Ragging Junior

Aku Alya. Aku pun pernah kena buli. Sekali je tapi sampai sekarang aku ingat. Dia tak buli fizikal aku tapi dia buli mental aku.

Peristiwa ni terjadi dah lebih 10 tahun lepas. Masa tu minggu orientasi kolej matrikulasi.

Hari pertama kat situ, aku dah boleh ngam dengan roomate aku, Laila. Pergi mana mana mesti dengan dia. Yelah. Tempat baru kan.

Aku pulak jenis susah nak ingat tempat bila kat tempat baru. Contohnya, jalan dari asrama ke dewan besar, dekat seminggu baru aku ingat.

Orang yang jaga kami dan handle aktiviti sepanjang minggu ni adalah bekas pelajar matriks yang kami panggil Fesi (Fasilitator).

Jadi, sebab ni lah aku berani sikit sebab aku tahu seminggu ni je aku jumpa diorang.

Biasalah dalam ramai ramai Fesi tu, mesti akan ada sorang bawak watak garang kan sebab dia jaga bahagian disiplin.

Aku tak ingat nama akak ni tapi aku bagi jelah nama Nora. Dia yang jaga bahagian disiplin.

Tiap hari marah marah jerit jerit. Kadang tak ada salah apa pun, dia cari jugak salah untuk dia marah kami.

Suara dia bila dalam dewan tak perlu pakai mikrofon. Cukup dia jerit je memang boleh dengar satu dewan.

Ok. Berbalik pada cerita, Pada hari kedua orientasi, kami diarahkan berkumpul di dataran untuk senaman pagi seawal jam 7 pagi.

Untuk aktiviti pagi, pelajar lelaki dan perempuan diasingkan. Jadi, yang handle kami pun cuma senior perempuan lah.

Nak dijadikan cerita, pagi tu Laila sakit perut. Tak sampai 5 minit nak pukul 7, tetiba dia tak tahan dah nak gi toilet tapi dia risau takut Fesi marah sebab confirm lambat kan.

Fesi ni memang pantang betul budak lambat lagi lagi Kak Nora tu.

Memang kena jeritlah. Aku pun tak sampai hati nak biar dia sorang sebab aku tahu mesti kena dendalah. Aku pun rela hati tunggu dia. Aku bagitahu dia,

“Laila. Lek ah. Gi la tandas. Aku tunggu. Jap gi kita turun sama sama. Takkan nak tahan berak.”

Masa Laila dalam tandas tu dengan la suara Nora tu jerit dari bawah bilang satu sampai sepuluh suruh student cepat.

Aku relax je dalam bilik tunggu Laila. Dalam 7.05 macam tu Laila settle. Asrama dah sunyi masa tu.

Masa nak turun, terjumpa lagi sorang student pun lambat. Jadi kami bertiga la. Nampak kami dari jauh, Nora jerit panggil kami suruh ke depan.

Masa kami kat depan dia pun dia jerit jugak cakap dengan kami. Dia psiko kami.

Dia cakap, sebab kami, semua orang kena marah. Aku masa tu tak kisah pun kena denda. Setakat pumping ke, ketuk ketampi ke, suruh menyanyi ke, aku dah ready dah. Tapi, dia psiko lagi.

Dia tak denda kami yang lambat tapi dia denda semua pelajar lain.

Dia suruh student semua tunduk sampai jari sentuh lantai, kemudian pusing badan tanpa angkat jari tu. Aku tak tahu nak explain macam mana tapi harap korang boleh bayang la. Hahaha.

Masa tu kami tak breakfast lagi tau sebab breakfast lepas senaman pagi.

Kena pusing banyak kali jugak la. Masa tu serius aku down sangat sangat weh. Aku rasa semua bagi pandangan marah kat aku. Kami yang lambat ni cuma berdiri tengok kawan kawan kena denda.

Sebab perut semua kosong lagi, ada lah 2,3 orang pengsan bila kena denda macam tu. Bila ada yang pengsan, lagilah kami kena jerit dengan Nora, katanya sebab kami lambat lah kawan kami pengsan.

Masa tu aku tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku. Perasaan marah, malu, bersalah semua bercampur. Dalam hati, segala makian aku tuju kat Nora. Seronok kot dia buat macam tu.

Kesan dari kejadian tu berbulan jugak la kat aku iaitu aku jadi kurang keyakinan diri dan takut nak hadap kawan baru kat matriks.

Aku takut diorang ingat muka aku. Aku jadi rasa diorang mengata aku dalam hati sebab aku punca dorang kena denda sampai pengsan.

Aku tak mampu nak minta maaf kat semua orang masa tu. Tapi untuk yang dekat dengan aku, memang aku minta maaf sebab aku, dorang kena denda.

Habis matriks, aku sambung degree ke sebuah universiti di pantai timur. Masa ni otak aku dah ready dah kalau kena ragging sebab aku selalu dengar kes ragging kat universiti.

Tapi alhamdulillah senior aku baik lagi lagi senior fakulti.

Dorang siap share duit sesama dorang buat jamuan untuk sambut kedatangan kami. Lagi, diorang siap buat persembahan untuk kami.

Diorang cakap, diorang tak nak ragging junior sebab benda tu akan berlarutan.

Bila kami kena ragging, nanti kami akan buat pulak pada junior kami nanti. Jadi, mereka nak hentikan budaya itu.

Tapi tu untuk fakulti aku jelah. Roomate aku dari fakulti lain, tetap kena ragging. Punya dia jeles dengan aku masa tu. Hahahaha.

Setakat itu sahaja cerita aku. Terima kasih sudi baca.

Assalamualaikum.

– Alya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *