kalau seller besar yang beli barang 2-3 kontena stok barang tu bolehla bagi harga lagi murah dari yang seller kecik-kecik ni sebab memang dia dapat harga murah.

Kalau yang beli 10-20pcs ni takkan dapat harga yang sama macam seller yang beli 1 kontena tadi. Sebab tu ada perbezaan harga. Macam mana seller tu nak jual harga yang customer nak kalau harga tu sama dengan harga modal dia beli? Ada tu lagi rendah dari harga dia beli. Ni bukan berniaga dah. Ni amal jariah namanya.

Aku harap buyer faham hal ni. Percayalah tak semua seller online tu kaya raya dan untung banyak. Ikut barang apa yang di jual. Dari untung berapa ringgit seorang customer tu la kami kena kumpul sikit-sikit buat biaya kehidupan kami bila cukup bulan. Ada hari ada customer, ada hari tak ada. Kadang sehari untung RM 10 saja. Kadang lebih dari tu. Kadang tak ada lansung. Tapi kami bersyukur sebab duit tu lepasla buat makan pakai anak beranak dan bantu suami.

Kadang cuba letak diri di tempat seller. Contohnya jika kita bekerja. Macam mana kalau majikan kita minta diskaun “gaji” kita bulan tu atas alasan dia kurang duit bulan tu. So dia nak “harga” murah dari staff dia yang dia mampu bayar. Mesti kita susah nak bagi kan? Walaupun diskaun RM50 -RM100 dari gaji? Sebab kita ada komitmen nak bayar bulan-bulan.

Macam tu jugak la seller pun. Dia pun ada komitmen, ada perut-perut yang nak di isi. Sebab tu tak semua benda dia boleh bagi diskaun. Bukan kedekut tapi setakat tu je harga rendah yang dia mampu bagi. Dah sehabis minimum dah untung yang dia ambil. Kena faham benda ni.

2. Customer minta Free postage.

Satu lagi benda yang kebanyakan seller kena hadap bab free postage ni. Ikutkan kami as seller memang nak bagi free pos sebab sapa je tak suka benda-benda free ni. Kalau customer beli banyak barang memang aku bagi diskaun postage atau free pos (tolak dari keuntungan yang aku dapat sebab dia beli banyak barang).

Tapi kalau customer beli barang RM12 mintak free pos ni bukan ‘zero’ untung dah siap rugi lagi sebab nak kena tambah lagi duit sendiri bayar duit pos. So nak mintak free atau diskaun pos tu biarla logic dek akal. Tengok barang yang korang beli. Seller bukan ada company courier sendiri yang harga barang dah termasuk sekali pos. Kami still kena bayar dekat poslaju/pihak courier untuk pos barang.

Sekarang ni dah ada “free postage” dekat shopee dan lazada, aku pun menjual dekat sana. So mana customer yang nak free pos memang aku suruh beli dekat shopee/lazada aku. Senang. Tapi ada jugak taknak beli dekat situ still mintak nak free pos. Yang ni memang aku minta maaf siap-siap sebab tak boleh nak bagi apa dia nak. Suruh beli tempat lain yang bagi free pos.

3. Customer Jenis nak Urgent/ Nak barang esok jugak sampai.

Aku ni awal-awal memang tolak kalau customer jenis nak barang urgent ni. Biarla hilang customer sorang dua hari tu dari aku nak kena maki hamun barang lambat sampai dan tiba-tiba dia nak mintak refund. Yang tu lagi stress aku nak mengadap. Kalau beli barang online ni memang tak ada “guarantee” barang boleh sampai esok kalau pos hari ni. Biasa 1-3 hari bekerja.

Kalau tak bernasib baik, masa musim “online sale”, barang overload dekat warehouse courier, so boleh sampai seminggu dua baru dapat. kadang salah tu dari courier company yang lambat hantar barang tapi yang kena maki atau dipersalahkan seller jugak. Aku ni jenis seller yang bertanggungjawab. kalau barang tak sampai memang aku akan sentiasa follow up dengan pihak courier. Call, email bagai hari-hari sebab nak barang tu sampai cepat dekat customer.

Tapi kalau customer yang tak urgent ok la. Kalau jenis yang urgent nak pakai barang sehari dua memang aku tak ambik order. Aku takut jadi hal-hal tak terduga ni nanti aku jugak yang dipersalahkan. Dah pernah alami pun. So korang, kalau barang tu korang urgent nak guna, atau jenis tak penyabar tunggu barang sampai, jangan beli online. Try cari dekat kedai luar. Sebab kalau beli online ni, still ada risk. Bukan semua pos hari ni esok dapat. Kalau dapat awal tu rezeki.

4. Backout Buyer.

Kadang-kadang sebab kita ni seller online kecik-kecik, so buyer pun banyak yang tak ambik serius dalam membeli. Saja-saja je buat order, kata nak bayar sudahnya tak bayar. Buat senyap. Kalau sekali ok lagi. Bila masuk 2 kali buat main-main order last tak bayar memang lepas tu aku akan sound terus. Aku ni dahla stock tak banyak mana. Janganla bodohkan aku untuk “reserved” sehari dua benda yang korang memang tak nak beli. Kesian dekat orang lain yang betul-betul nak beli tapi ingat barang dah habis.

Ni cakap confirm nak beli, nak bayar sekali buat senyap. Aku takla kejam sampai block atau ignore terus whatsapp backout Buyer ni. Tapi aku tak suka customer jenis buat main bab-bab order ni. Kalau tak jadi beli whatsapp awal bagitau tak jadi. Aku tak pernahpun marah orang taknak beki sebab aku tau tu hak pembeli. Tak ada rezeki aku dengan dia. Yang penting, Inform je. Aku boleh cepat open barang tu dekat orang yang betul-betul nak beli.

Sama jugak yang whatsapp aku tanya aku itu ini. Aku layan semua sama baik tak kira beli atau tak. Bertanya tanpa membeli tak salah. Aku suka entertain customer aku. Tak beli pun takpe. Yang salah bila dah confirmkan order, seller dah reserved barang tapi tak bagitau tak jadi beli. Sudahnya, lepas tu aku letak description yang barang semua aku reserved 24 jam je. Tak bayar dalam tempoh tu aku open je dekat orang lain. Senang.

5. Customer Jenis tak baca description dan buat measurements.

Yang ni lagi satu benda yang seller selalu dipersalahkan. Dah bagi details, dah bagi ukuran, bagitau jenis material kain, tapi bila barang sampai tak macam yang dia expect terus salahkan seller. Kalau seller memang salah bagi description atau ukuran okla nak marah, nak minta tukar, refund semua.

Tu memang salah seller. Tapi kalau semua benda details dan ukuran dah betul tapi kita yang tak baca, tak ukur janganla blame seller. Beli online benda ni kena baca , kena ukur tambah lagi pakaian, cadar semua. Tak pasti, chat seller. If seller tak dapat nak membantu, korang rasa ragu-ragu bab size, ukuran semua jangan ambik risiko beli online.

6. Fussy Customer.

Yang ni pun biasa dapat. Biasala lain orang lain ragam. Jadi seller memang kena cekal hati kena layan customer macam ni. Aku pernah dapat customer yang lebih 6 kali whatsapp mintak gambar itu ini. Hmm.. bab gambar ni mengucap je aku. Aku ada banyak sangat gambar product. Benda dah siap letak dalam shopee, dalam IG , dalam album FB tapi still jugak mintak nak tengok sebab dia nak tau stock mana available.

Ok aku faham bab ni. Masalahnya dah lebih 4 kali aku hantar gambar available stock tiap kali dia mintak sebab nak beli, tapi tak jugak beli. Buat habis memori phone aku je. Last aku suruh dia bagi gambar mana dia nak based apa yang dia tengok dekat IG aku. Kalau ada baru aku bagitau. Kalau tak ada stock tu janganla mintak adakan jugak sebab memang design tu tak keluar dah. Aku tak tau apa benda yang dia nak sebenarnya. Whatsapp aku selama berbulan-bulan.

Ada setengah cuatomer tu, siap suruh aku buat video nak tengok details semua. Bentang barang tepi remote tv la, pegang style inila, itula. suruh orang pegangkan barang la sebab nak tau size dan agak bentuk (ikutkan paling senang ukur je pakai pembaris / measurement tape).

Tapi aku turutkan je permintaan tu semua kalau benda tu boleh membantu. Yang mana tak logic takla aku turutkan. Letih jugak melayan whatsapp customer jenis fussy ni. Masa dah tentu habis. Beli barang belum tentu lagi. Tapi ini la lumrah seller online. Service tetap kena jaga, customer still kena layan walau macam manapun ragamnya.

7. Customer nak barang murah tapi expect quality sama macam barang mahal.

Ni satu lagi bab. Sebab tu kadang aku malas nak jual barang murah yang bagi aku harga dia setanding kualiti. Kebanyakan barang aku jual memang harga based quality. Aku jual banyak jenis. Harga pun ikut kualiti dan material. Nak yang berkualiti sikit tentula harga pun mahal sikit. Contoh beli satu set cadar queen RM25 takkan ko expect material, quality sama dengan yang hrga RM80-RM100. Sama jugak dengan baju tidur budak RM7. Takkanla kualiti sama dengan yang harga RM25.

Seller jual murah barang tu sebab based on quality. Kalau barang dapat tak setanding harga tu bolehla nak complaint. Kadang kesian seller yang dapat bad rating sebab benda macam ni. Kenapa jual barang harga murah? Harga ni mampu milik untuk yang kurang berkemampuan.

Kalau korang mampu, up la bajet beli yang berkualiti sikit. Dan ada je barang yang harga murah kualiti ok. Tapi harga tu mesti la logic. Ni kalau ada seller jual barang murah sangat2 janganla expect lebih macam kualiti barang mahal. Kalau barang tu sampai condition ok, design sama okla. Kalau tak sama, koyak barula complaint. Itu hak korang sebagai pengguna.

8. Customer suka bagi bad rating.

Sebelum korang nak bagi bad rating dekat seller bincangla dulu dengan seller tu. Kalau memang salah seller dan dia still taknak berunding up to you la nak rating terukpun. Tapi kesian kalau bagi bad rating yang bukan sepenuhnya salah seller.

Contoh sebab barang lambat sampai (ni problem courier service), barang tak muat nak pakai padahal dah bagi ukuran semua, beli barang murah expect kualiti tinggi, salah pilih warna barang (kadang lighting effect warna jadi lain better tanya seller dulu warna dekat luar macam mana) dan lain-lain.

Kalau seller tu berniaga di shopee/lazada, bad rating yang bukan salah seller ni boleh jejas “periuk nasi” dia. Sama macam korang bekerjala. Contohnya la, kalaula ada sistem KPI dari company terdahulu yang diambil kira sebelum korang mintak kerja lain, bila orang nampak ada yang bagi KPI teruk dekat korang walaupun bukan salah korang, kan dah buat korang susah nak cari kerja. Macam tu jugakla seller.

Bagi bad rating kalau seller tu memang salah, tak boleh berkrompomi, tak nak tukarkan barang, dan kualiti barang memang betul-betul teruk tak setanding harga. Kadang barang defect tu ada seller yang nak tukar, sebab terlepas pandang. So bincang je elok-elok.

Okla. cukupla 8 je yang aku senaraikan. Bagi aku urusan jual beli ni kena sama-sama faham dan janganla asyik “customer always right”. Membeli dan menjual secara berhemah. Sebagai pembeli kita ada hak untuk membuat pilihan. Rasa tak setuju dengan harga cari tempat lain. Sebagai seller pun kita ada hak pertahankan harga atau bisnes kita.

Orang yang berniaga je faham susah senang macam mana. Orang ingat berniaga ni semua untung besar. Tak semua macam tu. Ada yang still struggle nak hidup. Sebab jalan ni yang kita pilih, kena sabar banyak-banyak.

Kalau korang ada tambahan cerita, boleh komen. Benda ni bukan nak mengutuk ke apa tapi nak sama-sama faham kondisi baik di pihak buyer ataupun seller. Dalam perniagaan, customer dan buyer saling memerlukan. Eloklah jika sama-sama memahami.

Aku minta maaf jika penulisan aku ni menguris rasa mana-mana pihak. Sekian…

– Si penjual online (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *