Selepas hukuman dibacakan oleh Yang Arif Hakim, Tertuduh mengangguk lemah dan tersenyum pahit dari kandang Tertuduh.
Mujur pakai penutup mulut. Dapat juga dia sembunyikan ekspresi muka yang kecewa, sedih, dan menyesal. Sambil merenung gari ditanggannya.
Bermula dari tempoh 7 tahun akan datang, dia terpaksa berjauhan dari keluarga, ibu, adik adik.
Tak boleh kerja, tak boleh pergi mana mana. Tak dapat makan masakan emak. Gurau tawa adik adik semua akan luput buat sementara.
Sebalikya hidupnya perlu dihabiskan di sebalik tirai besi dan bangunan konkrit. Bersama sama banduan yang lain yang senasib dirinya.
Setiap butiran kata kata Hakim terngiang ngiang di benak fikirannya. Nasihat, teguran sebelum menjatuhkan hukuman.
“Awak bernasib baik sebab mangsa yang awak ragut itu hanya cedera ringan. Ada kes yang diseret atas jalan sampai cedera parah dan koma.”
“Hukuman untuk kesalahan sebegini mestilah berbentuk pengajaran supaya akan datang, awak ingat dan tak akan ulang lagi.
Mahkamah merupakan Penjaga Keadilan, perlulah melindungi dan memgutamakan hak awam dari individu”.
Begitulah panjang lebar “khutbah” dari YA Hakim.
Setiap nasihat Peguam juga masih segar dalam ingatan.
Tertuduh sebenarnya tidak mampu untuk melantik Peguam. Peguam yang dilantik ini adalah Peguam Pro Bono yang memberikan khidmat secara percuma.
Keluarga Tertuduh pun tiada siapa yang datang membayar jamin agar dia dapat dilepaskan sementara menunggu perbicaraannya dijalankan.
Memandangkan tiada jaminan dibayar, Tertuduh perlu berada di Penjara Remand sepanjang kes dijalankan sehingga selesai.
Dia mula merenung masa depan yang tidak pasti. Suram. Kelam.
Bagaimana penerimaan keluarga, saudara mara, kawan kawan bila tahu dia bakal bergelar banduan.
Argh. Kusut.
Biarlah.
Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. “Aku yang pilih jalan ini. Tak ada siapa pun paksa aku.”.
Dia menggaru garu kepala yang tidak gatal sambil terkenang wajah tua ibunya yang kecewa dengan dirinya.
“Maafkan Epul, ibu sebab kecewakan ibu. Ibu mesti malu berdepan saudara mara bila tanya Epul pergi mana? Lama tak nampak?”
“Maafkan Epul, abah. Kalau abah ada lagi pasti abah pun kecewa dengan Epul.”
Berlinangan air mata jantan bila terkenangkan raut wajah tua ibunya dan juga bapanya yang sudah tiada.
“Adakah ini yang patut aku balas kepada orang tuaku yang dah susah payah besarkan aku?”
Dia menarik nafas panjang dan hembus.
Cuba bersabar, bertenang, beristigfar.
————————————————————————-
Tertuduh bernama Epul (bukan nama sebenar) di tahan dan dituduh di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana meragut seorang wanita sehingga cedera.
Dia ditangkap oleh Orang awam di tempat dan masa kejadian yang melihat kejadian tersebut yang kemudian mengejar dan menangkapnya sebelum dibawa ke Balai.
CCTV ada. Saksi saksi kejadian juga bersedia tampil untuk memberi kenyataan. Kawad can oleh mangsa positif.
Ada gambar Tertuduh digari dan cedera waktu tangkapan. Motorsikal yang digunakan sah milik adiknya. Bukan motor curi yang tak tahu siapa pemilik.
Kiranya kes Tertuduh ini dah viral. Yang Arif Hakim sendiri pun dah tengok video ini. Timbalan Pendakwaraya dab juga Peguambela juga dah tonton.
Ada banyak lagi keterangan yang ‘pointing to one direction’. Tertuduh juga tiada pembelaan bermerit atau versi ceritanya untuk menyangkal segala bukti yang ada. Sekadar penafian kosong tak memadai.
Jaditu setelah memberi nasihat panjang lebar, Tertuduh akhirnya membuat keputusan untuk mengaku dan tak mahu pergi bicara.
Tak berbaloi.
Risiko kes kalah, tinggi.
Risiko dapat hukuman berat, pun tinggi.
Keputusan yang Tertuduh buat ini memang berat. Tetapi kita kena bertanggungjawab atas setiap perbuatan kita atas dunia ini. Kecik atau besar.
Kita perlu bersedia untuk tanggung sifat dan akibat bila kita pilih jalan itu.
Begitulah.
Ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Doakan Tertuduh agar mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Kembali insaf, taubat dan menjadi orang berguna di masa akan datang.
Usahlah memandang hina pada Banduan. Kita tidak tahu sejarah hitam hidup mereka yang membuatkan mereka pilih jalan singkat, amik risiko yang besar yang akhirnya memusnahkan masa depan sendiri.
Tetapi ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
Walau sebesar gunung dosa kita, Allah tetap ampunkan jika kita bersungguh sungguh insaf dan taubat. Jika kita azam untuk berubah dan tak mahu ulang.
Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Wallahualam…
Peguam Jenayah,
– Shada Mazan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit