Salam semua. Call me T. Sebelum apa apa aku kena buat sedikit disclaimer.
Atas sebab sebab cerita ini akan kekal rahsia, aku akan ubah sedikit cerita asal yang aku dengar, pengalaman lalu, supaya tiada mana mana pihak akan terasa dan teka siapa Abah dan siapa keluarga Abah.
Aku T, ada ramai adik beradik. Kami ni memang dikategori kan sebagai B40 dalam proses pembesaran kami adik beradik.
Arwah Ibu beranak kan 4 anak yang pertama, selang setahun, dan gap 3-6 tahun untuk anak seterusnya. Abah bekerja sebagai pengurus pangkat biasa saja, dan Arwah Ibu menjadi suri rumah sepenuh masa.
Bila Abah tamat perkhidmatan, Arwah Ibu pula menggalas tanggungjawab bekerja, sambil sambil Abah tengok kan anak anak kecik di rumah.
Sekarang ni Alhamdulillah, kami adik beradik sudah keluar dari kemiskinan. Sehingga arwah Ibu meninggal 6 tahun lepas pun, Arwah Ibu sempat merasa kesenangan, tidak lebih tidak kurang, dari kami adik beradik.
Cara didikan kuku besi Abah lah yang buat semuanya menjadi manusia sekarang ini. Alhamdulillah didikan Abah yang dikatakan tidak begitu digemari lah yang sebenarnya berkesan untuk kami.
Apa yang aku nak share di sini bukan lah berkenaan dengan keluarga besar aku, tetapi berkenaan dengan keluarga Abah.
Aku adalah anak yang dikategori kan sebagai anak batch akhir, yang bongsu, yang kurang dimarahi, yang lebih mengada manja.
Sebagai anak yang akhir akhir ni, aku memang tidak merasa kesusahan abang dan kakak ku di awal perkahwinan Abah dan Arwah Ibu.
Ketika aku lahir, abang kakak juga ada yang bekerja membantu kewangan isi rumah. Walau pun tidak banyak tetapi cukup makan, tidak berlebih.
Ketika Abah berkahwin dengan Arwah Ibu, dia sudah jadi yatim piatu, kematian orang tua nya semasa Abah masih remaja lagi.
Disebab kan Arwah Atok (bapa Abah) berkahwin dua, Abah masih menumpang kasih Uwan Mai (Mak tiri nya). Arwah Uwan meninggal selepas Arwah Atok.
Atok merupakan seseorang yang disegani di satu kawasan di arah Selatan, berpangkat dan mempunyai hubungan dengan diraja.
Boleh dikatakan Abah dari keluarga senang. Jika mereka ingin buat baju, tukang jahit yang datang ke rumah, jika ingin gunting rambut, tukang gunting rambut yang datang kerumah. Jika ingin tangkap gambar, tukang ambil gambar yang datang ke rumah.
Memang dari situ aku agak, memang betul betul berharta keluarga Abah. Tapi ada banyak persoalan yang sejak dari kecil aku terpikir.
1) Kenapa Abah susah, kenapa kakak dan abang Abah berharta?
2) Kenapa Abah lebih banyak dengan keluarga Arwah Ibu. Kenapa tak banyak dengan Keluarga Abah?
3) Kenapa Abah yang paling susah antara semua adik beradik dia?
Macam ada banyak persoalan yang bermain di minda sejak dari aku kecil.
Tapi itu la aku perlu tidurkan anak dulu, jika ada sambutan, aku akan sambung cerita aku ni. Ada sebab nya kenapa selama ni Abah rahsiakan daripada kami adik beradik.
Jika tiada sambutan, sampai sini saja la. Aku cuba untuk pastikan tiada kaum keluarga yang dapat teka siapa yang menulis ni. Berat juga untuk aku cerita tapi aku perlu masa untuk susun kronologi dan informasi. Sekian.
– Call me T (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
lah ape benda kau ni. ok dah takyah sambung dah cerita kau menyampah pulak
tulah tu. cerita jelah, amende lahhh
apa raa… dah. tak payah sambung. tengah syok baca, duk matikan terus cerita. Bagi gred F karangan ni
Admin, tolong filter dulu sebelum approved.. cerita macmni baik tak payah publish… At least ada cerita dulu kalau nak buat siri… Adoiiii
Saya ni baran orangnye..kalau nk bercerita,cerita habis2 lerr..buang mase aku seminit ni..
nak kena dpt sambutan dulu baru nak sambung cerita. eh…ko pikir ko retis?