Ragam Rumahtangga

Nama aku Alia, berusia lewat 20-an. Baru berkahwin setahun lepas dengan suami aku, Zaki. Dia tua dua tahun daripada aku.

Kami kahwin lepas beberapa tahun bercinta. Zaki membesar bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain selepas ibu bapanya bercerai. Aku pula dibesarkan oleh ayah selepas ibu meninggal.

Ada beberapa isu dalam perkahwinan kami. Isu yang pertama, isu kerjaya. Aku dan dia boleh dikatakan berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Kerja aku memerlukan aku untuk ke luar negara beberapa kali setahun. Zaki tak gemar akan hal itu sejak kami bercinta lagi, tapi aku tetap pergi sebab aku rasa aku tak buat salah, jadi kenapa aku harus laid back dan mengalah.

Kalau dia kena outstation pun, aku okey saja kerana aku tahu itu memang kerja dia dan bagus untuk perkembangan kerjaya.

Tapi bagi dia, tak bagus perempuan travel jauh-jauh seorang diri. Tak sah kalau aku tak bergaduh dengan dia setiap kali aku di luar negara, sampai aku pernah menangis in-between meeting sebab dia buat perangai, cakap benda-benda yang menyakitkan hati.

Aku ni pula dah terbiasa berdikari. Dah biasa travel luar negara sorang-sorang sejak zaman universiti lagi. Ayah pun benarkan aku pergi sebab dia tahu aku pandai menjaga diri.

Apa yang aku paling tak faham, dalam keluarga Zaki, perempuan-perempuan semuanya bekerjaya dan berjaya, termasuklah maknya sendiri. Selalu juga travel atas urusan kerja. Kejap-kejap kat Dubai, London, Jerman. Dalam negara apatah lagi.

Bila aku membangkitkan hal tersebut, dia kata aunties dia lain, dah berpengalaman. Aku ni pula baru nak kenal dunia, senang orang nak ambil kesempatan.

Bukan aku nak berlagak, tapi kalau aku tak competent dan senang diambil kesempatan, tak adalah bos aku memberikan kepercayaan kepada aku mewakilinya ke luar negara walaupun baru dua tahun bekerja ketika itu.

Dan tak pernah ada incidents berlaku sepanjang lebih 10 kali aku ke luar negara, baik ketika travel atau atas urusan kerja. Kalau dia, boleh pula ke mana-mana. Tapi kalau aku, banyak pula hujahannya.

Contoh, dia pernah perli aku sebab balik lambat dari kerja. “Dah kahwin tu bukan nak jaga suami, sibuk kejar duit lagi,” katanya. Tapi kalau dia yang lambat, tak apa pula. Tanggungjawab kat tempat kerja katanya. 

Bila aku acah-acah cakap nak berhenti kerja, tak bagi pula. Katanya kos sara hidup sekarang tinggi, tak cukup sorang kerja. Tapi bila aku nak kerja, banyak betul restrictions.

Dia pernah berjanji akan lebih open minded, tapi perkara sama berulang sampai aku fed up.

Isu yang kedua, kerja rumah. Kami sama-sama bekerja, sama-sama menyumbang dari segi kewangan, sama-sama memegang jawatan profesional.

Balik kerja, sama-sama penat. Tapi aku sorang saja kena masak dan bersihkan rumah. Zaki pula, terus duduk di sofa dan main games. Aku yang kena berhempas-pulas seorang diri di dapur.

Bila aku tegur dan minta tolong, dia kata dia tak pandailah, apa lah. Minta tolong masak nasi kalau aku balik lambat pun tak boleh. Tak usaha dan tak cuba pun. Lepas tu, bandingkan aku dengan mak dia.

Dia kata mak dia kerja hebat juga, tapi ada masa untuk masak dan buat kerja rumah sambil jaga 6 anak (lepas bercerai).

Kadang-kadang tu bila aku berangin, aku cakap juga ayah aku pun pandai masak dan kemas rumah walaupun ada anak perempuan, tak pernah lepaskan semua kerja rumah ke atas aku lepas bercerai, jadi kenapa dia tak boleh buat perkara yang sama?

Kalau gaduh pasal hal itu, kami akan bermasam muka paling lama dua hari sebelum berbaik sendiri. Tapi isunya tak pernah selesai pun.

Isu yang ketiga, nafkah. Duit kami semua perkara 50/50. Rumah, bil, makan minum. Aku pun jenis tak berkira sebab dah biasa berdikari dan dah pandai cari duit sendiri sejak muda lagi.

Tapi, Zaki ni jenis berkira dengan bini sendiri. Semua nak calculate. Contoh, kalau singgah beli roti pun, itu pun nak split the bill. Siap ada lejer lagi.

Tapi kalau dengan mak dia, tak pula dia berkira. Bank in begitu saja, padahal mak dia tu masih bekerja dan gaji lebih RM10,000 sebulan. “Berkat kalau tak berkira dengan mak,” katanya.

Dengan aku ni, RM1 pun tak pernah bagi. Aku pun awalnya tak kisah pun pasal benda tu, biarlah dia nak bagi duit kat mak dia. Tapi bila semua benda pun dia nak being calculative, aku pun mulalah rasa tak ikhlas.

Satu benda yang buat aku kecil hati, aku pernah tanya dia, “Katakanlah you tak kahwin dengan I tapi kahwin dengan orang lain, tapi bercerai, pastu ex wife you minta duit lebih dari you sebab anak nak sekolah private, you bagi tak? ” 

Immediately dia jawab, “Eh apahal pulak? Duit anak bahagi-bahagilah. Bukan I buat anak tu sorang-sorang. Dia kerja jugak, kan?” Terdiam aku dibuatnya. Dia tak tahu ke yang nafkah anak tu tanggungjawab bapa sepenuhnya.

Start dari sini, aku dah macam tawar hati sikit. Pernah la aku pasang ceramah kuat-kuat pasal tanggungjawab nafkah suami dan ayah kat depan Zaki, tapi tak ada perubahan pun.

Isu yang keempat, spendings. Gaji Zaki lebih banyak daripada aku, tapi tak pernah berbaki. Padahal kereta dia, mak dia dah beli masa belajar dulu, habis bayar dah pun.

Bills semua split, tapi tak pernah cukup. Bila time nak renew insurance and roadtax, mulalah muka berkerut tak ada duit, padahal dia ada hutang PTPTN je. Aku yang masih ada hutang kereta dan pelajaran pun tak pernah merungut.

Nak kata aku jimat sangat pun tak juga. Dua tiga kali seminggu mesti beli kopi mahal, dan selalu juga self reward pergi spa dan salon at least sekali sebulan. Makan tempat best-best, bagi duit poket untuk ayah.

Despite all that, aku masih mampu ada lebihan duit 4 angka every month as savings. Tapi dia, 5 hari terakhir sebelum gaji, mesti duit dia dah habis. Akulah yang kena support here and there.

Aku sebolehnya tak nak berkira, tapi aku just wonder duit dia pergi mana. Bila aku tanya duit dia buat apa, dia kata dia bagi dekat mak, beli games online, duit transport pergi kerja, banyak duit habis kat lunch tempat kerja.

FYI, area tempat kerja suami aku tu memang area mahal. Sehari lunch tak lari RM30 sebab dia jenis lunch ikut colleagues yang makan tempat mahal-mahal.

Tapi aku still tak boleh brain macam mana duit dia boleh habis semua. Perbelanjaan rumah dan bill after split semua baru RM1500 setiap seorang inc groceries. Tak pernah dia bagi lebih daripada ni.

So balance gaji dia plus minus berbaki lebih RM3000 lepas tolak EPF Socso untuk dia buat apa dia nak, tak termasuk claim + elaun lagi. Tapi sentiasa tak cukup.

Aku selalu curi-curi check phone dia out of curiosity, but nothing. Mesej Along ke, perempuan lain ke, pinjam kat bank ke, nothing. I pernah check juga CTOS and CCRIS dia, tak ada hutang lain juga. Just hutang PTPTN yang 100++ tu.

Bank statements dia pun aku check, tak ada transfer ke akaun mencurigakan atau berbelanja di tempat yang indicating dia ada mistress.

Ada lagi beberapa isu minor yang lain, tapi 4 ni lah yang paling mengganggu fikiran.

Point to be noted, Zaki tu orangnya baik dan tak pernah sekalipun meninggikan suara, tapi perkara-perkara di atas membuatkan aku kadang-kadang overlook semua kebaikannya.

Apa yang aku patut buat sekarang? Aku betul-betul buntu.

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *