Untuk part I, (https://iiumc.com/ragam-pusaka/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/ragam-pusaka-ii/).
Hello semua. First of all, aku nak berterima kasih dengan dengan admin IIUMC sebab siarkan dua penulisan aku sebelum ni. Aku harap serba sedikit cerita aku boleh la membuka mata dan minda korang. Gueeee terharu banget!
Aku ada baca komen korang. Ada juga yang aku reply terus guna account aku yang sohih lagi tulen hehehe. Dan, pada makcik Umi Habiba, saya tersenyum-senyum baca komen makcik! <3
Sebelum ni aku dah cerita sedikit secara general perancangan harta pusaka, so kali ni aku nak cerita pasal pengurusan harta pusaka.
Secara asasnya, nak uruskan harta pusaka, ada tiga tempat yang kita boleh pergi– Unit Pembahagian Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya Berhad.
So, macam mana nak tentukan dekat mana kau nak buat urusan pengurusan harta nanti?
Satu, kau kena tahu berapa jumlah harta pusaka si mati.
Kedua, si mati tinggalkan harta alih saja ke, harta tak alih saja ke atau kedua-duanya?
Ketiga, si mati ada tinggalkan wasiat ke idok? Semua ni main peranan taw.
Kau bila dah tahu benda ni, kau jangan tetiba nak call lawyer pastu terpekik pekik taknak jawab soalan lawyer konon lawyer busy body pasal harta.
Okay, jom belajar!
1) Unit Pembahagian Pusaka Kecil (UPPK)
Aku rasa ramai tahu benda alah ni. Orang-orang suka cakap, “Ha, kau dah bicara kuasa ke belum?” See, bila perkataan Bicara Kuasa tu keluar, selalunya urusan harta pusaka tu memang dibuat di UPPK.
Untuk buat permohonan di UPPK, senang saja! Korang kena tahu bahawa ketika kematian si mati, si mati tak tinggalkan wasiat.
Seterusnya, si mati meninggalkan harta alih (wang etc) dan harta tidak alih (rumah, tanah etc) yang bernilai bawah RM 2 juta.
Kalau tiba-tiba si mati ni tak ada harta tidak alih macam mana? Ha, ni kau terus ke Amanah Raya Berhad. Japg aku cerita.
Sekarang ni, kau nak buat permohonan, senang saja. Kau pergi saja dekat website https://www.myetapp.gov.my/v6/
Aku nak advise yang muda-muda ni, tolong la mak ayah korang untuk mohon dekat web ni kot nak urus pusaka keluarga korang.
Lepas tu, kau isi saja apa yang perlu di isi dalam tu. Borang A dan Borang DDA nanti korang print pastu kena submit dekat UPPK di mana harta tidak alih korang wujud.
Borang A – Borang Permohonan. Biasanya orang yang mohon ni, namanya akan naik dekat Surat Kuasa Mentadbir yakni orang yang bakal menguruskan harta pusaka si mati. So, fikir-fikir la siapa yang nak pegang tanggungjawab ni.
Borang DDA – Ni ialah Borang yang akan ditandatangani oleh waris-waris kadim si mati sama ada dorang nak harta pusaka dorang dibahagikan secara faraid / sama rata / melepaskan hak dekat sapa-sapa. Ni korang kena pilih salah satu saja. Jangan tamak nak pilih lebih dari satu.
Supporting documents seperti salinan IC, Surat Beranak, Sijil Nikah, Geran (make sure ada layout potongan tanah dekat page belakang sekali), Carian Rasmi, Cukai Taksiran yang terkini jangan lupa attach kan sekali taw!
Oh cop! Kalau ada satu property dekat Klang dan satu dekat Kuala Selangor, guano? Ikut suka hati kau lah nak pilih yang mana. Kau nak pilih untuk submit borang-borang tu dekat UPKK Klang boleh, dekat Kuala Selangor pun boleh. Tiada masalah.
Lepas tu, kau kena tunggu sampai la janggut kau tumbuh sebab nak dapatkan tarikh bicara kuasa tu punya la lama nak oiiiii — at least 6 bulan!
Ni belum tambah dengan lagi dengan PKP ni ye. Dorang memang tutup. Aku ni pun nak berurusan dengan dorang pun, susah wei. Huhuhu. Jangan sampai aku gantung tasbih dekat leher aku, ha…..
Lepas korang menjalani Bicara Kuasa ni, kau bawak la Perintah dari UPPK yang dikeluarkan tu ke pejabat tanah. Hello, mestilah ada isu nak masukkan nama siapa dalam geran. Jeng jeng jeng.
Kau pergi pejabat tanah, cakap saja dekat kaunter, “Encik, saya datang ni nak turunmilik hartanah dari nama arwah ayah saya ni ke nama kami adik beradik. Ni surat kuasa mentadbir dan perintah dari UPPK. Encik KENA bantu saya.”
Jangan risau, untuk turunmilik, tiada charge dikenakan. (Ni setakat info yang aku dapat daripada pegawai selepas aku bergaduh sorang sorang dengan operator pejabat tanah. *sigh*)
Untuk pengurusan harta pusaka dekat UPPK ni, kau boleh buat sendiri atau kalau kau malas, kau boleh cari lawyer juga. Ecehhhhh. Mana-mana yang kau selesa la.
2) Mahkamah Tinggi Sivil
Kalau kau nak mohon dekat sini, boleh sekiranya si mati meninggalkan harta lebih RM 2 juta ATAU kalau dia tinggalkan harta alih dan tidak alih kurang dari RM 2 juta tapi ada wasiat ATAU kalau dia tinggalkan harta alih semata-mata yang berjumlah lebih RM600,000.
Tak ingat pasal wasiat? Baca balik Ragam Pusaka II. Cam ayah aku, hartanya kurang RM 2 juta tapi sebelum masuk hospital haritu, dia dah minta aku sediakan wasiat untuk dia tandatangan.
So, aku aku berfikir-fikir, if dia meninggal (pls jangan T-T), aku akan uruskan pusakanya di Mahkamah Tinggi Sivil. Bukan Mahkamah Tinggi Syariah ye!
Dekat Mahkamah Tinggi Sivil ni, akan ada dua permohonan berlaku — Permohonan untuk dapatkan Geran Kuasa Mentadbir dan juga Permohonan untuk dapatkan Perintah Pembahagian (aku tak tahu in Malay apa, tapi kami selalu cakap Distribution Order/ Vesting Order).
Kos untuk satu permohonan yang berlaku adalah lebih kurang RM7,000. Aku rasa make sense juga wei kos begini sebab lagi efficient which is dalam tempoh 3 bulan dah boleh dapat Geran Kuasa Mentadbir/ Perintah.
Kau jangan tetiba rasa terbeban taw kot lah tetiba alamakkkk nak guna duit siapa? Adik beradik mana yang nak tanggung kos?
Hello, si mati tu tinggalkan duit berjuta-juta sebab nak kau guna duit tu tanggung kos pengurusan harta la. Jangan nak berjoli sakan pulak.
Geran Kuasa Mentadbir — Orang awam selalu sebut benda ni, tapi kami bahagian legal akan tanya sama ada Geran Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet.
Secara asasnya ialah bila si mati tak ada wasiat, yang akan dapat dari mahkamah nanti adalah Geran Surat Kuasa Mentadbir.
Perkataan Geran Probet ni terpakai kalau si mati ada tinggalkan wasiat. Tapi kau tayah pening la. Sebut saja Geran Kuasa Mentadbir pun dah okay sangat.
Distribution Order / Vesting Order — Ni kalau kau nak tukar nama dalam geran atau duit berkepuk-kepuk tu nak diberi pada waris yang mana. Ikut suka hati kau la, asalkan ada persetujuan bersama.
Jangan nak masam-masam muka pulak sebab kau waris-waris kadim si mati nanti kena sign Afidavit Persetujuan.
Untuk uruskan benda ni, kau kena cari lawyer. Aku tak pasti kot ada cara kalau tak guna lawyer. Sorry korang!
3) Amanah Raya Berhad
Aku dapat simpulkan guna otak aku sendiri bahawa Amanah Raya Berhad (ARB) ni adalah satu agensi kerajaan yang menguruskan harta pusaka yang sekiranya si mati HANYA meninggalkan harta alih yang kurang RM600,000 dan tak ada wasiat.
ARB ni bertindak macam service provider harta pusaka yang lain. Contohnya ARB ada buat service menyediakan wasiat dan melaksanakan wasiat.
Kalau ikut pada website ARB ni, sekiranya kau tidak melantik ARB sebagai Wasi dan hanya berhasrat untuk menyimpan dokumen tersebut sahaja di institusi ini, maka kos yang dikenakan hanyalah RM600.
Namun, sekiranya kau melantik ARB sebagai Wasi dan membuat simpanan dokumen di institusi ini, kos yang dikenakan hanyalah RM400.
Ni aku tengok dalam website saja taw, kalau kosnya sudah naik, korang tolong update dalam komen pls!
Okay korang, kita recap balik jom!
UPPK – tak ada wasiat, nilai harta alih + harta tidak alih yang di BAWAH RM 2 juta.
Mahkamah Tinggi Sivil – ada wasiat atau nilai harta alih + harta tidak alih yang di ATAS RM 2 juta atau harta alih semata-mata yang melebih RM600,000.
Amanah Raya Berhad – Harta alih sahaja yang bernilai di bawah RM600,000.
Itu sahaja setakat ini korang!
Adios!
– SOFEA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit