Assalamualaikum semua… Terima kasih Admin IIUMC jika sudi siarkan comfession aku kali ini. Selama ini aku hanya seorang silent rider di ruangan confession ni, hari ini tergerak hati untuk aku menulis…
Semalam aku terbaca confession bertajuk Jangan Ditanya Rahsia Tuhan (https://iiumc.com/anak-dua/). Ia benar2 buat air mata aku jatuh bederai. Aku telah bernikah bersama si suami hampir 6 tahun, masih belum ada zuriat. Ramai yang dah bertanya termasuk kedua belah pihak. Ramai yang berkahwin slps aku anknya sudah masuk dua atau tiga. Sdgkan aku, masih belum punyai anak walaupun seorang.
Sebenarnya, pada awal perkahwinan lg aku telah pergi ke klinik sakit puan bersendirian dan aku buat semua checkup tanpa pengetahuan si suami. Keputusan yang aku terima cukup buat hatiku berkecai. Aku ada masalah saiz rahim yang kecil atau dipanggil hipoplasia uterus. Peluang untuk aku hamil juga tipis.
Jika aku hamil, kemungkinan ia akan mengancam nyawa aku dan anak kerana rahimku tidak mampu menampung janin yang semakin membesar. Rahsia itu aku simpan dari semua sehingga kehari ini. Tetapi aku tidak akan jadikan itu satu sebab aku tidak mahu hamil. Jika diberi kesempatan olehNya, aku pasti tidak akan menolak walau nyawa aku jadi taruhan.
Alhamdulillah suami tidak pernah persoalkan kenapa kami masih belum punyai zuriat namun aku tahu jauh di hatinya ada tersimpan perasaan ingin punyai anak sendiri cuma beliau tdk berani nyatakan pada aku bimbang aku terluka.
Selama tempoh perkahwinan kami, kami bahagia. Rezki kami melimpah ruah dan semuanya dikongsi bersama anak2 buah kedua belah pihak. Aku juga dilayan dengan baik sekali oleh si suami. Kadang2 manjaku terlebih umpama anak kecil bila bersama si suami. Cuma aku bimbang andai satu masa nanti, suamiku mengajak aku membuat pemeriksaan kesuburan dan beliau mendapati akulah puncanya.
Adakah beliau boleh terima dengan sepenuh hati atau aku akan diduakan. Aku harap suami ku tergolong dalam golongan yang redha dengan ketentuan ilahi. Aku juga berharap dalam banyak2 rahsia Allah. Ada tersimpan rezki untuk aku dan suami di dalam bentuk ZURIAT walaupun hanya seorang.
– Hanya Isteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit