Assamualaikum kepada Admin dan pembaca. Nama aku Mohd, so aku lelaki lah ye. Terima kasih kalau confession aku ni diterbitkan dalan page ni.
Aku nak story sikit dekat sini pasal penyewaan bilik. Yes aku sewa bilik dekat satu rumah perumahan. Pada mulanya masuk okay. Aku sewa dengan kawan aku. So kiteorang nie share barang-barang dalam bilik. Bilik je okay, yang dekat luar tu semua owner punya. Nak taw apa yang ade, tong + dapur gas dan sofa yang tinggal rangka (tapi still boleh duduk) je. Lagi pun aku dengan roommate aku duduk dalam bilik je.. lepak pon dekat kedai.
Aku bagi detail dulu la pasal rumah ni dulu. Rumah besar, 2 tingkat. Bawah ada 2 bilik (ada penyewa), ruang tamu besar boleh letak barang-barang, tapi kosong je setakat ni. Bahagian atas ada 4 bilik, satu bilik master room (penyewa kejap ada kejap takde) ada toilet sendiri. Bilik ke 2 bilik aku, sebelah bilik master room, kira bilik aku dengan master room ni share balkoni la, tapi aku je yang guna nak sidai baju dengan taman pokok-pokok..Haha
And then, bilik ke 3 (ada penyewa 2 orang) dan sebelah bilik ni bilik ke 4 (SUAMI ISTER SERTA ANAK2 MEREKA). Pada mulanya, semua penyewa dalam rumah ni semuanya lelaki, yela takkan nak campur dengan perempuan. Okay, benda ni aku simpan je selama ni, aku cerita dekat member bilik aku pon aku rasa tak puas. Yela bukan aku nak bukan aib sesiapa, tapi benda ni kalau aku tak cerita lagi aku sakit hati..huhuhu Hubungan antara penyewa bilik lain (lelaki) semua okay kecuali bilik 4, sebab kita sewa bilik, so bilik jela, bukan sewa bilik, bermakna satu rumah milik ko ye..
Aku nak cerita pasal bilik ke 4 ni. Sebab tu aku uppercase dalam bracket tuh..haha Masa owner cakap ada sepasang suami isteri nak masuk, aku dah rasa macam WTH..!!! Yela ko tak rasa macam nanti semua nye terbatas ke. Aku bagi contoh, sebelum ni boleh je nak pergi toilet pakai boxer, then bila ada jantina berlainan ko tak rasa malu ke.. Kadang-kadang tu aku pakai je(bila dorang takde la),huhu Dah la toilet betul-betul sebelah bilik dorang. Ko masih tak rasa ape2 ke????
Then, masa dorang masuk, aku dengan member aku okay je. Sebab owner cakap dorang stay sekejap je. So aku rasa macam okay la, lagi pun tak kan dorang nak stay lama-lama dengan ada lelaki lain dalam rumah ni. Tapi rupanya, sudah berbulan2 masih sama. Aku sebenarnya takde lah jahat sangat, mungkin keluarga dorang ada masalah, pastu kena sewa bilik pulak, korang taw kan ekonomi sekarang macam mana. Tapi bila pikir2 masak semasaknya aku masih sakit hati dengan perangai dorang tu. Nak cakap tak sedar diri tu mungkin, tapi entah lah.
Okay next, ada masa tu dorang nie baru beberapa minggu stay dekat rumah ni. Aku pon buat tak tahu jela. Buat mcam biasa. Satu hari tu nak keluar. Nak turun tangga tu kena lalu depan bilik dorang, then isteri org tu tahan kitaorang. For information, aku stay bilik tapi aku bela kucing 3 ekor ( kucing aku kutip), tapi kucing tu kira baby lagi. Aku bela dalam sangkar mulanya tp kesian aku lepas kan dalam bilik, tp tahu la kan kucing panjat keluar. Area atas tu semua kucing tu lalu. Back to story, lepas dea tahan tu, dea boleh cakap “kami ni bukan ape, just nak cakap boleh tak kucing tu jangan lepaskan dalam rumah ni, bukan tak suka kucing, tapi bulu dea buat kiteorang sekeluarga alahan”. Okay, masa tu hati aku dah sakit gegila. Dea sambung lagi “lagi satu jangan biarkan dorang masuk dapur lah (dapur area bawah) sebab perempuan kan pasal dapur sensitif sangat bila ada bulu kucing”. Aku masa tuh dalam hati pergi *&()(&^$#. Semua kucing aku semua dekat balkoni. Nak pergi ke dapur pon mana ada ruang masuk. Lepas tu aku terus turun. Masih pikir macam mane kucing aku boleh pergi ke dapur tu.erm
Aku paling tak suka orang yang gedik geli dekat kucing. Macam bersih sangat. Kalau bersih sangat, tengok dapur tu. Semenjak dorang masuk aku dah tak hingin nak masak dekat situ. Dengan barang-barang masak dea penuh. Sebelum dorang masuk, dapur takde sape nak kemas, so aku dengan kawan aku ni lah yang mengemas sebab nak guna kan..so dapur tu aku alas kotak. Memang sebersihnya lah aku buat. Bukan nak bangga, tapi ko suka ke dapur berminyak lendir gitu. Nak muntah ada le. Lantai tu lagi satu. Bila pijak hitam, bila aku free2 aku sapu mop semua. Tapi bila dah ada orang ramai, sorry aku bukan kuli. Kira okay aku letak kain untuk lap kaki bila lalu situ. Huhhh
Semenjak dorang masuk, dapur tu sentiasa lah diguna oleh dorang. Dapur tu penuh dengan minyak2 dengan kuali periuk tak basuh lepas guna. Aku sanggup beli dapur portable. Masak lah dalam bilik dari aku kena pergi dapur tu.
Done pasal dapur, ni pasal luar rumah, penyewa lain ada yang guna motor ada guna kereta. Family tu of course guna kereta (2 okay). Kira luas juga laman rumah ni untuk parking kenderaan semua. Korang boleh bayang kan tak, laman rumah ni luas, boleh main lari-lari, tiba2 sempit. Aku tak kisah pon sebab aku pakai motor. Selit2 jela parking dalam tu. Yang penyewa lain nak parking kereta dorang pandai2 lah buat confession lain..haha korang nak tahu, si family tu boleh buat laman tu macam ‘ko sorang je sewa rumah ni’, dorang boleh bercucuk tanam dalam tu. Dengan pasu2 bunga, pokok2 durian segala pokok dea letak situ. Belum cakap tanah yang dorang letak atas lantai (laman rumah semua bersimen). Bila mak bapak aku datang singgah sekejap pon susah nak park dekat situ. Dah lah nak park dekat luar rumah tu susah. Sebelum ada dorang ni, senang je orang nak parking situ. Laman ni boleh muat 2-3 bijik keta proton beb. Sebab sebelum ni ada penyewa yang guna kereta, tapi dah pindah. Aku bukan apa, bila ko menyewa pastu sewa pulak dengan orang lain yang tak kenal, ko pikir ape yang ko buat orang selesa ke. Mohon untuk menyedari diri.
Yang ni, baru-baru lagi, pasal pintu rumah (sliding door + gate besi) dengan pintu pagar nak keluar rumah. Okay, mane-mane orang yang berakal, bila kita nak keluar rumah, kita mesti kunci balik kan semua pintu2 ni semua. TAPI ni tidak. Ko boleh bayangkan tak dorang keluar pastu pintu semua ternganga luas camtu. Ko tak rasa ke perompak ke pencuri masuk terus. Dah lah bilik semua kunci tombol je. Bukan ada security alarm. Aku banyak kali nampk benda ni. Lepas tu aku tampal notis dekat pintu sliding tu. Okay lepas tu aku perasan pintu berkunci, time aku dekat rumah la. Then malam semalam aku g bawah nak cari kucing aku sebab tak balik2, aku nampak dah family nie nak keluar, so aku tunggu dorang bla pastu baru aku turun, EEHHHH ko taw pintu semua ternganga besor kat bawah tu. Dah lah MALAM. Ehh otak takde ke.??
Entah lah, aku memang sentiasa berdoa supaya dorang akan pindah, atau aku je yang pindah. Sebelum ni aku menyewa dengan orang lain semua okay. Bila dorang masuk semua nye jadi membencikan. Dah lah aku nak stop. Nanti ada benda aku nak luahkan aku confess lagi,(kalau confession ni diluluskan admin).Huhuhu Satu lagi doa kan kami tabah untuk sound direct ke dorang dalam masa terdekat ni. Dah tak tahan sangat. HuHuHu
Terima Kasih
– Mohd
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit