Untuk part I, (https://iiumc.com/ragging-di-sekolah/).
Assalamualaikum. Ini adalah artikel kedua aku ialah kes buli di sekolah asrama harian.
Sepanjang di sekolah ni, ada beberapa kes yang aku malu dengan diri (baca: prinsip) sebab tidak mampu untuk menolong orang yang dibuli. Tetapi, aku terpaksa untuk menjadi pihak yang mendiamkan diri kerana 2 sebab.
Sebab pertama, aku adalah orang luar. Sewaktu kejadian-kejadian yang aku nak cerita ini, aku baru masuk sekolah itu selama beberapa bulan.
Sebab kedua, hari kelima aku masuk sekolah itu (iaitu bulan Nov), nama aku diumumkan dari corong pembesar suara yang terletak di dalam setiap kelas.
Punca nama aku diumumkan? Kerana berlaku kes disiplin yang nama aku terpalit. Maka, aku dikenali sebagai pelajar bermasalah kerana sudah la tetiba masuk sekolah hujung tahun, lepastu terlibat kes displin.
Untuk pengenalan, sekolah ini mempunyai pelajar dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 6. Sekolah ni bagus di dalam mengurus pelajar terutamanya pelajar Tingkatan 6. Kat sekolah ni, kalau pelajar Tingkatan 6 buat masalah sikit je, terus kena buang asrama. Tetapi, walaupun pelajar Tingkatan 6 hanya ada 4 orang sahaja, tetap juga sumber masalah.
Kes pertama, seorang pelajar Tingkatan 2 kena tumbuk oleh pelajar sebaya aku (Tingkatan 4) sebab tak nak bagi pinjam kasut. Kes ni jadi besar sebab keluarga si pelajar datang ke pejabat asrama dan membuat laporan rasmi. Yang aku marah sangat, ada pelajar Tingkatan 6 mengambil inisiatif mengumpulakn beberapa orang pelajar asrama yang terlibat dengan kes ini untuk mereka cerita.
Si Tingkatan 6 itu siap mengajar skrip yang harus dituturkan oleh pelajar-pelajar ini agar cerita rekaan mereka adalah sama dan kelihatan benar. Kesudahannya, apabila siasatan tamat, pelajar Tingkatan 4 itu bahagia di asrama seperti tiada apa yang berlaku.
Kes kedua, seorang pelajar Tingkatan 3 (si D) dipanggil oleh seorang senior untuk ke bilik tertentu. Si D ini yang mempunyai rasa hati (baca: instinct) panggilan senior adalah untuk membelasahnya teruslah berlari ke pondok pengawal sambil menjerit-jerit “Pak Guard, Pak Guard”.
Yang aku sedihnya, sewaktu jamuan akhir tahun asrama, pelajar asrama menjayakan sebuah sketsa berkaitan kisah hidup di asrama dan ada adegan seorang pelajar sedang berlari-lari ke pondok pengawal sambil menjerit “Pak Guard, Pak Guard”. Semua pelajar yang mengetahui bahawa adegan tersebut merupakan sindiran kepada si D, menjuruskankan pandangan ke si D.
Kalau anda meletakkan diri anda sebagai si D, apa perkara yang bermain di fikiran anda? Adakah penghinaan ini menjentik hati si D untuk untuk membalas dendam di kemudian hari? Aku tak tahu apa yang bermain di hati si D, tapi yang pasti, waku tu aku hampir ingin berlari ke pentas dan menjerit “Korang semua jahat, korang pembuli”. Tetapi apakan daya, aku orang luar yang diberi imej negatif.
Kes ketiga, sesuatu tindakan tidak beradab telah dibuat ke atas seorang junior pada organ vitalnya oleh senior. Puncanya? Senior itu bertujuan baik untuk memberi denda atau pengajaran kepada si pelajar kerana memburukkan nama sekolah dengan masalah-masalah yang si junior timbulkan. Apa hak si senior untuk mendenda pelajar tersebut?
Yang aku sedihnya, kes ini tidak sampai ke telinga pihak pentadbir. Inilah yang aku gelarkan “The Senior Student’s Burden” (diambil dari konsep The White Man’s Burden”. Para senior mengambil tindakan yang melangkau dari norma kerana mengangap merekalah pihak yang bertanggungjawab menjawa imej asrama dan sekolah.
Kes keempat, terdapat 4 orang pelajar Tingkatan 1 (F,G,H dan I) yang hampir setiap malam akan bersembunyi selepas pulang dari prep malam (baca: mengulangkaji sesi malam) sehinggalah pukul 1 pagi baru tidur. Mereka cerita kat aku, kalau sebelum pukul 1 pagi, mereka tidak akan pulang ke katil masing-masing.
Puncanya? Ada senior yang suka diurut badannya pada waktu malam. Maka, untuk mengelakkan dipaksa mengurut badan si senior itu, Si FGHI akan bersembunyi di kawasan tandas, ampaian, store atau bilik belajar sehinggalah pukul 1 pagi (waktu yang mereka rasa si senior dah tidur).
Tambahan pula, mereka haruslah bersembunyi dengan bersungguh-sungguh kerana yang akan mencari mereka adalah pelajar Tingkatan 2 (K, L dan M). Kenapa si KLM beria-ria cari si FGHI? Kerana kalau si KLM tidak jumpa si FGHI, si KLM-lah yang akan menjadi tukang urut si senior keparat. Inilah yang digelar buli multi-level.
Nasihat kepada pelajar asrama harian :
1. Sekiranya pihak warden tidak mengambil tindakan, terus bawa ke pengetahuan pentadbir sekolah.
2. Kepada senior, jangan terbeban dengan masalah-masalah pelajar junior. Kalau rasa mereka buat salah, suarakan ke pihak pentadbir. Kau bukanlah pihak berkuasa, kau tu cuma pengawas atau ketua dorm. Jangan konon-konon kaulah pelindung imej sekolah, tu kerja orang dewasa.
3. Kepada junior, hormat senior ada limitasi.
(a) Contoh yang jangan dibuat: kurang ajar, mengurat awek senior, menguasai lapangan bola sepak & bola keranjang dan potong barisan semasa ambil makanan.
(b) Contoh yang harus dibuat: berani untuk mengatakan tidak. Ubahlah mentaliti taat dengan semua arahan senior.
Nasihat kepada warden dan pentadbir sekolah :
1. Kayu hoki, kayu best ball, golf club dan alatan memanah haruslah di simpan di dalam bilik khas yang berkunci.
2. Sistem senior-junior haruslah di didik dan diperbaiki. The Senior Student’s Burden adalah sindrom yang harus dibenam kuburkan.
Menganggap masalah buli ialah sepele (baca: remeh), bukti kerendahan mentaliti jiwa merdeka.
Sekian…
– Syafiq Hakim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit