Ragging di Sekolah

Assalamualaikum semua. Aku membesar dengan mempunyai pengalaman memasuki hampir semua jenis sekolah di Malaysia. Dari tempoh Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, aku menjalani proses pembelajaran dan pendewasaan di :

1- Sekolah agama/ pondok.

2- Sekolah asrama harian/asrama hanya untuk segelintir pelajar.

3- Sekolah harian/tiada asrama.

4- Sekolah asrama penuh.

Kenapa dalam tempoh 5 tahun, sampai 4 sekolah aku masuk? Kalau orang biasa yang tanya, aku jawab aku anak pegawai kerajaan yang sentiasa pindah randah, maka setiap kali ayah aku pindah, aku pun kena pindah. Kenyataannya, ianya dari pelbagai punca yang aku sendiri sahaja yang tahu.

Berdasarkan latar belakang aku ni, aku rasa aku layak untuk berkongsi situsi-situasi yang pernah aku lihat dan hadapi di setiap sekolah yang berbeza-beza sistemnya.

Untuk artikel yang pertama, aku nak kongsi pasal kes buli di sekolah asrama penuh. Sekolah asrama aku hanya mengambil pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja. Maka, mangsa buli ialah pelajar Tingkatan 4.

Kebodohan pertama yang dilakukan oleh pihak pentadbir ialah mencampurkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 dalam satu bilik asrama. Kalau asramanya berkonsep dorm, boleh la campur. Ini kalau dalam satu bilik ada 2 orang Tingkatan 4 dan 2 orang Tingakatan 5, memang pelajar Tingkatan 4 tu jadi mangsa buli aka hamba sepanjang tahun la.

Kat sekolah ni warden selalu datang asrama, menjadikan suasana asrama secara umun sentiasa tiada masalah. Tapi, pembulian di dalam bilik yang pintunya ditutup, siapa yang tahu?

Aku bersyukur sebilik dengan Ketua Pengawas Tingkatan 5. Maka, aku memang tak pernah kena buli semasa di dalam bilik. Tetapi, aku pernah lepak (baca: diskusi intilektual) di bilik kawan aku dan tetiba senior di bilik tu suruh aku masakkan meggi.

Sesunggugnya senior yang hina itu tidak sedar bahawa aku bukanlah orang bawahannya. Tetapi, kerana memikirkan hidup di asrama kena pandai bawa diri, aku cakaplah yang aku sedang kepenatan dan akan membuatnya sedikit masa lagi (padahal dalam hati aku memang tak nak buatkan pun)

Mungkin ini adalah kali pertama senior itu menerima penolakan oleh junior. Maka, mengamuklah si senior itu. Kononnya, dia hanya mengamuk dengan menumbuk dan menterbalikkan almari tanpa memukul aku dengan alasan “kau selamat tak kena pukul sebab Prom Night untuk Tingkatan 5 akan dibatalkan sekiranya ada satu lagi kes pukul di asrama”.

Jalan penyelesaian yang dipilih oleh si senior itu ialah dengan mengajak aku bergaduh 1 by 1. Kalau tengok badan dan tinggi dia, lagi sedap badan aku. Tapi, aku tak terima ajakan tu kerana prinsip aku untuk kes buli ni satu je; “sekali ko sentuh aku, aku akan report polis untuk pastikan nama ko ada dalam rekod balai dan masa depan ko kelam”. Simple

Akhirnya, senior tu diam je dan ugut nak belasah aku lain kali. Dek kerana warden asrama aku pun gaya macam jenis pukul orang (dan memang ada kes belasah pelajar), aku tak lah laporkan ugutan tu.

Situasi kedua ialah di mana sewaktu aku Tingkatan 5, batch aku seramai 20 orang belasah (baca: tabur) seorang pelajar Tingkatan 4. Nampak la kawan-kawan aku tu kena marah dengan warden dan cikgu-cikgu, tapi diorang bangga dan tidak gaya menyesal pun.

Aku berpendapat ianya berpunca daripada denda yang dikenakan adalah ringan. Ia menyebabkan tiada kesan jera (baca: serik) kepada si pembalasah itu.

Khulasahnya, aku nak berikan survival tips di asrama penuh ;

I- Kalau senior suruh buatkan meggi, campurkan sikit dengan air jamban (baca: air yang kotor). Jangan banyak-banyak, kang nanti berubah warna dan rasa. Letak sedikit sebagai cukup syarat.

II- Kalau senior ajak gaduh, jangan kau yang mulakan. Kalau dia yang mulakan, pertahankan diri ala kadar dan lepastu terus bawa ke balai supaya jadi kes polis.

III- LDP (baca: pengawas) dan BWP (baca: perwakilan pelajar) tiada hak untuk buat roll call. Kalau diorang buat, laporkan kepada pihak warden atau pentadbir sekolah.

Teguran aku untuk warden dan pentadbir sekolah asrama :

i- Kalau si A gaduh di SBP X, jangan la pindahkan si A ke SBP Z. Buang je la pelajar tu dari sistem asrama penuh. Kalau tak, lama kelamaan, SBP Z jadi lubuk pelajar kaki buli.

ii- JDRM (baca: jawatankuasa disiplin) haruslah memberi perhatian yang serius dalam menangani kes buli. Apa kejadahnya kalau ada sorang pelajar yang ada 2 kes buli, tapi bahagia je duduk asrama. Paling teruk pun pelajar tu kena lapor diri ke pondok pengawal semingu sekali pada hujung minggu. Hukuman yang memberikan efek jera haruslah dikenakan ke atas pembuli.

iii- Warden haruslah secara terbuka memaklumkan bahawa beliau sedia mendengar laporan pelajar berkaitan kes buli. Meraka harus sedar bahawa di mata para pelajar lelaki, fungsi warden adalah untuk marah sahaja, bukan untuk mendengar.

Bangsa Membaca, Bangsa Melawan

Sekian.

– Syafiq Hakim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *