Rahsia Atuk

Assalamualaikum kepada semua. Thanks to admin kalau sudi siarkan confession aku ni. Aku nak confess pasal atuk aku. Atuk dan nenek aku ni tinggal sekampung dengan aku. Selang tiga buah rumah je. Atuk aku ni seorang yang sangat berani dan sangat garang. Dia berketurunan pendekar. Dia boleh tidur kat belakang rumah sorang-sorang semata-mata nak tunggu lembu dia sebab masa tu memang banyak kes curi lembu kat kampung aku. Jalan tengah-tengah malam. Dia selalu jumpa jugak dengan makhluk-makhluk ghaib tu. Tapi dia buat tak tahu je. Apa dia kisah.

Baru-baru ni, atuk aku ni demam. Memang panas la tubuh dia. Dia tak larat nak berjalan. Dia lebih banyak berbaring. Puas nenek dan ayah aku pujuk untuk ke klinik. Tapi dia tetap tak nak pergi. Dia cuma nak pergi jumpa bomoh untuk berurut je. Ayah aku turutkan saja kehendak dia. Malam tu, waktu aku lepas gosok gigi, aku dengar orang tengah bercakap kat luar rumah. Aku pun intai la nak tengok siapa. Waktu tu jam dah nak masuk pukul 12 tengah malam. Bila aku intai tu, aku nampak nenek aku sedang bercakap dengan ayah aku. Aku pun pasang telinga je la.

Lepas nenek aku pergi, aku tanya ayah aku kenapa nenek datang. Ayah aku cakap, atuk aku keluar dari rumah. Tak tahu pergi mana. Dah cakap jangan keluar. Tapi dia still nak keluar. So, malam tu aku, ayah, adik dan mak aku cepat-cepat gi rumah nenek untuk cari atuk. Kitaorang berkumpul kat tangga sebab nak tahu atuk pergi ke arah mana. Tiba-tiba dari jauh adik aku nampak kelibat atuk aku sedang berjalan keluar dari satu simpang menuju ke satu jalan hutan yang merupakan jalan pintas. Adik aku bagitahu ayah. Cepat-cepat ayah hidupkan motor dia dan berlalu ke arah yang ditunjukkan oleh adik aku.

Yang lain menunggu di beranda rumah nenek sementara menunggu ayah aku bawa atuk balik. Lama kami menunggu. Setelah tu baru kelihatan ayah dan atuk aku sedang berjalan kaki menuju ke rumah. Dalam lebih kurang beberapa meter nak sampai ke rumah, ayah aku tinggalkan atuk kejap untuk ambik motor dia. Lepas je ayah aku pergi, atuk aku berhenti. Dia pandang satu lorong jalan yang sangat gelap dekat sebelah kiri dia. Perlahan-lahan dia berjalan memasuki lorong tu. Aku pun apalagi. Terus berlari mendapatkan atuk aku.

Aku pimpin dia ajak balik. Tapi dia cakap dia nak jalan-jalan. Aku cakap tak boleh sebab dah lewat malam. Dia cakap dia nak jugak sebab dia serabut. Dia tak nak balik rumah. Aku pimpin jugak dia bawak balik rumah. Sampai dirumah, dia tak nak masuk dalam rumah. Duduk di beranda tu je. Dia cakap tak boleh tengok rumah ni. Dia benci. Dia cuba nak lari,tapi ayah aku peluk dia. Cuba tenangkan dia. Mereka sama-sama menangis. Lama kitaorang kat luar tu. Lama lepas tu baru dapat bawa atuk masuk dalam rumah.

Bila masuk dalam rumah, atuk berjalan duduk di katil yang berada berdekatan dengan dapur. Dia tak nak duduk kat tempat tidur dia. Ayah aku ikut je. Tak lama lepas tu,ayah aku datang kat kitaorang. Aku pun pergi dekat atuk aku. Waktu tu atuk aku tidak mengalihkan pandangannya dari memandang bilik lamanya yang kini hanya dijadikan tempat menyimpan barang. Memang dia tak pandang tempat lain. Dia merenung tajam ke arah bilik tu. Aku cuba berbual dengan dia. Aku tanya dia nak pergi mana malam-malam ni. Dia cakap tak tahu nak gi mana. Tapi dia nak pergi. Dia benci rumah ni. Aku tanya kenapa benci rumah ni. Dia cakap dia benci la. Tak boleh tengok.

Aku pujuk dia untuk tidur. Tapi dia cepat-cepat bangun untuk lari lagi. Cepat-cepat aku pegang dia dan pujuk dia untuk tidur. Pintu rumah semua dah dikunci dengan mangga. Waktu tu aku aja yang duduk dekat dia. Yang lain kat ruang tamu. Dia tanya aku mana kunci. Aku cakap aku tak tahu dan suruh dia tidur. Aku pujuk dia dengan cakap aku baring kat sebelah dia. Dah lama aku tak tidur dengan dia. Dia pun baring. Aku pura-pura pejamkan mata. Dia pusing pandang aku.

Then lepas tu dia cuba untuk bangun lagi. Aku pegang dia lagi. Dia pun kembali baring. Tapi sekejap je. Dia bangun duduk bersila atas katil. Aku pun bangun. Aku suruh dia tidur. Dia cakap “Fasha tidurlah. Atuk nak keluar jalan”. Aku tanya dia “Atuk nak gi mana. Dah lewat dah ni”. Dia jawab “Fasha tidurlah. Atuk tunggu kawan atuk datang. Dia ajak atuk jalan-jalan. Aku tanya lagi “Kawan atuk siapa? Kenapa dia ajak atuk keluar malam-malam ni. Dia datang dengan apa”? Atuk aku cakap kawan dia datang jalan kaki. Aku cakap la suruh kawan dia tu datang esok. Dia suruh aku tidur. Bwgitulah keadaan berlarutan. Beberapa kali atuk cuba untuk keluar dari rumah. Sampai jam menunjukkan pukul dua lebih, dia kembali baring. Lepas tu aku bangun ajak adik aku tidur atas katil dengan aku dan atuk. So, kitaorang bertiga la ada atas katil tu.

Waktu tengah cuba nak melelapkan mata tu, tiba-tiba aku terdengar bunyi orang berjalan dalam bilik stor tu. Bunyi cakaran. Kemudian bunyi seolah-olah ada yang sedang membuka pintu gril besi yang menghalang dapur dengan tempat kitaorang tidur. Aku dan adik aku saling berpandangan. Serentak kitaorang bangun untuk ke ruang tamu.

Kenapa atuk aku macam tu? Apa yang dia benci dengan rumah tu? Siapa kawan dia tu? Bunyi apa yang aku dengar? Segala macam persoalan bermain di minda aku. Lenguh pulak tangan aku ni. Kalau ramai yang nak tahu kisah selanjutnya, aku akan sambung nanti. Kalau tak, disinilah berakhirnya kisah atuk aku. Terima kasih kerana sudi membaca.

– Fasha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *