Untuk part I, (https://iiumc.com/rahsia-hidup-isteri-tersakiti/).
Terima kasih IIUM Confession menyiarkan confession sebelum ini.
Terima kasih untuk komen2 yang mendoakan baik baik dan memberi semangat. Semoga Allah makbulkan, perkara yang baik2 pun akan datang semula pada kalian semua. Perlunya berkongsi kan, supaya kita tak hancur seorang diri telan semua rasa.
Ada juga yang terus suruh move on dan bercerai kahwin lain mulakan hidup baru. Kalau lah semudah yang dikata. Terus tukar hidup, tukar pasangan macam main The Sims, mungkin tak wujud confession ni dari aku.
Keadaan aku sekarang? Turun berat hampir 7kg. Wow. Macam2 buat tips diet. Memang makan hati la tips diet paling berkesan ya. Dan masih cuba untuk berdamai dengan luka dan takdir tapi masih belum mampu sembuh daripada trauma.
Trauma tu ibarat terselamat dari kemalangan tapi cacat seumur hidup. Ya yang cacat tu adalah hati aku. Hancur lumat. Tak sangka akan alami dugaan seperti ini pada tahun ke8 perkahwinan ini. Mana mungkin bentuk hati ini akan sama macam dulu.
Kali ini luahan aku agak panjang sebab ini luahan terakhir dari aku.
Menjawab beberapa persoalan, ya hanya pergi berjumpa Peguam Syarie untuk mendapatkan khidmat nasihat apa yang perlu dilakukan selanjutnya, sejujurnya aku dan Zain bukan lah arif dalam bidang ini.
Cetek ilmu agama. Zain pun mengaku terlepas kata melafazkan talak dan terus ingin rujuk kembali. Dari segi hukumnya memang boleh kuasa cerai dan rujuk itu ditangan suami.
Tapi peguam menjelaskan jika isteri tak setuju untuk rujuk semula, itu adalah penganiayaan terhadap bekas isteri. Dalam keadaan aku yang satu hari baru tau Zain kantoi bermain cinta belakang aku dan terus diceraikan, mestilah aku tak mahu rujuk dengan dia.
Dalam bilik Peguam tu aku menjerit memaki hamun Zain bila dia menyatakan dia mampu berkahwin dua. Bullshit! Aku ungkit semuanya depan peguam.
Ya memang Zain sediakan semua barang dapur setiap bulan, akan belikan aku hadiah apa sahaja. Yang mahal, murah. Just name it. Begitu juga aku, aku tak kisah belanja Zain hadiah mahal2. Lagipun tak ada anak kan. Dia je lah yang aku ada selain ahli keluarga.
Aku ungkit kebanyakan barang kita beli dalam rumah ni, kita bahagi 2 kosnya. Kalau nak beli barang harga 3000, seorang bayar 1500. Nak pergi bercuti luar negara, dalam negara. Semua kita bahagi2 kosnya.
Nak renovate rumah? Pun kita bahagi dua kosnya. Bil2 utiliti dalam rumah semua aku yang bayar memandangkan Zain dah bayar komitmen yang lagi besar. Duit kereta masing2 bayar.
Oh kos buat IVF yang hampir 30k ni pun kami bahagi 2. Bodoh betul bila fikir2 balik, patut la la si Zain rasa dia kaya sangat sampai boleh berbini 2.
Aku tak kisah untuk tolong Zain sebab masa zaman bercinta dulu dah terbiasa, aku belanja tengok wayang, Zain belanja makan. Lagi pula bila dah kahwin Zain selalu cerita gaji dia je nampak besar, tapi tolak cukai pun besar, jadi tinggal berapa je bila dah tolak semua komitmen.
Beza dengan aku, walaupun gaji lebih kurang macam Zain tapi cukai tak tolak besar sangat sebab gaji based on commission. Lagi pun pada aku hidup suami isteri ni perkongsian, jadi tak salah rasanya nak tolong suami .
Memang niat bekerja pun nak tolong ringankan beban suami kan. Aku luahkan kau rasa kau terlebih mampu, sebab aku yang bodoh tolong kau kurangkan apa yang tak cukup!
Peguam tanya Zain, berapa nafkah tetap yang Zain beri pada aku setiap bulan. Tak ada. Berapa nafkah yang akan beri pada isteri baru tu nanti? Apa yang isteri tua dapat, isteri muda akan dapat ke? Zain tak tahu lagi.
Dia kata dia cuba berlaku adil. Darah aku yang memang dah mendidih ni memang rasa nak meletup kepala dengar. Dah setahun bermain cinta tapi tak ada plan lagi ke?!
Katanya, mungkin menyewa dulu sebab Afiyah kata tak kisah pun walau duduk menyewa rumah dulu sementara nak set up hidup baru.
Nanti dia akan minta Afiyah cari kerja baru, sebab dia yang suruh Afiyah berhenti tempat kerja sekarang sebab kawan2 sekerja dah mula hidu skandal mereka. Menyampah nya aku dengar.
Aku bidas, kali ni lebih kasar. Jadi, aku kerja, perempuan tu kerja. Kau buat apa? Tabur benih, tengok siap mengandung dulu.
Siapa yang tak mengandung kena buang macam kain buruk ke apa?! Kau yakin ke dia boleh mengandung, otak jahat aku ligat fikir sama lancar mulut aku cakap.
Ke kau dah main dengan dia sampai dia dah gugur kan anak kau sebabtu kau yakin sangat nak kahwin dengan dia. Diam. Kalau dua2 pun tak dapat mengandung macamana? Kau nak kawin lagi satu ke apa? Diam lagi.
Perempuan tu belum dapat memang la semua sanggup je. Sebab perempuan tu tahu apa dia akan dapat bila dah lepas kahwin nanti.
Malah Zain mengaku Afiyah pada asalnya sanggup berkongsi, tapi lama kelamaan makin mendesak Zain apa hala tuju hubungan mereka dan bila akan lepaskan aku, dan Zain dengan tegasnya menjawab takkan lepaskan aku sebab Afiyah dah sedia maklum Zain suami orang dan sayangkan aku.
Biasanya mereka akan bergaduh pasal hal ini katanya. Aku dah agak, tak mungkin budak muda macamtu sanggup nak jadi bini ke2.
Aku tambah lagi, Afiyah kenal kau masa kau dah kat atas, dah ada semuanya, mustahil dia akan bersusah2 dengan kau macam aku buat dulu.
Apa je pengorbanan yang perempuan tu pernah buat untuk kau sepanjang setahun kau dengan dia? Tak ada Zaif jawab. Bagi apa2 hadiah untuk kau? Tak ada. Walau sepotong kek pun? Ya tak ada.
Memikirkan dia dah lafaz cerai kat aku tadi, aku maki dia sepuasnya. Kau ni memang bodoh. Kau tak nampak ke dia nak duit kau je.
Kau berhabis labur kat dia nak buktikan kau betul2 mampu kahwin dua, tapi apa pun pengorbanan dia takde buat untuk kau, melainkan dia sanggup berhenti kerja tu kau yakin dia sayang kau??
Kalau aku diberi sebulan 2-3 ribu macam kau bagi kat dia pun aku sanggup berhenti rumah duduk mengangkang kat rumah tunggu kau balik kerja je.
Betul buta mata kau sebab cinta dan sebab tinggi sangat perasaan nak mengandungkan perempuan lain tu kan. Lelaki yang aku fikirkan sempurna dan bijak, yang aku agungkan sebelum ni, ada bodohnya juga.
Peguam maklumkan memang Hakim sahaja yang boleh sahkan lafaz talak tu. Memang kena tunggu tarikh mahkamah untuk sahkan.
Melihatkan keadaan aku yang tak stabil macamtu, peguam nasihatkan jangan asingkan tempat tinggal dulu. Zain kena teman aku dirumah walaupun bukan sekatil lagi.
Ya kami berdua sepakat tak maklumkan hal ini pda keluarga masing2, cuba untuk sembunyikan dan selesaikan dengan baik. sama ada terus bercerai atau rujuk nanti.
Bermula dari hari itu, aku dan Zain hampir seminggu tak datang kerja ambil EL. Bersoal jawab di rumah, banyak persoalan yang aku suarakan, bagusnya semua dia ceritakan pada aku. Kami berperang dengan rasa.
Kejap aku stabil, kejap aku sedih, kejap mengamuk. Oh, aku masih nak hubungi Afiyah, verify semua apa yang Zain ceritakan, untuk percayakan Zain semula 200% macam dulu memang mustahil. Zain kata sebulan lepas berhenti kerja dia terus balik ke kampung nya di Pantai Timur.
Mengejutkan ya Afiyah terus lari, tak angkat telefon, tak reply Whatsapp lepas dapat tahu Zain dah kantoi dengan aku, aku bidas Zain lagi perempuan macamni yang kau yakin nak jadikan isteri? Belum apa2 lagi dah lari.
Aku masih tak percaya betul ke dah terus lari atau mereka ada komplot nak sembunyi dulu sampai keadaan dan reda lepastu kahwin senyap2 ke. Macam2 possibility yang aku fikir.
Semestinya aku dah pasang spy di tempat kerja Zain nak pastikan betul ke Afiyah dah balik kampung dan tak balik sini dah.
Berhari-hari kami bermusyawarah, bermuhasabah diri, Zain pujuk aku rujuk kembali. Menangis2 aku cuba menolak dia.
Aku hampir tak kenal siapa Zain lagi, aku minta dia pulangkan suami sempurna aku yang dulu, aku marah dia sebab bunuh anak aku dulu walaupun bukan Zain la punca aku gugur, aku marah dia kejam sebab pernah suruh buang frozen embrio kami sebab dia dah penat bertahun2 ikhtiar dengan aku.
Hakikatnya sedang mabuk cinta dengan perempuan lain. Aku marah dia tak nampak pengorbanan yang aku dah buat untuk perkahwinan ni.
Aku makin marah dan lari rumah pagi tu sebab Zain ada mengaku perkara yang makin meremukkan hati aku sebagai seorang isteri. Ya dia dah terlanjur dengan Afiyah dengan alasan nak ikat perempuan tu supaya tak ugut nak berpisah dengan dia lagi.
Tak perlu aku tulis lagi satu persatu, nak mengingatkan kembali pun buat sakit hati je, cukup lah aku katakan perkara tu meninggalkan luka dan trauma yang sangat dalam.
Zain kata dia perlu jujur ceritakan semuanya sebab dia bersungguh nak dapatkan kemaafan aku, nak bertaubat dengan Allah, walaupun dia tahu aku terluka dan mungkin tak dapat maafkan dia sampai dia mati.
Aku koyak lagi sekali. Aku tak tau aku nak lari ke mana. Aku off GPS, aku tengok phone, aku nampak movement Zain berpusing2 cari aku merata. Oh lupa cerita, aku paksa Zain install iSharing masa dia dah start kena naik kerja haritu untuk aku track kemana dia pergi.
Aku tanya penguam aku kalau aku jadi janda apa prosesnya. Peguam maklumkan aku boleh tuntut Mutaah, Nafkah Iddah dan harta sepencarian walaupun tak ada anak, aku juga layak bahagia. Aku tanya lagi tapi kalau aku maafkan semua dosa2 salah silap suami aku dan terima dia smula, aku bodoh tak?
Dia jawab, tak bodoh, malah lagi mulia sebab aku sanggup maafkan suami aku,tutup aib suami aku. Cuma aku kena berlapang dada dan kuatkan hati terima lafaz rujuk suami aku. Blank. Aku betul2 buntu.
Zain menangis2 telefon mak aku dan mak nya. Mengakui kebodohannya. Mak aku dan dia nasihatkan kalau masih mahu bersama, mungkin ada perkara yang kena tapis dari cerita dengan aku.
Aku masih ingat ayat yang mak dia beritahu aku untuk maafkan je Zain, lupakan semua nya, Zain kurang didikan agama. Cukup baik Zain jujur pada aku semuanya.
Dia ada pilihan untuk rahsiakan dari aku tapi dia pilih untuk berterus terang. Sepatutnya aku pun redha dengan apa yang berlaku. Wah senang ye mak. Dia ingat aku mesin kat kilang Zain agaknya ada button reset.
Zain sungguh2 yakin kan aku dia mahu bertaubat. Baginya syarat taubat adalah mengaku semua perbuatan dosa pada aku dan minta ampun daripada Allah. Mengakui masih tetap sayangkan aku, tak boleh hidup tanpa aku. Walaupun perempuan tu dah lari, tapi dia masih boleh jalani hidup macam biasa.
Tapi bila aku tak ada. Macam nak mati dia rasa, sebab dia tak pernah berniat nak tinggalkan aku. Silap nya dia tak percaya dengan kekuasaan Allah.
Dia kufur nikmat. Allah dah beri rezeki mewah kat bahagian lain cuma kurangnya tak ada anak je. Terlalu banyak nikmat rezeki yang Allah beri tetapi kenapa rezeki anak yang belum dapat tu juga yang diratapi.
Dia lupa anak tu adalah anugerah Allah. Nyawa anak tu pun dari Allah. Walau berapa banyak perempuan dikangkangkan depan dia, walau subur mana pun dia.
Tapi kalau Allah tu tak kata jadi, Kun Faya Kun,takkan jadi anak tu. Dia dah sedar hidup ni bukan semata untuk anak je. Walau objektif dia tercapai untuk dapat anak dengan perempuan lain pun mungkin dia takkan sebahagia bila dia dengan aku dulu.
Zain yakinkan aku dia boleh je terus pergi tinggalkan aku waktu dia dah lafaz cerai tempoh hari dan pergi mulakan hidup baru dengan perempuan lain walaupun bukan Afiyah demi untuk capai objektif dia – mengandungkan perempuan lain.
Tapi dia masih pilih untuk hidup dengan aku. Dia tak boleh kehilangan aku, Walaupun dia tahu aku akan tantrum tiba2 bila aku teringat dosa2 dia, walaupun dia kena hadap serumit mana pun soalan, perlian, rajuk dan amarah dari aku.
Aku lemah pada pujuk rayu Zain, mak aku dan mak dia. Aku tetapkan syarat tak masuk akal yang aku tak pernah buat sepanjang aku kahwin dengan dia,
Selain pasang GPS iSharing kat hp dia, aku minta semua password online banking dia untuk pastikan tak ada lagi transaction duit ke akaun perempuan tu, aku minta nafkah bulanan amaun yang tak masuk akal sebab dia pernah bagi amaun bulanan yang besar pada Afiyah sebelum ni.
Semua syarat tu Zain setuju demi untuk aku percayakan dia semula.
Aku jauhkan diri dari kawan2. Aku tutup semua akaun media sosial aku. Aku berhenti posting apa2 whatsapp status. Aku kawal diri aku supaya tak berkongsi rasa hancurnya hati ni pada kenalan2 aku, waima keluarga aku sendiri. Cukup. Aku tak mahu aibkan Zain, kongsi aib rumah tangga aku.
Tapi sebenarnya lebih kepada menjaga hati aku sendiri. Aku jadi mudah triggered bila tengok gambar pasangan bahagia walaupun tanpa anak, gambar perempuan mengandung, dalam hati terdetik untungnya mesti suami dia sayang sangat pada keluarga mereka.
Ya aku tahu orang tunjuk di media social benda2 yang indah2 je. Tapi takkan dapat lawan trauma aku.
Saat tu hanya Allah tempat aku meluah rasa. Aku serahkan semua urusan aku pada Allah. Dia Maha Tahu rahsia di langit dan dibumi, apa hikmah semua ini terjadi.
Aku kena kuat. Serumit mana pun ujian aku, aku yakin Allah dengar semua rintihan doa2 aku dan dia kan menjawab semua doa2 aku bila sampai masanya.
Zain pujuk aku untuk pergi semula buat IVF untuk kali ke2, mulakan proses dari mula dengan frozen embrio yang ada. Kali ni dia akan tanggung kos 100% semua nya. Dia perlukan aku stabil secara fizikal dan mental. Kalau2 aku masih belum bersedia pun tak apa, kita buat checkup dulu dengan Dr.
Sebelum pergi hospital, kitorang rujuk semula dengan peguam macamana status perlahwinan kami. Peguam jelaskan sepatutnya proses lafaz cerai tu perlu difailkan kes ke mahkamah. Hakim akan siasat lafaz tu dan putuskan lafaz tu sah atau tidak.
Kalau sah perceraian tu kena di daftarkan ke Pejabat Agama,kemudian keluarlah sijil cerai
Kalau ada rujuk, keluarlah sijil rujuk . Semua proses cerai rujuk tu perlu difilekan dan direkodkan supaya dua2 pihak-Aku & Zain jelas berapa lagi talak yang tinggal.
Tetapi disebabkan tarikh mahkamah untuk sahkan lafaz cerai tu ambil masa agak lama, dan mengikut pandangan beberapa orang yang arif, lafaz tu jelas dan mungkin dah jatuh talak, manakala aku dan Zain pula masih serumah masih ragu ragu dengan status perkahwinan kami.
Zain terus ajak aku ke Pejabat Agama untuk lafazkan rujuk bersaksi Ustaz di sana.
Kalini rasa macam berkahwin semula dengan lelaki yang pernah aku cinta dan puja. Bezanya hati aku tak lagi berbunga-bunga macam dulu.
Masih dalam ragu2, betul ke dia dan Afiyah dah terus putus, macamana kalau ada komplot lagi, kalau tak dapat anak IVF kali kedua ni macamana nasib hubungan ni. Macam2 aku fikir….
Dengan sisa2 kasih sayang pada suami aku yang ada, yang aku yakin suami aku takkan tinggalkan aku lagi, aku yakin proses ni akan berjaya dapatkan anak yang suami aku nak sangat sampai sanggup cari perempuan lain.
End up, aku setuju mulakan semula proses HSG (check tiub fallapio) sekali lagi. Last kitorang buat pada 2018, dua tahun sebelum start buat IVF kali pertama.
Result masa tu kedua2 tiub fallapio aku normal, tak tersumbat. Dr maklumkan perlu buat lagi sekali sebelum mulakan IVF kali kedua sebab nak tingkatkan peluang kejayaan proses kali ini.
HSG kali ni tak sakit langsung, memang high recommended hospital ni walau mahal sikit. betul beza dengan kali pertama dulu. Kali ini tak ada blood spotting pun yang ambil masa 2-3 hari macam dulu.
Semua smooth. Sampai lah masa keluar result dan Dr jelaskan kena potong dua2 belah tiub fallapio aku. Bilateral Hyrosalpinx – tiub fallapio aku sebelah bengkak, sbelah tersumbat. Lebihan liquid dari tiub tu akan jadi toksik kepada janin nanti.
Dang! Macam accident lagi sekali aku rasa. Hati aku yang hancur seblum ni, kalini lebih lumat. Terus tak dengar apa Dr kata lepastu, yang aku ingat Dr kata awak bukan tak boleh mengandung lagi, rahim awak sihat. Tiub tu hanya laluan je. Mana tau IVF kalini success dan terus dapat kembar.
Aku harap apa yang Dr cakap termakbul, bukan hanya nak sedapkan hati aku je. Proses sangat cepat, pertemuan dengan Dr haritu terus set tarikh untuk aku operation buang tiub, lagi cepat buat, lagi cepat sembuh dan dah boleh proceed untuk letakkan embrio tahun ni juga.
Sepanjang kat hospital 2 hari lepas operation tu, mmg Zain ambil cuti untuk jaga aku. Makan pakai aku, mandikan aku semua dia buat sorang2. Lagipun time PKP hanya sorang sahaja pelawat dibenarkan. Sebulan juga aku dapat MC berehat di rumah masa bulan puasa tu.
Zain kerja macam biasa. Dia akan balik rumah masa lunch hour sediakan makan minum aku sebab aku tak puasa seminggu awal puasa tu, aku pun tak boleh turun tangga lagi. Bila aku dah larat nak puasa, Zain tetap balik masa lunch hour untuk teman aku kat rumah borak2.
Sepanjang masa dengan aku langsung dia tak kemana2 sebab dia tau emosi aku tak stabil lagi, tak boleh duduk sorang2. Aku jadi mudah menangis, meracau, overthinking yang bukan2 dengan keadaan aku yang dicurangi, diceraikan, dirujuk kembali, sakit buang kedua2 tiub fallapio.
Betapa semua yang aku ada dulu adalah nikmat dunia yang Allah boleh tarik bila2 masa je. Memang aku rasa sakit sangat physically, emotionally & mentally.
Aku berperang dengan diri aku untuk kawal diri supaya tak sedih berlebihan. Sebab aku sedar syaitan suka bila aku macamtu. Tu yang buat aku rasa nak bunuh diri dan buat yang bukan2.
Sampai sekarang ni, bila malam kitorang sembahyang jemaah dan mengaji bersama. Tengah malam aku dengan Zain bangun sembahyang, aku dengar sayup2 dia nangis dalam sujud dan doanya. Terusik jugak hati aku yang masih marah dengan dia. Harap dia betul2 rasa bertaubat.
Tapi tu lah. Dosa dengan Allah boleh selesai dengan Allah, dosa dia dengan budak Afiyah tu, tak pasti la macamana, sama ada budak tu redha ke tak. Terbayang Zain di masa depan bila baca cerita pakcik 46 tahun ada share kat IIUMC haritu.
Tapi hikmah yang aku nampak, kehadiran Afiyah bagi impak besar dalam hidup aku dan Zain. Quran yang dulu berhabuk, sekarang hampir setiap malam Zain ajak aku baca sama2. Setiap ayat dia baca dulu dan aku ulang. Sama2 baca dan sama2 betulkan. Azamnya untuk khatam tahun ni.
Slot umrah untuk akhir tahun pun dah bayar deposit. Pernah nak pergi dulu, tapi last minute cancel sebab nak pergi Korea. Betapa lah lebihkan dunia dulu, sedangkan dah terlebih mampu nak pergi Rumah Allah.
Fast forward dah masuk bulan ke5 dari tarikh aku diceraikan, aku rasa keadaan kami makin baik, tapi instinct seorang isteri aku rasa masih ada lagi benda yang tak settle. Aku rasa marriage kali ni kosong. Jasad Zain ada dengan aku, tapi aku dapat rasa hati dia takde.
Oh kami tak proceed lagi untuk masukkan embrio sebab parut di perut aku masih sakit. Risau kalau berjaya pregnant mengembang makin sakit nanti. Bila aku tanya dengan Zain dia katakan dia dah tak fikir apa2 dah terutama pasal anak.
Dia redha kalau hidup dia habis keturunan sampai dia pun takpe,tak dapat anak pun takpe. Dia cuma nak tenang je. Dia dah tak nak harap apa2 dah dari aku. Aku tanya lagi sekali dah tak fikir nak ada anak dengan aku? Zain diam, mungkin bimbang aku lempang dia kalau dia jawab tak.
Berkali2 hancur hati aku. Betul firasat aku dia dah tak ada hati dengan aku lagi. Habis kau ajak aku buat IVF lagi sekali sampai aku kena berkorban nak potong tiub ni buat apa?!!!. Aku mampu jerit dalam hati je.
Esok nya balik kerja aku fikir aku tak mampu nak hadap Zain kat rumah, aku jalan je tak tau kemana, Aku cuma nk lari, tapi tak tau kemana.
Zain mesej beritahu dia dah siap masak, balik la kalau rasa nak balik, dia minta maaf siap2 kalau dia tertidur. Aku separuh gila fikir pasal apa dia cakap semalam, dia selamba boleh tidur. Tapi malam tu juga aku balik rumah, minta maaf pada Zain atas kebodohan aku keluar rumah.
Nak lari tapi takut, Hmm lemah.
Lepas Zain confess apa dia rasa malam tu, hubungan kami makin dingin. Setiap kali weekend kami akan gaduh. Benda kecil pun dibesar-besarkan. Aku tau Zain stress, tambah dengan masalah kerja. Persetan la dengan kau punya stress, aku lagi sakit hati dengar pengakuan kau.
Aku dah berkorban potong tiub ni, kau boleh cakap dah takde hati dan harap apa2 dah??!! Minggu2 terakhir sebelum Zain keluar rumah tu aku dan Zain dah tak bertengkar macam biasa dah. Kami hanya berpandangan tanpa kata. Aku sendiri pun dah tak kuasa, tak tahu apa yang aku nak luahkan lagi dah.
Ya, Zain keluar rumah tinggalkan aku seorang diri dengan alasan nak cari ketenangan. Dia betul dah nekad. Dia hanya beritahu dia duduk di hotel berdekatan tempat kerja nya. Katanya cari ketengangan di masjid. Merata masjid dia pergi. Hmm ntah ye ntah tak. Dia beritahu aku jangan hubungi dia langsung.
Call jangan, whatsapp pun jangan. Tunggu sampai dia hubungi aku. Masa tu ikut suka hati dia bila dia rasa nak call. Dia minta masa untuk tenang. Aku tunggu la macam orang bodoh. Ada lagi aku simpan gambar kebodohan aku pakaikan kusyen dengan baju dia dan sarungkan beg dia semata2 nak bau dia supaya aku senang tidur.
Aku tak lalu langsung nak makan. Aku decide buat puasa ganti je alang2 dah tak boleh makan tu, bila buka puasa pun aku tak boleh nak telan makanan pun. Macam orang mati laki dah. Kawan2 sekerja jadi saksi aku macam mayat hidup.
Tapi diorang hormat aku tak paksa aku cerita apa2 pun selagi aku tak buka mulut. Betul macam pembaca komen, bodoh betul ada isteri macamni,terlalu sayangkan makhluk lain selain Allah sampai mudaratkan diri sendiri.
Genap seminggu dia keluar rumah, aku pergi jumpa mak dia. Aku terus terang semuanya. Aku minta maaf aku berubah bukan jadi diri aku yang dulu dah. Aku letakkan syarat yang bukan2 untuk percayakan Zain semula, pasang iSharing, minta nafkah, minta password online banking sampai buat Zain stress.
Aku terangkan satu2 tindakan aku kenapa aku buat macamtu. Mak dia pun tak setuju aku buat anak dia macamtu. Anak dia terseksa katanya. Perjumpaan dengan mak dia tak membantu apa2 pun. Mak dia pun tak boleh nak paksa Zain balik. Aku dapat rasa mak dia ada sembunyikan sesuatu.
Mustahil Zain tak cerita apa2 dengan mak dia. Sedangkan aku gaduh benda remeh pun mak dia tau. Zain pun ugut aku jangan jumpa mak dia lagi, kalau aku tak bagi dia masa macam dia minta, dia akan lafazkan talak terus. Aku takut kehilangan Zain. Aku bagi dia masa lagi
Masuk minggu kedua Zain tak balik, keadaan aku makin teruk, aku masih tak cerita dengan keluarga aku, sebab aku yakin keadaan boleh baik seperti sedia kala. Aku yakin aku mampu selamatkan lagi rumahtangga aku. Bila jumpa mereka masa weekend pun aku buat macam biasa.
Aku tipu katakan Zain tak ikut sebab ada kursus. Sedangkan keadaan aku sendiri makin hancur. Bila sorang di rumah aku berhalusinasi.
Aku mula fikir nak bunuh diri. Masih ada lagi parut hirisan pisau kat pergelangan nadi aku ni. Bodoh betul. Aku fikir buat apa lagi hidup aku dah tak ada masa depan dengan tak ada tiub macamni, suami aku pun dah tinggalkan aku.
Prestasi kerja aku makin teruk, kali ni aku merayu pada Zain aku minta nak jumpa dia. Selagi dia biarkan aku gantung tak bertali macamni, selagi tu aku tak boleh nak buat kerja. Aku ajak Zain jumpa di rumah kami, nak gaduh ke bertumbuk ke tak ada orang nampak. Zain setuju.
Sehari sebelum Zain balik, aku kemas rumah yang dah tunggang langgang yang dah lama aku biarkan, aku beli udang nak masak nasi goreng cina yang Zain suka. Gembira bukan kepalang. Aku dah lama tak makan betul2. Ni la first meal aku, aku tunggu suami aku balik sebab nak makan sama2.
Hari Zain balik, dia buka pintu rumah tanpa bagi salam. Muka dia tegang. Dia tolak bila aku peluk dia, salam dia. Dia betul2 kaku. Aku merayu, aku betul2 minta ampun kelemahan aku kontrol emosi aku sepanjang lepas kami rujuk.
Aku sendiri stress tak ada tempat nak luahkan rasa sebab aku takkan aibkan dia dan rumahtangga aku. Aku dah beritahu dia mula2 aku terima dia semula dulu, dia kena terima bila aku luahkan segala rasa marah, gembira, sedih aku pada dia sahaja.
Masatu dia kata dia sanggup hadap semuanya. Aku rayu dia bagi aku peluang untuk betulkan rumahtangga kami lagi sekali. Sama macam dia rayu peluang untuk rujuk dulu.
Aku jatuhkan ego aku serendah2 nya bila aku cakap kalau aku sia2 kan peluang yang dia bagi tu, dia habiskan la talak lagi 2 yang ada, sekurangnya aku redha kita dah cuba betulkan semula. Aku akan betul2 ubah semuanya lepas kita bersama semula. Aku sayangkan hubungan ni.
Aku pujuk dia ingatkan dia yang kita ada lagi impian dan cita2 yang kita nak kejar.
Zain masih kaku dan tolak pelukan aku, dia nak aku terima dengan baik yang hubungan ni dah berakhir. Masih segar dalam ingatan aku kata-kata Zain. Dia tahu bersalah sebab abaikan tanggungjawab sejak keluar rumah. Dia keluar nak cari ketenangan dan nak tau apa yang dia cari dalam hidup ni.
Dan dia dah jumpa apa yang perlu dibuat. Bukan mudah tapi dia rasa ini yang terbaik untuk diri dia . Dia beritahu aku wanita yang baik, hebat, isteri yang baik. Tapi mungkin jodoh kita sampai sini je. Hidup kita tak mungkin dapat jadi normal lagi macam delu.
Zain faham bukan mudah untuk aku terima kesilapan dan dosa yang dia dah buat. Jodoh ni semua dah tertulis. Samada kita mati atau cerai hidup. Mungkin jodoh kita habis di pertengahan ni. Dia tak nak bertindak melulu dengan terus lafaz..dia keluar hidup bersendirian sebab dia nak betul2 pastikan keputusan dia tak silap.
Zain keluar rumah semula. Kalau tanya dia sekarang jawapan dia masih sama nak berpisah. Kalau masih nak tunggu, bagi la dia masa lagi.
Mana tau hati dia boleh berubah sebab hati kita ni Allah yang pegang katanya
Macam nak keluar isi perut aku dengan nasi goreng cina yang aku buat tadi. Aku betul rasa nak muntah fikirkan reaksi Zain tadi. Lama aku duduk diam fikir apa yang aku perlu buat. Akhirnya aku minta izin Zain untuk balik ke rumah keluarga aku. Risau aku duduk rumah sorang2 dengan keadaan macam ni.
Sakitnya rasa bila kena buat2 kuat depan keluarga aku. Aku betul buntu tak tahu dari mana nak mula berterus terang dengan keluarga aku.
Aku betul tak sangka, Zain lelaki yang aku yakin akan hidup dengan aku sampai mati rupanya sanggup buang aku terus dari hidup dia macamni.
Dia dera emosi aku,abaikan aku sampai aku rasa mengalah dan pergi sendiri. Aku nekad mesej Zain beritahu aku dah suci, kalau dia masih dengan keputusan dia, bincang betul2,datang la rumah aku terus terang dengan keluarga aku.
Aku redha. Dah tak ada makna untuk aku pertahankan lagi dah hubungan ini jika yang aku dapat hanya tangis dan luka.
Tanpa berlengah Zain beritahu dia akan datang malam tu juga dengan keluarga dia. Wah, laju ye. Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Zain hanya tunggu greenlight dari aku je untuk lepaskan aku. Betul2 nekad ye dia. Zain mulakan mukadimah beritahu “Saya nak pulangkan Marissa semula kat ibu ye”.
Terus cakap ye tanpa bincang apa2 lagi dah, dia mengaku semuanya termasuk dengan bangganya beritahu dia dah berzina dengan Afiyah.
Dia beritahu aku punca dia buat keputusan macam ni.
Dia stress dengan aku sebab kawal dia, dia hilang hak sebagai seorang suami, dia betul2 letakkan segala kesalahan pada aku sedangkan dia dah cuba sehabis baik betulkan keadaan selama 6 bulan selepas kami rujuk. Geram betul aku dengar.
Bila aku lawan hujah,dia balas kata kan sepatutnya aku dah redha, sebabtu aku suruh dia datang dengan keluarga dia. Memang la aku dah redha kau tak nak aku lagi. Tapi takkan la aku nak redha kau salahkan aku 100% pulak atas semua yang jadi.
Kau expect aku jawab macamni ke??!!, “Maaf ye saya isteri yang teruk buat awak stress, halalkan semua ye sepanjang saya jadi isteri awak”.
Gila narcissist kau ni. Spin habis nak bagi nampak semua salah aku pulak.
Malam tu juga baru terbongkar rupanya Zain pernah mengadu pada mak dia nak ceraikan aku lagi kali kedua selepas 2 bulan kami rujuk sebab penat jaga aku lepas potong tiub tempoh hari, tambahan pula aku masih tak move on lagi lupakan kecurangan dia.
Dan mak dia luah pada makcik aku. Makcik aku pula dah lama rupanya cerita pada mak aku sebab kesiankan aku dah potong tiub demi Zain tapi mak aku pendam sebab nampak hubungan aku dan Zain ok je. Mak aku tak nak rosakkan hubungan kami. Complicated kan.
Lagi best nya mak dia tak mengaku ada mengadu pada makcik aku. Geram aku bila ingatkan balik lakonan dua beranak ni. Haih buat penat je aku meratap sampai jadi mayat hidup sepanjang dia tinggal kan aku. Rupanya dah lama Zain ada niat nak tinggalkan aku.
Panjang lagi cerita malam tu, tambah lagi dengan perangai angkuh dia tengking mak aku malam tu bila mak aku tanya sampai bila lagi dia nak minta masa untuk bertenang sedangkan dia dah tinggalkan aku lebih 2 minggu. Memang betul2 buat aku rasa makin tak kenal suami aku dah.
Dia betul2 makin berubah dah. Bila makin terbongkar satu2 cerita buat hati aku makin mati rasa dah untuk berharap lagi pada Zain. Selepas dari malam tu Zain terus membisu sampai la aku hubungi dia tanya macamana status embrio2 kami yang dibekukan sebab dah due untuk bayar yuran tahunan simpanan.
Saja aku tanya walaupun aku dah tahu jawapan Zain untuk buang embrio2 tu. Tapi aku jadi sakit hati bila dengar dia jawab “buang je, buang je”, wah senang ye kau cakap macamtu. Ingat tak sakit ke aku buat prosedur tu semua.
Beberapa hari lepastu tahu2 dia dah failkan penceraian dan terus bagi tarikh untuk jumpa di mahkamah untuk lafazkan talak. Laju ye buat kerja.
Ni la agaknya masa yang mak dan abang dia minta malam dia jumpa keluarga aku tu. Bagi dia masa lagi katanya, jangan stresskan Zain lagi.
Ntah apa2 punya keluarga. Lemau. Padahal si Zain dah terang2 cakap nak pulangkan aku malam tu.
Hari yang Zain tunggu2 tiba untuk lafazkan talak. Bila Hakim tanya aku “isteri,ada apa2 lagi nak cakap dengan suami sebelum jatuh talak”.
Laju aku jawab “Tak”. Macamana laju nya dia lafaz2 talak sorih dan kinayah pada aku sebelum ni sepanjang kami kahwin, macamtu jugak la lajunya dia baca teks lafaz talak yang peguam hulur pada dia. Sebelum masuk mahkamah, aku ingat aku akan lemah dan nangis nanti masa dia lafaz talak lagi sekali.
Ajaibnya, setitik air mata aku pun tak boleh keluar dah. Aku kira Allah dah jawab doa-doa aku bila aku minta “Ya Allah, aku serahkan seluruh kehidupanku untuk diuruskan olehmu.
Sesungguhnya Kau yang Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini. Kuatkan lah aku, bantu aku hadapi semua ini dengan tenang” . Terima kasih Allah.
Pada yang tertanya bagaimana keadaan aku sekarang. Aku betul2 redha diceraikan sekali lagi. Cuma aku tak redha sebab dah buang tiub demi buat IVF lagi sekali. Bak kata Zain bila aku suarakan hal ini, bukan salah dia. Ini semua ketentuan Allah katanya.
Allahuakbar. Sabar banyak2 bila aku dengar dia cakap macamtu. Tak pe lah Aku percaya Allah tu tak tidur. Harini dia aniaya aku, akan sampai masa Allah akan balas segala perbuatan dia. Aku yakin Allah benarkan semua ini terjadi pun ada hikmah nya.
Aku tertarik dengan ayat Ali bin Abi Thalib yang aku pernah baca, “Ketika kami ikhlas menerima semua kekecewaan hidup, maka Allah akan membayar semua kecewamu dengan beribu-ribu kebaikan”.
Banyak aku belajar dari pengalaman hidup aku ni supaya jangan terlalu bergantung pada makhluk dan aku yakin suatu hati nanti Allah akan gantikan kekecewaan aku ini dengan hal yang lebih baik.
Sekarang aku dalam proses tuntutan segala nafkah mutaah dan harta sepencarian. Aku cuma nak hak aku balik je. Lantak la kau nak kahwin lagi ke apa ke. Oh, Aku dapat berita dari rakan sekerja Zain, Afiyah dah datang semula ke sini dari kampung dan mereka dah plan untuk berkahwin.
Kedua2 keluarga pun dah setuju. Termasuklah bekas mak mertua aku yang konon2 innocent macam tak tau apa2 tu. Aku tau lega betul dia bila aku dah bercerai dengan anak kesayangan dia tu. Bahagia ye mak bakal dapat menantu baru.
Sebelum ni kalau orang tanya dengan dia “eh kawin sedara ke”, lepasni dah tak payah la nak jawab dengan orang “aah kan, mcm dah tak ada orang lain je nak kahwin”. sigh… dah bertahun kahwin pun mak masih jawab macamtu kan mak.
Betul la firasat aku sebelum ni, instinct seorang isteri tak pernah salah. Diorang tak putus pun. Cuma Afiyah hilangkan diri untuk sementara je. Anugerah pelakon terbaik untuk tahun ni dimenangi oleh bekas laki aku tu, pelakon pembantu terbaik adalah mak dia.
Saja je saya layankan mak konon kesian kat saya ye mak. Semoga tabah dan dapat jodoh yang baik lepasni katanya. Apa2 jadi pun saya tetap anak saudara mak kan mak. Haha. Seronok betul la rasa macam tengah tengok drama pasal diri sendiri
Semoga Afiyah terus mengandung la ye lepas kahwin dan tak terus buat maksiat lagi dengan Zain. Yang penting nasihat aku pada Afiyah lepas kahwin kena kerja ye.
Kalau kau tak nak dituduh oleh mak mertua sendiri habiskan duit suami dan sekurang2 nya kau boleh bernafas kalau kau ditinggalkan macam aku lepasni bila tak boleh mengandung juga.
Bulan depan aku akan ke umrah. Ya aku pergi seorang. Dulu plan nak pergi berdua dengan bekas suami tapi Allah tak izin. Mula2 rasa nak cancel, tak nak pergi sebab serabut sangat nak susun hidup sendiri semula.
Tapi last minit sangat nak cancel. Agensi pun dah bayarkan full payment untuk urusan di sana, dan dapat cari seorang je pengganti. Jadi aku pergi je la. Semoga ada jalan cerita yang baik2 Allah sediakan untuk aku .
Doakan urusan aku dipermudahkan ya. Mungkin ada doa2 dari kalian yang Allah angkat dan makbulkan. Aamiin insyaAllah.
– Marissa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit