Salam dunia salam sejahtera. Nama aku Iris, umur aku 30an ada anak 3 orang.
Aku mencoret ini sekadar untuk meluahkan rasa yang aku hadap selama bertahun aku kahwin.
Aku tak rasa malu meluah di sini sebab aku tau tak da siapa yang akan kenal.
Luahan ni aku tulis lepas baca luahan seseorang bernama Joe – https://iiumc.com/wahai-
Kisah aku lebih kurang dengan Joe cuma bezanya dia lelaki dan aku perempuan.
Aku malu nak mengaku tapi perkara ini aku tahan bertahun dan kalau Joe dapat luahkan pada isteri dia. Tapi berbeza aku tak dapat luahkan kat suami sebab aku malu.
Aku malu untuk mengaku bahawa aku sangat inginkan hubungan intim yang lama dan bervariasi macam yang orang lain lakukan.
Dengan suami, kadang puas aku goda, aku ajak tetapi dia memberi pelbagai alasan yang buat aku tawar hati.
“Takmau la penat “, sakit pinggang dan sebagainya. Aku tau dia ada masalah berat badan /obesity tapi itu bukan alasan sebenarnya, kerana dia tidak ada masalah kelamin pun.
Awal dahulu aku jadi hilang percaya diri bila ditolak untuk berhubungan intim.
Aku akan merasa kurang yakin, aku rasa hina, aku anggap dia tak berselera kerana tubuh badanku dah berubah, mungkin sedikit gemuk selepas beranak pinak.
Tapi walau setelah aku jaga, aku kuruskan badan. Aku cantik kan diri, pakai wangian dan jamu dan lain lain dia masih sama.
Aku kadang rasa tak kuat bila menghadap nafsu aku sendirian.
Sehingga aku tanya ustaz atau perawat jika ada yang tak kena pada diri, ada juga yang mengatakan aku terkena ‘jin asyik’ dan ada yang ingin merawat cuma aku tak tahu kebenarannya.
Aku tak pasti adakah nafsu aku kuat kerana gangguan jin atau kerana diri sendiri. Memang bingung kalau aku fikir. Kadang aku rasa seperti aku lelaki di dalam badan wanita.
Selalu nya bila ditolak aku akan memuaskan diri sendiri di bilik sahaja.
Tetapi aku tak merasa kenikmatan itu, aku hanya buat supaya aku dapat klimaks sahaja, dan nanti nafsu aku akan kembali lagi untuk aku puaskan semula.
Aku tak suka sebenarnya onan*, tetapi itu sahaja yang mampu aku buat untuk hilangkan rasa itu. Jangan tanya kenapa ada yang halal, tak buat, kerana seperti yang aku dah jelaskan suami ku tak berminat.
Kalau ada pun dia ingin, mungkin boleh dihitung jari, kadang sebulan satu kali. Atau ada masa berbulan aku tak disentuh.
Kalau menyentuh juga, cepat-cepat dia ingin selesaikan, belum pun sempat bereksplorasi dah tamat dengan kepuasan diri dia sendiri.
Aku pernah saja suarakan bahawa aku teringin nak cuba posisi baru atau aku suka kalau hubungan yang lama sikit, tapi dia sekadar mencebik sahaja seperti penat.
Kadang aku terbayang lelaki2 di luar sana, melayani isteri mereka membuatkan aku rasa cemburu yang tak dapat dijelaskan.
Aku faham perasaan Joe dan orang lain yang senasib dengan aku, dan aku faham betapa kita menjaga diri dari perkara yang haram dari kita lakukan.
Hanya Allah yang memelihara kita dari perkara tak baik. Allah sahaja tahu betapa kita tahan diri dari perceraian dan sebagainya walaupun diri sendiri tidak sekuat mana.
Yang masih tersenyum,
Tapi dihatinya ada luka,
– Iris (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit