Assalamualaikum..
Sape sini budak medik? Tapi aku bukan budak medik UIA laa. Aku ni boleh tahan follower tegar jugak la kat page ni sebab kadang tu bila penat study, suka baca masalah-masalah masyarakat ni, hehe.
Semalam nak dijadikan cerita, pertama kali aku nangis depan consultant yang aku attached week minggu ni. Sebab dari awal minggu ni Isnin lepas, aku tahan je dengar ayat dia tuu. Aku admit lah dia kalau mengajar, memang dia bagus. Tapi sebab style dia yang memang suka akan cari sekecil kecil zarah kesalahan budak medik cam aku ni, memang annoyed gila weyh.
Semalam tu lepas dia suruh aku and few other my colleagues untuk buat cardio exam on patient, dia pun suruh la P present, pastu sambung S pula. Time turn aku, dia suruh summarise kan balik dari awal sampai akhir. So, aku pun dengan ingat ingat lupa, try present balik apa yang P and S dah mentioned. Tapi sebab dia ni jenis yang perfect, sampai 3 kali aku kena ulang, and the for each time asyik asyik dia interrupt, and suka tanya why why why, geram gila. Masa third attempt tu memang aku dah stone gila aku end ayat presentation aku and full stop. Then dia tanya, "are you finish?" Aku selamba cakap yes.
Fed up gila tutorial dengan dia haha sampailah aku macam dah tak boleh nak cakap apa apa, and then laju pulak air mata akuuu turun. Pastu kawan aku S ni dia pun ajak aku out of corridor jap and cakap, "You did well, it is just him who always act like that,". Haha memang consultant tu bapak terkejut la ada student nangis sebab dia haha. Tapi colleagues yang sama rotation dengan aku ni memang baik, siap hulur tisu bagai sebab they admit macamana consultant tu asyik nak pressure aku.
Well, aku faham laa itu memang cara dia. Tapi tak boleh ke be a good teacher and be nice sebab serius cara dia memang intimidating gilaaa. Phew.
Pastu dia jumpa aku personally tanya, sebab apa aku nangis, sebab stress exam ke, then aku pon straight forward cakap, "I dont like the way you put pressure on me when you are teaching," and dia pun apologize tapi dia cakap memang itu style dia mengajar. Dia cakap "I know you are a very good student, but I want to become perfect,"
Pastu petang tu aku ada klinik dengan dia. So this time dia dah tahu aku tak suka cara dia, so dia be a lil bit soft sikit. And then dah abes patient semua, aku cakap la, "Can I go now?", and then dia tanya, "Why do you want to ask permission for that?"
Blerghhhh. Tu pun nak question jugak ke. Tapi aku cam, "It is a courtesy," tu dia budak Malaysia memang la jenis berbudi bahasa tahap mega giga ok.
Haha agak agak laa pun. Nasib baik hari ni dah Jumaat and dia away. Minggu depan attach dengan consultant lain pulak. Aku bukan la nak nangis sangat pun semalam tapi sebab rasa dalam fasa fasa nak PMS ni memang hati lembut dari tisu.
Tu je la. Aku bukan tak pernah attach consultant yang jenis sarcastic ke apa, tapi yang ni, memang menguji betul kesabaran akuu. Hoho
– Mint Coklat