Nama aku, Aman. 24 tahun. Aku nak pesan awal-awal, kalau tak kuat semangat, jangan baca confession ni.
Aku hanya dua beradik. Aku dan adik lelaki aku, Amir. 17 tahun. Aku ada kembar, yang dah meninggal dunia 6 tahun yang lalu, Amin.
Ayah aku berniaga sendiri. Mak aku cikgu. Kami sekeluarga hidup dalam keluarga yang sederhana. Keluarga bahagia. Tapi setelah kematian abang kembar aku, kami sekeluarga mula sedikit dingin.
Abang aku meninggal, kerana kemalangan. Waktu dia berusia 18 tahun. Di sini berlaku sesuatu yang pelik.
Abang aku, tak pandai bawa motor.
Dia boleh bawa kereta je. Bukan motor. Tapi, pada hari kejadian, dia bawa motor ayah aku, menuju ke sebuah tempat, naik highway.
Apa yang diterima oleh keluarga kami, berita kemalangan abang aku. Ini menjadi tanda tanya kepada kami sekeluarga. Bagaimana abang aku, yang cukup menurut kata mak ayah aku, boleh bawa motor sampai ke highway seorang diri.
Aku tak boleh lupa pada hari tu, bila tengok mak ayah aku bersedih atas pemergian abang aku. Lagi-lagi ayah aku. Sebab abang aku adalah anak pilihan dia untuk sambung perniagaan dia.
Dan adik aku yang masih terpinga-pinga kehilangan abang sulung. Sedangkan aku, menyimpan satu rahsia.
Rahsia yang aku pegang selama beberapa bulan waktu tu. Rahsia antara aku dan abang aku. Yang tak pernah aku bagitahu sesiapa pun.
Telah 6 tahun aku pegang rahsia ni. Rahsia ni memburu aku. Mengganggu fikiran aku. Meletakkan aku di suatu tempat yang menjadikan aku takut dan serba salah.
Abang aku, pada 6 tahun lepas, diganggu oleh suatu makhluk. Tak perlu aku nyatakan lebih detail, korang sendiri tahu, makhluk apa yang aku sembang sekarang.
Pada waktu tu, 6 tahun lepas, aku tak berapa faham abang aku cerita. Dia asyik bagitahu aku yang ada sesuatu tengah berbisik di tepi telinga dia. Pada awalnya, hanya bisikan. Kemudian ia menjadi lebih parah, mula merasuk. Sangat ketara, bila dia tengah tidur.
Aku ada bagitahu abang aku supaya bagitahu ayah kitorang. Tapi dia cakap macam ni,
“Bukan taknak Man. Tapi Benda tu tak bagi. Aku takut dia buat macam-macam.”
Aku mula rasa cuak bila dia cakap macam tu. Dia cakap dengan ekspresi muka yang menakutkan. Aku tak pernah tengok abang aku macam tu sebelum ni. Aku tanya dia,
“Min, bila lagi kau kena benda ni?”
“Tahun ni (2012).”
“Bila kau perasan kau kena kacau?”
“Masa birthday kita.”
“Asal aku tak kena Min?”
“Sebab aku anak sulung kot?”
Beberapa hari lepas tu,
“Man, kau katne? Aku kat rumah ni. Aku tak boleh duk sorang. Benda tu tengah kacau aku.”
“Mak dengan adik ada kat mana?”
“Mak pergi sekolah adik. Kau balik cepat Man.”
Aku waktu tu tengah uruskan hal kemasukan ke asasi sains. Aku drive kereta laju-laju. Waktu tu pukul 4:00 petang. Bila aku sampai ke rumah, abang aku takde. Aku call abang aku. Dia tak angkat. Aku tanya jiran, dorang cakap abang aku dah keluar dengan motor.
Aku call abang aku berulang kali, tapi tak de jawapan. Aku masa tu risau gila. Sebab abang aku memang tak tahu bawa motor. Macam mana dia boleh bawa motor?
Aku call ayah aku, tanya abang aku ada kat mana. Ayah aku jawab tak tahu. Memang kami sekeluarga tak berapa risau kalau ianya berkaitan dengan abang aku. Sebab abang aku sangat berdikari.
Pukul 6:00 Petang, 2012
Abang aku masih tak balik lagi. Mak, ayah dan adik aku dah ada kat rumah.
“Man, abang kau kat mana?” Tanya ayah aku.
“Haah. Kawan dia ambil ke Man? Kereta ada je kat rumah tu.” Sambung mak aku.
“Abang Man, bagitahu abang Min adik nak dia beli coklat ea.” Sapa adik aku sambil bagi aku phone suruh call Amin.
“Tak mak. Amin keluar sorang. Dengan motor.”
Bila habis je aku cakap macam tu, ayah aku terus keluar dari rumah dan tengok motor ada tak kat luar rumah. Ayah aku terkejut bukan kepalang.
“Abang kau keluar pukul berapa lagi?”
“Tak tau yah. Pukul 4 lebih kot.”
“Asal kau tak bagitahu ayah??”
“Mana orang tahu. Orang ingat dia pergi rumah member dia.”
“Kau call abang kau tak?”
“Dah. Tak angkat.”
Ayah aku terus call polis dan dia start kereta dia bawa aku sekali cari abang aku.
Aku faham. Apa yang buat ayah aku cuak. Sebab kami tahu, abang aku tak pandai bawa motor. Mungkin bagi korang, ini agak overreacted. Tapi kalau korang cuba fikir, letak diri korang di tempat aku dan ayah aku, apa yang membuatkan kami overreacted?
Ya. Betul. Kami berdua. Aku dan ayah aku. Kami tahu, it was not simply, just that. We both knew, what was happening to my brother.
Ayah aku tahu, apa yang jadi pada abang aku. Sepertimana aku tahu, apa yang jadi pada abang aku.
Cerita ni panjang. Agak susah untuk aku ceritakan semuanya dalam satu confession. Ada sebab mengapa aku cerita kat sini. Sebabnya, korang akan tahu dalam confession aku yang seterusnya.
– Aman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit