Rahsia Atuk II

Untuk part I, (https://iiumc.com/rahsia-atuk/).

Assalamualaikum kepada admin dan semua pembaca. Pertama sekali aku nak minta maaf dengan semua yang baca confession aku sebelum ni. Aku baca satu-satu komen korang. Terima kasih atas komen yang positif dan negatif dari korang. Dan untuk pengetahuan korang. Ni bukan fiksyen. Perkara ni betul-betul berlaku. Perkaran yang membuatkan kitaorang semu tak senang duduk sebab fikirkan atuk aku tu. Aku buat sambungan sebab tak tahu perkara yang jelas lagi soal atuk aku tu. Sekarang aku sambung. In sya Allah ni yang last.

Lepas aku dan adik aku dengar bunyi tu, kitaorang berdua pergi balik kat ruang tamu. Ceritakan apa yang berlaku dekat mak dan nenek aku memandangkan ayah dan pak cik aku dah tidur waktu tu sebab terlampau letih. Aku minta tolong nenek tutupkan pintu bilik atuk aku yang terbuka tu. Masa nenek aku tutup pintu bilik tu, atuk aku yang tengah baring pandang nenek aku dengan pandangan yang tajam. Atuk memang tak tidur pun. Lepas tu kitaorang pergi balik kat ruang tamu. Aku dah takut dah masa tu nak tidur balik kat sana. Tapi memandangkan aku taknak biarkan atuk aku sorang-sorang, aku pergi jugak.

Sampai je kat situ, aku tengok atuk aku dah baring kat bawah. Terkejut aku. Bila dia nampak je aku, dia tanya aku “Mana kunci”?. Dia minta anak kunci rumah dengan aku. Aku jawab la aku tak tahu then aku naik tidur atas katil. Terus tertidur sebab aku pun memang dah mengantuk sangat. Aku terjaga lebih kurang pukul lima lebih. Aku nampak pak cik dengan adik aku sedang tahan atuk aku yang cuba nak keluar rumah tu. Mak dan ayah aku dah balik rumah sebab diorang bekerja. Jadi tinggal kitaorang je la. Adik aku bagitahu aku memang atuk aku tak tidur langsung dari semalam. Dia berusaha jugak nak keluar.

Bila masuk fardhu subuh,kitaorang bergilir- gilir solat. Pak cik aku ajak atuk aku solat. Tapi atuk diam je. Pak cik aku pujuk lagi tapi atuk aku tetap diam. Bila dah siap solat semua,kitaorang berkumpul balik kat ruang tamu. Pak cik aku bawak atuk aku sekali duduk situ. Tak lama lepas tu ayah aku datang. Aku bagitahu ayah yang atuk tak nak solat. Ayah aku cuba pujuk dia untuk solat. Atuk aku jawab “Solat apa? Nak solat buat apa. Aku nak keluar”. Itu yang atuk aku jawab. Ayah aku pujuk lagi. Tapi dia tetap tak nak. Makan apapun dia tak nak. Nenek aku yang duduk kat kerusi berhampiran masa tu menangis. “Nenek nak buat apa ni? Nenek tak kuat nak hadapi kalau takde Man dan Rul. Tak payah pergi kerja ye hari ni”, luah nenek aku dekat Ayah dan pak cik aku. Aku peluk nenek aku cuba pujuk dia.

Pak cik aku dapat cuti. Tapi ayah aku tak sebab dia ada perkara penting untuk diuruskan. Sampai lebih kurang pukul 10 lebih macamtu, pak cik aku dah tak tahan. Dia cakap kita biarkan dia pergi dan kita ekori dia dari belakang. Kita tengok mana dia nak pergi. Sebab atuk aku pun dah mula mengamuk nak pecahkan pintu. Minta parang. Dia dah mula pukul nenek aku untuk minta kunci. So kitaorang lepaskan dia dan ikut dia dari belakang. Ikut punya ikut,sampai la ke sebuah rumah yang belum siap dibina. Dia masuk mundar mandi dalam tu. Then dia tidur dalam rumah tu. Waktu tu ayah aku dah balik. So ayah aku pun datang la kat tempat tu untuk cuba pujuk atuk aku balik. Tapi dia tetap taknak balik. Dia nak tidur situ. Jadi kitaorang biarkan saja dan tunggu dia.

Petang tu, nenek dan pak cik datang rumah. Dia cakap atuk aku kunci pintu dari dalam selepas dia buang semua pakaian nenek aku. Petang itu jugak kawan ayah aku sampai. Dia ada ilmu dalam bab-bab macam ni. Dia pujuk atuk aku untuk buka pintu. Dan alhamdulillah. Aku tengok atuk aku boleh berbual macam biasa. Pagi esoknya, aku kena balik KL sebab aku dah kena masuk kerja. Aku pergi rumah atuk dan nenek untuk salam dengan diorang sebelum naik bas. Aku tengok atuk aku sedang menyiram pokok di laman rumah. Dia baru balik dari masjid masa tu. Selepas dah salam semua, aku pun bertolak untuk ke KL.

Malam tu mak aku call aku. Dia bagitahu atuk dah jadi macam tu balik. Mak aku cerita semua tentang atuk aku yang baru dapat tahu hari tu. Atuk aku ni ada sebilah parang. Parang tu ada penunggunya. Dari parang itulah dia dapat semangat kekuatan dan keberanian. Selalunya sebulan sekali dia akan cucikan parang tu. Tapi dab berbulan-bulan dia tak buat. Itu yang penunggu parang tu ganggu emosi dan fikiran atuk aku sebab tubuh dia dah lemah. Atuk aku pernah janji nak bagi parang tu dekat kawan ayah aku. Tapi penunggu tu tak nak. Dia nak duduk dengan darah daging atuk aku sahaja. Dia marah kat nenek aku sebab nenek aku sorokkan parang dia.

Nenek aku buat macam tu sebab dia takut atuk aku buat yang bukan-bukan masa dia mengamuk. Dan dalam bilik tu la atuk aku simpan parang tu. Masa tu aku terfikir, selama ni bunyi yang aku dengar masa tidur kat rumah atuk aku selama ni tu betul. Sebab ada sesuatu dalam rumah tu. Mak aku cakap, sekarang benda tu nak cari pengganti. Tapi ayah dan pak cik aku tak mahu. Itu semua syirik. Menangis kami waktu tu sebab fikir apa yang akan jadi dengan atuk. Itu semua perkara syirik. Orang zaman dulu banyak amalkan ilmu-ilmu macam ni. Yang paling aku sedih bila mak aku bagitahu yang kawan ayah aku bagitahu atuk aku mungkin dah tak lama sebab tubuh dia dah terlalu lemah. Aku tanya mak apa yang perlu dibuat. Sekarang ni kitaorang tengah fikir cara nak buang penunggu tu. Atuk aku tetap dengan keadaan macam tu. Kawan yang dia maksudkan tu adalah penunggu parang tu.

Itulah kisah yang aku nak kongsikan. Banyak yang aku dah skip. Maaf kalau kisah aku ni tak semenarik kisah-kisah yang pernah korang baca. Tapi ni kisah aku. Kisah yang berlaku pada aku dan keluarga aku. Aku cuma nak luahkan memandangkan ini adalah medium yang disediakan untuk orang-orang berkongsi kisah mereka. Maaf kalau aku bazirkan masa korang untuk baca kisah aku ni. Cuma satu yang aku minta dari korang semua, tolong doakan atuk aku ye. Tolong doakan semoga semuanya dipermudahkan. Hanya tu yang aku minta. Aku minta maaf ye.

Oh ye. Satu lagi aku nak minta. Kalau korang takde apa-apa yang baik untuk dikatakan, korang jangan komen ye. Aku cuma nak baca komen-komen yang membina. Yang boleh menenangkan hati aku. Sekali lagi aku minta maaf dengan korang semua ye. Terima kasih.

– Fasha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *