Assalamualaikum. Hari ni aku terdetik untuk berkongsi rahsia, perasaan yang aku cuba nafikan. Mungkin ini adalah salah satu jawapan kepada anak-anak yang terasa di aniaya ibu ayah sendiri.
Aku suri rumahtangga dan memiliki 4 orang cahayamata. Aku berkahwin selepas 2 bulan berkenalan. Kononnya nak bercinta selepas berkahwin. Aku disahkan mengandung selepas hampir setahun berkahwin. Sepanjang mengandung aku memang banyak terdera emosi, makan hati dan air mata. Suami yang terlihat alim, lembut tutur katanya rupanya berselindung disebalik bayang yang dia cipta sendiri.Aku menderita hampir setiap masa.
Aku dikurniakan anak yang sangat comel dan sangat baik tapi selepas 40 hari anakku menangis tanpa henti. Tidurnya hanya 15 minit dan kebanyakan masa menangis sampai muntah dan mulut bertukar biru. Siang malam aku terpaksa hadap sorang-sorang walaupun suami memang 24 jam 7 hari didepan mata (Kerja dari rumah). Tidak pernah sekali pun dia bangun untuk tolong jagakan anak waktu malam. Kalau tersedar pun cuma ditengking untuk diam. Bodoh apa, bayi tak akan diam kalau dijerkah bak suara harimau. Lagi kuat nangis ada la. Tapi aku tetap bersabar,sentiasa ingatkan hati untuk jadi isteri syurga. Sabar….
Aku penat, aku sangat tertekan dengan suami dan tidak sedikit pun aku salahkan anak aku. 2 bulan selepas bersalin aku hilang berat hampir 30kg. Kedua-dua tangan aku menjadi sakit tanpa boleh bengkokkan ibu jari dan hampir setiap minggu aku akan mendapat gegata/lapar air garam di seluruh badan dan dalam mata sekali sampai terkoyak isi bawah mata aku dan sekarang aku dah rabun dan peranakanku jatuh.
Aku syak anak aku sawan tangis, itupun setelah hampir setahun aku hadap. Setelah berpuluh kali diajak untuk berubat barulah kami ke pusat rawatan islam. Esoknya dengan izin Allah hidup aku terasa tidak lengkap, damai tapi terasa kosong. Rupanya untuk pertama kalinya anak aku tidak menangis dalam masa sehari. Tapi esoknya menangis lagi tapi aku tetap rasa bersyukur.
Situasi berubah bila aku dapat tahu suamiku curang denganku. Dengan segala yang aku korbankan, kerjaya, keluarga dan kebahagiaan aku, ini yang aku dapat. Dan alasannya membuatkan aku berubah 100% dari pendirian asalku untuk menjadi isteri syurga. Aku disalahkan kerana aku lebihkan anakku dari dia. Sedangkan dia tak pernah nak melayan anak. Anak nangis dia mesti naik angin dan marah- marah, aku kena cepat2 bawa anak jauh dari pendengaran dia dan selalunya macamtu dan alasan itu digunakan untuk menutup salahnya bercinta dengan isteri orang.
Sumpah aku tidak boleh terima alasan dia sebab dah memang menjadi tanggungjawab aku sebagai ibu tetapi dalam aku menafikan tuduhan itu aku sedar tak sedar turut menyalahkan anakku. Aku mula rasa stress jika anakku menangis, aku hempas ke tilam, tampar dan tendang tapi lepas tu aku peluk sayang balik. Meroyan/depression mungkin. Entahlah, aku tak pernah dapatkan rawatan pun. Anak aku masih tidak tidur malam. Tiap- tiap malam wajib bangun nangis untuk 1-2 jam sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu malam dan semakin berkurang bila dah meningkat usia tapi hampir 5-6 tahun juga untuk berhenti menangis terus.
Trauma teruk aku. Kesannya, aku cepat naik angin jika anak sulongku berbuat salah. Laju je tangan dan kaki aku hayun. Sepak terajang dan tarik rambut menjadi wajib jika dia menangis. Aku langsung tak boleh dengar. Aku jadi sangat-sangat stress dan hilang akal. Benda ni berlarutan dalam setahun selepas tahu suamiku curang dan dalam masa yang sama aku cuba muhasabah diri, pujuk hati dan tetapkan keyakinan yang anak sulongku tidak bersalah.
Sampai sekarang setelah hampir 10 tahun aku masih lagi ‘struggle ‘ untuk tidak salahkan anak sulongku tetapi tiap kali dia terbuat salah memang menyirap darah lain macam. Berbeza perasaan geramnya jika 3 orang anakku yang lain berbuat salah.
Aku tahu aku salah, sebab tu setiap kali aku terlepas geram aku akan peluk dia balik, jelaskan apa salah dia dan minta maaf .Tidak mungkin aku ceritakan kenapa aku jadi macam itu kerana aku masih isteri ayahnya dan rahsia biarlah rahsia demi menjaga aib tetapi seperti duri didalam daging. Bisanya tetap terasa.
Kesimpulannya, aku adalah antara mak-mak yang seperti memilih kasih untuk mendera anak, berlaku zalim dan kejam. Bersyukur aku banyak membaca dan tersedar. Aku cuba berubah menjadi lebih baik agar anak aku tidak hantar confession pula nanti. Alhamdulillah, anak aku dah besar ni sangatlah pandai. Wajib dapat no 1 setiap tahun, wakil sekolah untuk kebanyakan pertandingan dan hampir semua surah-surah kecil dan yasin mampu dihafal. Semua aku ajar tapi kalau bercerita mesti ayahnya yang ambil kredit walaupun doa makan pun tak boleh nak ajar anak.
Begitulah rahsia hati aku. Setiap kali aku baca confession yang anak-anak menderita ni aku akan terfikir, apelah yang mak dia tanggung tu? Apepun, Doakan yang baik-baik untuk aku ya. Aku perlukan sokongan korang untuk aku terus berusaha berubah menjadi ibu terbaik untuk anak-anak aku.
– Hati ibu
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit