Ragam Peniaga Bazar

Salam Ramadhan dan selamat menyambut syawal yang bakal tiba. Dah hampir sebulan kita berpuasa kan, dan ramadhan pun dah nak tutup tirai. Ramadhan dan bazar memang tak dapat dipisahkan. Saya nak share sedikit tentang pemerhatian saya terhadap peniaga di bazaar ni. Apa yang saya akan share ni hanya dari sudut pandangan saya semata mata ya.

Saya perhati peniaga bazaar ni ada bermacam macam perangai atau tabiat. Saya tahu pun sebab kadang saya ada terlibat dengan aktiviti dibazar, tapi bukan berniaga Maklum lah, masa ni jugak muncul peniaga peniaga yang baru yang sebelum ni tak pernah berniaga pun, tapi berniaga dibulan ramadhan.. Kalau diperhatikan betul betul akan Nampak perbezaan antara peniaga yang dah lama berniaga dengan peniaga yang hanya muncul di bulan ramadhan. Tapi aku tak nak compare antara dua kategori ni, aku Cuma nak share pemerhatian untuk keseluruhan peniaga bazaar.

Peniaga ni ada bermacam jenis ragam, tapi ni ragam-ragam yang tak boleh diterima lah antaranya;
1. Jenis yang sediakan makanan awal. Pernah aku masuk pasar dalam pukul 9 lebih masa tu, aku tengok dah berderet deret kuih muih tersusun. Terfikir jugak pukul berapa diorang ni masak, dan makanan ni sebenarnya untuk buat berbuka atau untuk makan pagi…hurmm. Bayangkan la dah berapa jam makanan tu dah siap sebelum kita makan masa berbuka nanti. Kalau nasib tak baik, masa nak makan nanti dah nak basi.

2. Ada peniaga yang jenis rotate makanan, atau kitar semula. Contoh hari ni ayam masak merah, tak habis nanti balik ayam tu dicuci dan akan dimasak percik pulak untuk jualan esok. Tak pun ada jugak yang hari ni jual tak habis, esok nya Cuma panaskan dan tambah beberapa hiasan bagi Nampak lagi meriah makanan tu supaya dapat tarik perhatian orang membeli. Sampai ada kes yang post di fb lauk yang dibeli keluar ulat. Kalau ikutkan boleh je ambik tindakan terhadap peniaga tu, tapi mangsa Cuma mengadu di media social je bukan buat aduan rasmi. Jadi tindakan yang diambil terhadap peniaga pun bukan tindakan rasmi. Untuk peringatan sesame kita, kalau terjadi kes macam ni atau lain lain kes, sila la buat aduan rasmi supaya kita dapat ambik tindakan yang sewajarnya. Nak buat aduan kat mana? Tengok pada kes la, kalau libatkan jalan pergi adu dekat JKR, kalau libatkan letrik pergi adu dekat TNB, kalau makanan KKM la…hihi

3. Ada peniaga yang jenis berkira. Ya la mungkin untung dia tak banyak hari tu, atau memang dia tak boleh nak habiskan makanan tu atas sebab sebab lain. Aku selalu jugak pergi bazar time dah nak dekat waktu berbuka. Bayang kan lagi 10-15 minit nak masuk waktu, peniaga tetap jual harga yang sama, sikit pun tak kurang atau lebihkan jualan tu. Padahal kalau tengok dalam bekas tu makanan masih banyak lagi dan mustahil akan habis dalam masa tak sampai setengah jam tu. Terus husnuzon mungkin dia nak agih2 kepada orang masjid malam nanti, tak pun nak menjamu anak beranak dia lepas berbuka nanti, dan bukan untuk jual balik esok harinya.

4. Kalau korang perati betul betul tentang kebersihan peniaga ni, memang korang akan insaf dan memilih. Kebersihan kan separuh daripada iman dan dituntun dalam islam. Cuba perhati bekas makanan yang ada di gerai gerai tu. Perhatikan penampilan si peniaga, tabiat dia, pakaian dia. Aku selalu perhati bekas tong air yang warna putih tu, kadang bekas tu dah takde warna putih dah, kuning, hitam, kelabu…padaha tu bekas untuk simpan air. Kot ya pun cuci la bekas tu, takpun kalau dah agak macam takde rupa dah pergi la beli baru. Jangan berkira, kan nak jual bagi makan dekat orang ramai, kalau kita amalkan kebersihan insha allah berkat hasil jualan tu. Orang ramai pun rasa terjamin nak makan/minum.

Tu je lah yang aku nak share. Tu semua dari pandangan aku yang banyak terlibat dengan aktiviti yang berkaitan dengan makanan ni. Mungkin ramai yang tak sedar, atau mungkin ada yang ambik ringan. Bak kata peniaga..alaaaa dah bertahun buat macam ni, ok je, takde pun yang sakit apatah lagi meninggal…hurmm.
Kadang peniaga ni pun sebab dah terbiasa buat benda benda macam ni, sampaikan dia tak sedar perbuatan tu salah dan tak sepatutnya buat macam tu. Bila kita bagitahu diorang..they be like….ooooo.

Sama-sama kita berhati-hati , dan jadilah pembeli yang bijak dan penjual yang berkat.

– -mcdaa-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit